Social Icons

Pages

September 30, 2014

Atasi Masalah Sembelit dengan Herba Lax Shaklee


Bila dah masuk 5 series, masalah sebegini selalu datang. Penyelesaiannya supplemen ni. Insyaallah dengan izin Allah, lega...

Kepada mereka yang rasa ‘tidak lawas membuang’ kebelakangan ini pasti tidak selesa bukan?

Kepada mereka yang tidak mengalami masalah ini pula, nak ke anda simpan lama-lama bahan kumuh dalam badan? Nanti ada kesan lain pula.

Jadi, cuba anda makan HERB LAX 4 biji sebelum tidur.
Pagi keesokannya pasti anda lega. hihi.
Rasa ringan badan.

Rasa kotor ke saya cerita bab-bab membuang ini?
Saya rasa tidak,sebab niat saya adalah nak kongsi apa yang saya rasa/ada dan alami.

Sebab mungkin di kalangan kita mengalami masalah sembelit yg teruk di waktu pagi. Jadi, nak ke tak nak? Cegah sebelum terlambatlah bagus..

Wssalam
Che Hasnan
013-7044068

September 29, 2014

MRTA MRTT vs MLTA MLTT


Tak nak MRTA/MRTT
Nak amik MLTA/MLTT

Sebab pertama:
Kalau MTA/MRTT, bayar dan duit burn.
Manakala MLTA/MLTT is recoverable. Duit yang dibayar masuk investment link dan ada high cash value bila tahun berganti. Kalau lepas habis loan, duit ini akan dapat balik sekali dengan dividen.

Sebab kedua:
MRTA/MRTT cuma bagi rumah free. Tapi kalau mati pada tahun ke:

3. Sebulan bayar loan RM2000 untuk loan RM500 000. Maka RM48,000 selama 2 tahun. Maka nilai hutang RM500,000 - RM48,000 = RM452,000, jumlah baki hutang rumah yang akan dilupuskan.

20. 20 tahun x 12 bulan x Rm2000 = RM480,000. Maka baki hutang adalah RM500,000 - RM480,000 = RM20,000, jumlah baki hutang rumah yang akan dilupuskan.

MLTA/MLTA pula, bayaran bulanan sekitar RM250-350 untuk rumah harga RM500 000. Kalau mati pada tahun ke:

3. MLTA/MLTT akan bagi waris RM500 000. Dengan duit ini, waris akan setelkan baki hutang RM452 000. Baki RM48 000 boleh simpan.

20. Waris dapat juga RM500 000. Dengan duit ini, waris akan setelkan baki hutang RM20 000. Baki RM500 000 - RM20 000= RM480 000. Wow!!!

Nampak tak untungnya?? Tapi RM480 000 by MLTA/MLTT ini tidak dating begitu sahaja. Datangnya daripada anda sendiri juga. Puncanya adalah RM250/RM350 dari bayaran bulanan anda. Iaitu RM250x20 tahun= RM60 000.

Jadi, untung ke tidak?

#semua ini adalah untuk perancangan kita dalam kumpul harta dunia. Pada saya, kita bukan hanya mengejar keuntungan. Apa nilainya jika keuntungan yang kita dapat ini diperolehi setelah kematian kita. Tapi perlu kita ingat, apa yang kita tinggalkan untuk anak isteri kita setelah kita mati.

#angka-angka diatas adalah anggaran semata-mata. Jika ada pembetulan/kritikan, amat dialu-alukan.

#idea asal dari mamat ini.

September 24, 2014

Langkah sebelum penyewa keluar dari rumah sewa


Bandingkan keadaan rumah sebelum disewakan

Kos bersih ditolak daripada deposit

Cuba berbincang utk let go perabot rumah. At least untuk penyewa baru kita boleh tingkatkan sewa. hihi

September 22, 2014

Pengalaman masuk lelong rumah..pertama kali (Part 2)



..sebelum unit yang kita daftarkan dilelong, pelelong akan mendouble checkkan senarai pembida yang mendaftar. Angkat nombor bidaan anda untuk mengesahkan kehadiran anda. Seterusnya bidaan akan dijalankan dengan kenaikan RM1000 atau lebih. Jumlah ini bergantung kepada pelelong. Perlu diingatkan, anda perlu mengawal emosi agar nilai bidaan tidak melebihi nilai maksima anda. Dan juga tidak melebihi nilai pasaran unit tersebut. Selepas tukul pelelong dijatuhkan. Unit tersebut akan menjadi milik kepada pembida bidaan tertinggi@sebelum tukul dijatuhkan.

