Bagi mereka yang baru dapat kerja, itu merupakan suatu
rahmat yang ditunggu-tunggu sekian lama. Sama juga saya pada tahun 2012. Tamat belajar
pertengahan tahun, tapi diserap kerja suku pertama tahun berikutnya. Alhamdulillah.
Masalah utama ketika diserap kerja dulu, adalah tempat
tinggal. Tambahan tempat kerja bukan di negeri sendiri, juga tiada saudara
disekitar tempat kerja. Pilihan yang ada, hanyalah menyewa. Untuk itu, saya
kongsikan beberapa kaedah utnuk memilih rumah sewa.
1. Kadar sewa dan kemampuan kewangan
Jangan
difikirkan sangat keselesaan ketika ini. Perlu sedar bahawa saat ini kita baru
mula menapak dalam kerjaya. Simpan sebahagian besar gaji untuk kemudian hari. Kalau
hanya mampu menyewa bilik, sewa saja. Ingat, sebahagian besar masa dihabiskan
di tempat kerja. Mungkin balik bilik/rumah hanya untuk berehat.
2. Kos pengangkutan jika menyewa jauh
Part ini
yang kebanyakan kalangan kita terbabas. Maksudnya, tidak diambil kira dalam
perbelanjaan. Manakan tidak, mula kerja sudah pasang angan-angan berkereta. Bukan
salah. Tapi kalau memiliki kenderaan sendiri ini, kos yang datang sekali adalah
bayaran bulanan, penyelenggaraan,insuran tahunan, tol, parking, minyak petrol
dan sebagainya. Belum lagi dikira jika ada kemalangan yang perlu
pembaikan/gantirugi. Kebanyakan dari kita hanya fikirkan tol, minyak petrol,
ansuran bulanan.
Jadi jalan
singkatnya adalah, dapatkan tempat tinggal yang berhampiran akses pengangkutan
awam @ paling mudah berdekatan tempat kerja. Jalan kaki pun tidak mengapa. Bayar
mahal sikit sewa bilik/ rumah pun masih dikira berbaloi. Tiada kenderaan
sendiri juga ada baiknya. Sebab mampu sekat belanja bulanan.
3. Masa & tenaga dari lokasi tempat kerja.
Jangan
terlampau bazirkan masa & tenaga dalam ulang alik ke tempat kerja. Tambahan
pula kalau bilik/rumah sewa terlampau jauh/trafik sesak. Kalau pasangan yang
baru kahwin, bertambah stress kalau terperangkap kesesakan lalulintas. Tenaga habis
atas jalan harung kesesakan. Sampai rumah badan sudah penat. Macam mana nak
dapt baby?? hihi
Sebenarnya, saya nak update pasal ini saja. Walaupun
saya tahu, tiada yang membaca, tapi itulah antara apa yang perlu kita kongsikan
dalam hidup. Nanti bila baca semula nanti, rasa macam best pulak. :P
Buat Skuad Terengganu yang baru saja menentang Sarawak,
sekalung tahniah untuk anda. Tak sia-sia saya gantung boot bola dulu kerana
nampaknya kehilangan saya dari arena bolasepak sudah pun ada galang gantinya. Nothing
much I can say..hihi
No comments:
Post a Comment