Kenapa aku tak tanya/semak
awal-awal? Ini dah terkena baru perasan. Betullah otai-otai (old timer) pesan,
melabur pada ilmu merupakan pelaburan yang tiada nilai.
Pagi ini gatal tangan
telefon pejabat/ person incharge peguam yang uruskan S&P loan dan S&P
beli rumah. Hajat dihati mahu update urusan S&P loan. S&P
beli rumah dah settle. Siap bayar dah fees segala bagai itu. Sekali PIC maklum
S&P loan terpaksa bagi kepada pejabat peguam lain untuk urus. Ternganga sekejap.
Kenapa?
Sebab kontrak pejabat peguam dia dengan bank yang saya apply loan sudah
tamat. Persoalannya, kenapa tidak dimaklumkan seawal saya mula-mula berurusan
dulu. Mengundang caci maki betul. Nampak sangat mahukan duit walaupun tahu
bakal menyusahkan pembeli. Sudahlah tiada langsung follow up dengan saya untuk
set appointment sign S&P beli rumah.
Nasib baik dapat
berurusan dengan pejabat peguam yang uruskan S&P loan terus pagi ini. Insyaallah
dalam minggu ini S&P loan bakal dihantar kepada saya. Kalu tidak, terpaksa
lagilah telefon/bercakap dengan nada x berpura-pura marah..demm!!
#pastikan peguam yang
kita pilih untuk jualbeli rumah masih berkontrak dengan bank yang kita pilih
utk buat loan.
#silap sendiri sebab
tidak semak awal-awal jangan timbul dalam hal ini..hihi.
No comments:
Post a Comment