Alhamdulillah, rezeki kali ini berpihak kepada kami. Hihi. Tahniah kepada isteri, bisai one step forward. Hii.


Bersambung…

September 20, 2014

Pengalaman masuk lelong rumah..pertama kali


Seperti yang diwar-warkan di wall facebook dua hari lepas. Semalam saya telah berada di xxxxxx bagi membida beberapa buah kondominium :P. Padahal low/sederhana apartment saja. Dan sesampai sahaja di sana, ramai betul pembida-pembida telah mula berkeliaran dan agak ‘rumit’ untuk dijelaskan suasananya. Saya cuma boleh bagi hint saja.. VERY INSPIRING.. hehehe.

Seperti yang dijangka, khalayak yang hadir bukanlah dari kalangan sekufu dengan poket saya :(  Tapi, disebabkan beberapa faktor yang memaksa, saya cekalkan hati untuk teruskan juga.

Antara sebab yang memaksa itu adalah;
1.     Kadar sewa. Cuba anda bayangkan, tinggal dirumah flat 6++sqf 3b2b dengan kadar sewa RM800 tanpa perabot. Anda sanggup?
2.     Tolong bayar monthly rumah orang. Part inilah yang paling saya cuba elakkan. Kita sebagai penyewa, apa pun tidak dapat. Tuan rumah siap goyang kaki, siap ada lebihan sewa lagi.
3.     Permintaan rumah. Bayangkan untuk mendapatkan rumah sewa di xxxxx adalah suatu perkara yang sukar. Dan kalau dapat pun, belum tentu saya mampu bayar sewa. Rumah landed start sewa dari RM1000++. Flat RM800++. Jadi pilihan yang ada, adalah cuba untuk dapatkan rumah sendiri.

Untuk kali ini, saya sebagai wakil kepada isteri. Selesai parking kereta, jutaan terima kasih kepada rakan yang sudi pinjamkan kereta barunya, 3 bulan kot usia kereta tu. Saya terus ke pejabat lelong untuk semak sama ada unit yang akan dibida call off atau tidak. Untuk info, kalau call off, unit tersebut tidak akan dilelong. Puncanya sama ada pemilik rumah telah bayar tunggakan bulanan atau sebagainya. Dan kalau call off, segala usaha anda bermula saat awal dapat iklan seperti semak bil maintainance, utility, ke 5 buah bank at least untuk semak market value, semak kelayakan pinjaman, call kontraktor untuk quotation kos baikpulih rumah, iklan sewa, petrol semasa viewing, makan minum dan segala hal yang terlibat, sia-sia. Minta dijauhkan. yelah, dah tak dilelong, nak bida apa?

Serahkan bank draft kepada pelelong dan nyatakan unit yang anda akan bida. Jika anda sebagai wakil, serahkan salinan ic orang yang anda wakil dan surat yang menyatakan anda dilantik sebagai wakil siap dengan tandatangan saksi. Surat ini draft sendiri saja. Tapi cuba untuk guna ayat serasmi yang mungkin. Tunggu sehingga proses selesai didaftarkan. Anda akan dipanggil semula untuk mengambil kad nombor anda. Benda ini digunakan sewaktu bidaan nanti. Pastikan anda dapat kad ini sebelum bidaan dimulakan.

Hal bank draft pula, bagus jika anda buat dengan nilai besar. Sebab pertama, sebagai contoh, RP 100k. Bank draft disyaratkan 5%, bermakna RM5k. Bagus anda buat bank draft dengan nilai RM10k. Jika unit yang anda inginkan tidak berjaya anda beli, 100% nilai bank draft anda dapat semula selepas lelongan tamat. Tiada kerugian di sini. Sebab kedua, katakan unit anda call off. Anda masih berpeluang untuk bida unit lain. Takkan anda mahu pulang tanpa hasil @ tanpa kemenangan? :P. Tapi langkah ini perlu diawalkan dengan datang dengan niat untuk bida banyak unit walaupun bank draft buat 2 3 keping sahaja. Maknanya unit-unit yang dilelong perlu anda target lebih dari satu unit.

Tunggu proses bidaan dijalankan. Tenangkan perasaan. Hihi. Pada waktu ini, elakkan anda berkomunikasi dengan pembida lain berkaitan unit yang akan anda bida terutama had bidaan anda. Kerana memberi peluang kepada mereka untuk kacau peluang anda untuk dapatkan reserve price. Banyak taktik disini/ waktu ini. Ada kalangan pembida yang berniat jahat sengaja daftarkan unit yang kita minat dengan hasrat untuk memenangkan kita pada harga tinggi. 

untuk info/step seterusnya, next entry.hihi. teruskan, sebab melalui pengalaman pertama saya masuk lelong ini, banyak info/tip yang saya tidak pernah jumpa sepanjang pelaburan ilmu yang saya buat sebelum ini. 

Peringatan kepada Penyewa Rumah


Pemilik rumah perlu sentiasa memberi peringatan kepada penyewa khususnya terhadap bayaran sewa setiap bulan. Jangan sekali-kali abaikan. Maklumlah ada sesetengah penyewa yang mengambil mudah hal ini. Jangan salahkan penyewa jika 2 3 bulan penyewa tidak bayar sewa. Kerana anda pun salah juga. Salah tidak ingatkan penyewa. Hihi.



Dua (2) hari sebelum tarikh bayaran sewa, ringankan jari-jari anda untuk sms penyewa diikuti sms kedua pada hari sepatutnya sewa itu dibayar. Senang bukan? Itulah sedikit usaha kita sebagai landlord untuk memberi peringatan kepada penyewa selain mengelakkan bayaran sewa yang lambat.

September 19, 2014

Atasi harga rumah mahal dengan rumah pertama

Bagaimana ia berlaku?

Selagi ada orang yang mempunyai wang dan semangat belian yang tinggi, selagi tu permintaan untuk harga rumah masih ada. Mana ada pemaju nak jual harga rumah murah selagi projek yang mereka soft-launchkan sentiasa habis sebelum official launching.

Keuntungan yang pasti adalah untuk pemaju dan pembeli yang bermula awal. Tetapi, masih tidak terlambat untuk bermula daripada hanya duduk diam tengok saja. Sebagai manusia biasa, kita kena berubah dan berusaha ke arah baik berbanding membiarkan dilemma untuk belian rumah terus berlaku tanpa kita mengambil iktibar.

Bagaimana?


Bagi golongan muda yang baru bekerja, jangan terlalu ghairah untuk membeli kereta, bercuti mahupun lepak di tempat mahal. Cuba berkorban demi ‘keseronokan’ untuk kemudahan akan datang. Cuba membeli rumah pertama tatkala masih bujang dan tiada banyak komitmen. Tidak perlu yang mahal, cukup dengan rumah ‘busuk@simpanan’.

September 17, 2014

life really begins at 30


As the famous expression goes “life really begins at 30”, individuals who are about to hit their 30 are approaching that time in their life where they may be facing huge financial milestones such as marriage, children, and buying a new home. By the time you reach 30, your attitude towards money should have matured, tempered by past mistakes and informed by new responsibilities.

You find yourself no longer able to get away with being financially clueless anymore. Here are 10 financial milestones that every 30-year-olds should have achieved:

1. Financially independent
By the age of 30, you should be financially independent of your parents, settled well into your career and able to support yourself financially. Your job is your major financial asset and the one that generates the most income for you. The most important thing is that you have started establishing yourself.

2. Good credit history
Credit is easy to get and easy to abuse. This can be achieved by living within your means, and not depending solely on credit. A solid credit history on the Central Credit Reference Information System (CCRIS) will not only help you with getting a loan for big purchases like a home, but also show that you pay your bills on time and do not live at the limit of your plastics.

3. Kick-starting your retirement savings
Ideally, every 25-year-old should be saving one-third of their salary every month to save enough for their retirement nest. However, if you find yourself without a retirement plan at 30, it is never too late to start. First, determine how much you need to retire comfortably, taking inflation into account.
You should have two-third of your last drawn income every month after retirement if you don’t want to downgrade your lifestyle post-employment. Start saving now and increase your contributions when your income rises or when you have achieved more of your short-term financial goals.

4. Becoming an investor
Your idea of saving and investing should be beyond a basic savings account. Although you may have not accumulated wealth for rather big investments, you could very well invest in a unit trust or buy stocks with just RM1,000.
As time and circumstances change, your financial needs might change as well. Therefore, it is important for you to learn to rebalance and readjust the allocation of your investments as and when necessary to accommodate the changes in your financial needs and attitude towards investment risks.

5. Establish emergency funds
The general rule is to have enough emergency fund stashed to cover six to 12 months of your monthly expenses. This fund will be useful in covering up monthly expenses and debt repayments in case of unforeseen circumstances such as loss of job. If you are earning RM4,000 a month, then you should set a target to have a minimum of RM24,000 in your emergency fund.

6. Adequately insured
Part of being a responsible adult is financially protecting yourself, and that includes obtaining the suitable insurance that you will need – life insurancemedical or health insurance, and personal accident insurance.

7. Having a budget
Having a budget help you to keep your strategy in mind in order to achieve your financial goals. Be it getting married in two years or buying your first home next year, without a clear plan, your chances of achieving your goals is slim.
Financially, we cannot live as if today was our last day. We have to decide between what we spend today and what we spend in the future. Finding the correct balance is an important first step toward achieving financial security.

8. Know your net worth
Everyone has a net worth and you need to be aware of your because it is the easiest way to get a big picture perspective on your finances. Your net worth is the total of your assets (bank account balances, savings, investments, etc.) minus your debts (loans, mortgage, credit card debt, etc.).
At the age of 30, your net worth should be a positive number – at a growing capacity.

9. Understand personal income tax
Understanding what tax category you are under and what are the tax reliefsrebates andexemptions that you can entitled to, means more money in your pocket every year. Make sure you are claiming all other available deductions in a way that ensures you pay the least amount of taxes possible.
For example, the government offers a tax relief of up to RM3,000 per annum for individual contributions made to the Private Retirement Scheme (PRS). What better way to save for your retirement?

10. Buying a property
Even if you have not actually realised this milestone yet, you should be aware of the processes and what you need to do in order to successfully buy one. There are various factors you need to consider other than your affordability when buying your first property.
If you are in deep credit card debt, have no life insurance and saving for retirement seems like a fantasy, you still have three decades of working life ahead to sort yourself out. It is never too late to start.
Your 30s should be when you make a big financial push. Understanding things like insurance, retirement plans and mortgages is important since it’s all on your shoulders now.
Work extra hard and achieve all the above milestones before you turn 40, because being 40 brings along a whole new set of milestones you need to achieve!

The three things you need to understand to get a grip on your finances – debts, contingency and retirement.

Komuniti pelaburan hartanah




Dalam konteks komuniti pelaburan hartanah, sekiranya kita dikelilingi oleh mereka-mereka yang negatif, maka semangat kita bakal turut luntur, begitu juga sebaliknya, sedikit sebanyak tempias kejayaan mereka bakal kita rasai.

Mengambil contoh diri saya sendiri, bukan untuk mendabik dada, jauh sekali untuk menunjuk. Kerana ada juga langkah yang silap saya buat. Kesannya sehingga sekarang saya hadapi.

Tapi jika tidak kerana bukti kejayaan beliau ini menguruskan berbelas-belas rumah sehingga kini, pasti saya tidak yakin untuk turut menambah koleksi rumah hingga kini.

Lihat!! Betapa pentingnya komuniti sekeliling kita dalam menentukan arah kejayaan bidang yang kita usahakan. Jadi, mulai sekarang cuba rapatkan diri dengan mereka yang mempunyai fokus dan positif terhadap subjek pelaburan hartanah ini kerana insyaallah, satu masa nanti kita juga akan menikmati kejayaan seperti mereka.

September 8, 2014

Its not how much money you make, but how you manage it.


Purata pendapatan isi rumah RM5900. Alhamdulillah, gembira kerana rupanya besar pendapatan rakyat Malaysia ini. Patutlah kereta baru banyak di jalanan. Pada saya, itu je ukurannya. Kerana rakyat Malaysia susah untuk pakai kereta yang tiada hutang. Hihi

Jelas sekali kejayaan program yang mengkayakan ummah berjaya. Jual beli emas, kelas hartanah sana sini. Pelaburan saham. Jelas bertambahnya orang cerdik kewangan.

Pada saya tidak mustahil household income rm5900. Kerana jika suami isteri bekerja, purata gaji seorang adalah RM2950. Cuba fikir secara positif. Jika belum cukup RM5900 sebulan, cuba untuk cari sumber tambahan. Jika tiada kemampuan untuk tambah sumber. Downgrade hidup. Hentikan langganan astro. Hentikan tabiat merokok atau melepak di kedai.

Kepada yang lebih RM5900, Alhamdulillah, kelebihan di situ, tapi jangan perasan kaya. Periksa sentiasa keadaan kewangan agar sentiasa stabil dan mampu bertahan dalam perubahan kitaran ekonomi.

Its not how much money you make, but how you manage it.

Elak perangkap peguam


Kenapa aku tak tanya/semak awal-awal? Ini dah terkena baru perasan. Betullah otai-otai (old timer) pesan, melabur pada ilmu merupakan pelaburan yang tiada nilai. 

Pagi ini gatal tangan telefon pejabat/ person incharge peguam yang uruskan S&P loan dan S&P beli rumah. Hajat dihati mahu update urusan S&P loan. S&P beli rumah dah settle. Siap bayar dah fees segala bagai itu. Sekali PIC maklum S&P loan terpaksa bagi kepada pejabat peguam lain untuk urus. Ternganga sekejap. Kenapa? 

Sebab kontrak pejabat peguam dia dengan bank yang saya apply loan sudah tamat. Persoalannya, kenapa tidak dimaklumkan seawal saya mula-mula berurusan dulu. Mengundang caci maki betul. Nampak sangat mahukan duit walaupun tahu bakal menyusahkan pembeli. Sudahlah tiada langsung follow up dengan saya untuk set appointment sign S&P beli rumah.

Nasib baik dapat berurusan dengan pejabat peguam yang uruskan S&P loan terus pagi ini. Insyaallah dalam minggu ini S&P loan bakal dihantar kepada saya. Kalu tidak, terpaksa lagilah telefon/bercakap dengan nada x berpura-pura marah..demm!!

#pastikan peguam yang kita pilih untuk jualbeli rumah masih berkontrak dengan bank yang kita pilih utk buat loan.

#silap sendiri sebab tidak semak awal-awal jangan timbul dalam hal ini..hihi.

September 7, 2014

Crash Diet Untuk Cepat Kurus?



Bila dah overweight, baru nak diet. Diet yang sihat tak apa juga, ini kalau amalkan crash diet sebab nak kurus cepat, itu yang akan memudaratkan diri sendiri tu. Jadi, amalan makan makanan berkhasiat, tidur yang cukup, dan aktifkan diri. Juga bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, itu lebih baik. 

Senaman pula haruslah ada tiga komponen ini iaitu: 

1.Kardio / Aerobik akan membantu membakar kalori, melatih badan menggunakan lebih banyak lemak sebagai sumber tenaga, menguatkan degupan jantung, dan juga dapat mengurangkan tekanan. Cuba target lakukan senaman ini 30-60 minit untuk 3-6 kali seminggu. 

2.Latihan kekuatan akan membantu anda untuk membina otot. Jika anda tidak membuat latihan kekuatan, anda akan kehilangan otot tersebut and metabolisme badan anda akan menjadi sangat rendah. Oleh itu, cuba buat workout 2 kali seminggu. 

3.Regangan atau latihan fleksibiliti boleh membantu anda meningkatkan tahap kecergasan serta mengurangkan risiko kecederaan selepas anda melakukan aktiviti senaman. Lakukan regangan setiap kali selepas workout dan bila-bila anda mahu merehatkan badan. Tapi, bagi anda yang mempunyai ruang yang terhad seperti di asrama, bagaimana anda dapat menggunakan sebaik-baiknya ruang yang anda ada untuk melakukan senaman? Di sini saya ada beberapa cadangan yang anda boleh lakukan di ruangan terhad anda itu:

1.     Berkawad setempat.
2.     Melakukan side steps atau melakukan langkah ke kiri dan ke kanan dengan hujung jari kaki mencecah lantai.
3.     Jogging setempat atau berlari setempat dengan mengangkat lutut 90 darjah.
4.     Melompat bintang setempat.
5.     Membuat gerakan kickboxing – front kicks, squats, side kicks, menumbuk.
6.     ON mp3 player anda dan menari sampai berpeluh
7.     Anda juga boleh buat jumping rope kalau ruang di bilik anda mengizinkan. Aktiviti ini boleh membakar jumlah kalori yang tinggi! Kalau tak muat, anda boleh imagine yang anda sedang melakukan jumping rope dengan menggerakkan tangan dan pergelangan tangan anda, lompat setempat, lompat menggunakan sebelah kaki, atau apa sahaja aktiviti yang boleh membuat jantung anda berdegup pantas.
8.     Ini aktiviti yang paling saya suka. Buka youtube, cari atau download video workout atau aerobik, dan ikut! Lihat bentuk badan pengajar di video tersebut pun boleh membakar semangat anda untuk bersenam dengan lebih kuat supaya boleh dapat bentuk badan yang sama juga. :D
9.     Buat pushups menggunakan hujung katil atau di atas lantai.
10.      Buat sit up.
11.      Kalau anda anda duit lebih, anda boleh mula membeli dumbell untuk melakukan latihan kekuatan otot.
12.      Turun dan naik tangga atau berlari sekeliling asrama anda.

Jika anda mula amalkan amalan rajin bersenam ini dari awal, beberapa minit sehari, beberapa hari dalam seminggu, pasti anda dapat melihat perubahan bentuk badan anda, kesihatan yang lebih baik, dan minda anda juga akan tenang dan segar. Dan ini adalah pengalaman yang terindah!



September 5, 2014

Simpan dulu, lagi 18 tahun guna..



Simpan RM100 sebulan dan gandakan jadi RM200 sebulan tahun berikutnya. Mana nak ambil tambahan RM100 tu, kenaikan gaji tahunankan ada. Terus ganda lagi untuk tahun seterusnya juga dengan kenaikan RM100, jadi RM300 setiap bulan pada tahun berikutnya. Kalau dividen kita tetapkan 5% setahun, maka tahun ke 18, hampir RM300 000 dana terkumpul!!! Usia kita masa itu mungkin awal 40 tahun. Usia untuk hantar anak-anak ke universiti. Usia yang perlu kita sediakan dana untuk pengajian mereka. Atau usia untuk tukar kereta kali ketiga. Maklumlah rakyat Malaysia pandu kereta yang hanya ada hutang, sudah habis hutang bank, tukar lagi kereta baru. Mungkin duit inilah yang mereka gunakan. Kaya betul mereka.

Kecil ke nilai RM100 sebulan? :(

September 4, 2014

..and the circle of life continues


Looks interesting, but according to my average Malaysian man’s life automotive chronology :

15 years/old: any car would do as long as I can drive


18 y/0: still any car, but preferably Satria. Stylo, muffler with 2.5 inch piping~


20 y/o: Dam* yo, that EVO/Impreza looks nice! Definitely will buy after get job!


23 y/o:Dam*,can’t afford la to buy Evo/Impreza. It’s ok,Wira Evo will do or Saga-ru Impreza. But Myvi is a better choice after graduate.


25y/o: Yay!!finally can afford to buy Evo!!Search around for 2nd hands, but then decided to buy City/Vios.


27: Got married. Still use City/Vios. Wife drives her Myvi/Vios/City. Got first child, immediately change to MPV. Traded in wife’s car for Alza/Exora/recond Wish. Must have DVD player for kids to see Dora/Cars 2/Frozen.


29: Wow that Porsche looks nice. Wahhh kids nowadays soo young also can drive Beemer. Must be parent’s car! (Envy usually arises while driving MPV in traffic jams. Have to as already have 3 kids fighting over the drop-down monitor. Vios/City strictly for work only. :)


32: Now time to change the City/Vios. Looking through Beemer/Merc/Audi catalogs, but only keep the H/T/P1 catalogs. Kimchi is good option, but have to listen to think about RV. Ended up buying face-lifted vios/City/Civic.


35: Waiting for promotion. MPV are in bad shape already.


40: Promoted at last!! Kids have grown. Can let go of MPV and the vios/city. 3series looks nice, but maintenance aduii. Hmmm..*buys an Accord. Wahhhhh..executive brooo! Wife asking for her new car. Buys her a facelifted Myvi. Alasan: you langgar bumper pun no problem. Cheap to fix and you kan slim so tak perlu pakai kereta besar2. :)


43: Wahhh Accord still ok because still under warranty, so ok.


47: Accord stays at home. Its a kereta majlis/ceremony car as it has passed the warranty already. Nanti rosak mahal. Now have to find a fuel efficient low maintenance small city car. Jazz? a bit too expensive. hmm.. takes wife’s myvi. Buys her a facelifted City/Vios. Bigger. You are not as slim so need bigger car. :P. Survives flying plates and frying pan. Daughter asks for car. Of course buys her Fiesta (as suggested by Jeremy Clarkson). Son ask for car. Buys him 5th hand 1996 1.3 satria manual. Tell him when I was your age this is the ultimate car. Don’t worry, the power window will be just fine.


55: Almost pencen. HAVE TO OWN A MERCEDES! Let go Accord. Buys 2nd/3rd hand Merc E-Class. Preferable from a friend. Prepare for maintenance.


60: Pencen already. Merc still ok. Vios/City still ok. Fiesta still ok. Satria……..now with MIVEC 1.8 already and fibre GTi bodykit.


61: Sell Merc..need prestige but pencen money not enough for maintenance. Buys a Saga FL top line. Vios/City still in use. Fiesta sold as daugter buys new City/Vios.


..and the circle of life continues.
#paultan.org

Kaedah pilih rumah sewa jimat bajet

Bagi mereka yang baru dapat kerja, itu merupakan suatu rahmat yang ditunggu-tunggu sekian lama. Sama juga saya pada tahun 2012. Tamat belajar pertengahan tahun, tapi diserap kerja suku pertama tahun berikutnya. Alhamdulillah.

Masalah utama ketika diserap kerja dulu, adalah tempat tinggal. Tambahan tempat kerja bukan di negeri sendiri, juga tiada saudara disekitar tempat kerja. Pilihan yang ada, hanyalah menyewa. Untuk itu, saya kongsikan beberapa kaedah utnuk memilih rumah sewa.

1.     Kadar sewa dan kemampuan kewangan
Jangan difikirkan sangat keselesaan ketika ini. Perlu sedar bahawa saat ini kita baru mula menapak dalam kerjaya. Simpan sebahagian besar gaji untuk kemudian hari. Kalau hanya mampu menyewa bilik, sewa saja. Ingat, sebahagian besar masa dihabiskan di tempat kerja. Mungkin balik bilik/rumah hanya untuk berehat.

2.     Kos pengangkutan jika menyewa jauh
Part ini yang kebanyakan kalangan kita terbabas. Maksudnya, tidak diambil kira dalam perbelanjaan. Manakan tidak, mula kerja sudah pasang angan-angan berkereta. Bukan salah. Tapi kalau memiliki kenderaan sendiri ini, kos yang datang sekali adalah bayaran bulanan, penyelenggaraan,insuran tahunan, tol, parking, minyak petrol dan sebagainya. Belum lagi dikira jika ada kemalangan yang perlu pembaikan/gantirugi. Kebanyakan dari kita hanya fikirkan tol, minyak petrol, ansuran bulanan.

Jadi jalan singkatnya adalah, dapatkan tempat tinggal yang berhampiran akses pengangkutan awam @ paling mudah berdekatan tempat kerja. Jalan kaki pun tidak mengapa. Bayar mahal sikit sewa bilik/ rumah pun masih dikira berbaloi. Tiada kenderaan sendiri juga ada baiknya. Sebab mampu sekat belanja bulanan.

3.     Masa & tenaga dari lokasi tempat kerja.
Jangan terlampau bazirkan masa & tenaga dalam ulang alik ke tempat kerja. Tambahan pula kalau bilik/rumah sewa terlampau jauh/trafik sesak. Kalau pasangan yang baru kahwin, bertambah stress kalau terperangkap kesesakan lalulintas. Tenaga habis atas jalan harung kesesakan. Sampai rumah badan sudah penat. Macam mana nak dapt baby?? hihi

Sebenarnya, saya nak update pasal ini saja. Walaupun saya tahu, tiada yang membaca, tapi itulah antara apa yang perlu kita kongsikan dalam hidup. Nanti bila baca semula nanti, rasa macam best pulak. :P

Buat Skuad Terengganu yang baru saja menentang Sarawak, sekalung tahniah untuk anda. Tak sia-sia saya gantung boot bola dulu kerana nampaknya kehilangan saya dari arena bolasepak sudah pun ada galang gantinya. Nothing much I can say..hihi

September 3, 2014

Buku Yang Saya Baca



Maaf kerana mungkin akan membuatkan iris dan retina mata anda bengkak kerana buku ini disebabkan terlalu banyak membaca. Maklumlah diri ini bukan manusia genius untuk merancang kewangan. Baca 2, 3 kali belum tentu faham, even kalau angguk itu pun belum tentu tanda faham. :P 

'Kematangan" dalam memberi pendapat


Kali ini, saya tulis pasal islamik sikit. Hihi. Ini merupakan entry pertama yang saya tulis khusus bersifat islamik serta berbaur keagamaan. Niat ini timbul apabila say abaca semula entry terdahulu. Rasa macam what the ..... tapi saya perlu sedar. Inilah hakikat sebenar menulis blog. Secara tidak langsung kita dapat menilai tahap ‘kematangan’ penulisan kita secara berperingkat-peringkat. Secara tidak langsung, kita akan cuba untuk improve sedikit demi sedikit.

Okay, kembali kepada niat asal, saya mahu kongsikan kebaikan untuk kita terlibat dalam usrah. Bagi mereka yang bersekolah asrama, pasti akan ada sesi usrah yang dianjurkan oleh senior-senior dulu. Lebih ketara lagi jika anda terlibat dengan aktiviti masjid di universiti. Pengalaman dulu, bila ada senior datang untuk jemput terlibat usrah di suarau, mesti rasa macam mahu lari..hihi.

Sebenarnya apa yang saya ingin kongsikan adalah kelebihan kita terlibat dalam aktiviti usrah ini. Tujuannya adalah untuk membantu kita kearah pembentukan individu muslim yang mantap sebagaimana idea yang di bawa oleh As Syahid Hassan Al Banna. Idea ini diterjemahkan dalam 10 Muwasafat Tarbiyah sebagaimana berikut.


Individu muslim yang mantap juga berkait dengan maratib amal. Semuanya ada 7 tangga. Tahniah kepada mereka yang di tangga kedua. hihi

September 2, 2014

Modal RM2800, jadi RM15 000 selepas 18 tahun

Beban untuk melanjutkan pelajaran anak-anak boleh kita kurangkan jika mula menabung selama 18 tahun dengan hanya modal RM2800. Mungkin mustahil kalau kita bertanya dengan soalan ‘mustahil, ini mesti pancing MLM ni’. Tapi kalau kita bertanya dengan soalan ‘bagaimana? Cuba tunjuk cara, saya mahu bukti’. Ada langkahnya.

Untuk itu, cuba perhatikan rajah ini:

http://ariffshah.com/
Ok. Cakap banyak pun tak guna. Rajah secara kasar pun dan tunjuk. Sedikit penerangan, bagaimana untuk mendapatkan modal RM2800? Sebenarnya modal mula adalah RM1000. Manakala baki RM1800 adalah tabungan ibubapa selama 18 tahun membesarkan anak-anak sehingga tiba untuk masuk universiti. Maknanya setahun RM100. Mudah bukan? Saya anggap RM100 setahun ni selesai. Kos Astro, rokok pun lagi besar dari nilai ini.

Jadi, mana nak dapatkan RM1000 untuk permulaan?

Mulakan dari sekarang. Kalau yang baru berkahwin, mula selepas bernikah. Ketika majlis perkahwinan, ada saudara mara yang hulur duit untuk membantu. Mula terus dengan duit tersebut. Apabila isteri mengandung. Usia kandungan 9 bulan. Sebulan RM100. RM50 suami dan RM50 isteri. Bila anak lahir je, modal permulaan tersedia RM900. Pasti ada rakan-rakan yang dating melawat ketika kelahiran, ada yang menghadiahkan duit, tambah lagi sebagai modal permulaan.

Mudah bukan. Sebenarnya bermula dari ibubapa. RM50 setiap bulan seawal usia kandungan anak. Tapi kalau RM50 sebulan tidak mampu, pasti pasangan ini belum bersedia dari segi kewangan untuk berkeluarga.

RM1,000 ni perlu dimasukkan ke dalam akaun unit trust dengan potensi pulangan yang paling tinggi. Kalau dah plan nak simpan untuk pendidikan anak, mula dengan unit trust dulu.

Maka, RM15,000 tersedia apabila anak mendapat tawaran university. Best bukan?

Solat Dhuha: Kewujudan saya ada manfaat tak?


Assalamualaikum & selamat pagi!!
Dah solat dhuha?  Kalau belum jom sekarang!
Mudah-mudahan allah melimpahkan rahmat dan rezeki yang berkat untuk kita semua hari ini. Happy working to all!!

Sebenarnya kadang2 saya terfikir. Kewujudan saya ada manfaat tak? Saya bukan nak apa sangat pon. Makan cukup, ada pakaian ada tempat tinggal pon dah cukup baik. Alhamdulillah lengkap dah tu.

Selebihnya usaha saya lebih pada untuk memberi manfaat pada orang lain. Sekurang-kurangnya keluarga saya. Since saya dalam bidang hartanah, pendidikan dan shaklee. Saya juga ingin memberi manfaat pada rakan-rakan yang lain. Sebab itu saya berkongsi.
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates