Social Icons

Pages

February 7, 2014

Strategi Rumah 'Simpanan'

Assalamualaikum.

Perkongsian kali ini adalah berkaitan dengan strategi.
Bukannya teknik, kaedah, langkah, cara mahupun pelaksanaan.
Kelayakan memiliki rumah kos rendah bergantung kepada kerajaan negeri dan majlis perbandaran tempatan.
Sila semak sekatan-sekatan jika ada.

Strategi ini tidak sesuai untuk golongan pelabur hartanah
Hanya sesuai untuk golongan marhaen.
Golongan yang selalu mengadu rumah mahal untuk di beli.
Golongan kurang berkemampuan
Dan yang penting,
Golongan bawahan yang ingin memiliki rumah untuk tinggal sendiri suatu hari nanti termasuklah graduan baru bekerja dan mereka yang berpendapatan rendah.

Apa itu rumah simpanan?

Ianya adalah merujuk kepada rumah jenis flat kos rendah
Sama ada 4 tingkat atau rumah pangsa berbelas tingkat berlift.

Apa itu strategi rumah simpanan?

Kita boleh membeli rumah kos rendah atau rumah murah.
Katakanlah berharga RM60K.
Kita berjaya beli rumah tersebut
Bulanan bayar dengan bank RM300.
Kita sewakan pada kadar RM500 sebulan.

Biarpun kita tidak mendapat banyak keuntungan didalam bentuk aliran tunai , duit sewa hanya cukup untuk membayar ansuran bulanan rumah dan penyelengaraan sahaja , namun 3 perkara akan berlaku dalam masa 5 tahun berikutnya.

1. Deposit awal sebanyak RM7K
2. Kadar susut hutang (*katakan 2% setahun) = RM7K
3. Kadar kenaikan harga rumah (*katakan 2% setahun) = RM7K

*Nilai anggaran yang dibundarkan

Maka,
Pegangan sebanyak RM21K didalam rumah tersebut , dan jika kita menjual rumah tersebut selepas 5 tahun  (untuk memberi peluang pada yang lain untuk memiliki rumah simpanan mereka pula) , maka kita akan memperolehi modal sebanyak RM21K. Jika kita mengulang strartegi yang sama untuk 10 tahun berikutnya , maka kita akan mempunyai modal terkumpul sebanyak :-

5 tahun pertama = RM21K (Rumah simpanan berharga RM60K)
5 tahun berikutnya = RM60K (rumah berharga RM200K)
5 tahun berikutnya = RM 180K (rumah berharga RM600K)

Selepas 15 tahun , kita akan mempunyai modal sebanyak RM180K minima , kita boleh menggunakan wang ini untuk :-

1. Membeli tanah dan membuat rumah sendiri
2. Membeli rumah berharga RM1.8 juta (jika pihak bank membenarkan berdasarkan pendapatan kita dll)
3. Membeli rumah berharga RM600K dengan deposit sebanyak 30% selama 15 tahun , ianya akan bersamaaan dengan bayaran bulanan untuk deposit 60K selama 30 tahun.
4. Membeli rumah berharga RM360K dengan deposit sebanyak 50% selama 15 tahun.
5. Sila gunakan daya imaginasi dan kreativiti anda.

Jika kita mula membeli rumah busuk kita yang pertama ketika berusia 25 tahun , maka ketika berusia 40 tahun , kita mampu untuk tinggal di rumah sendiri dengan harga yang lebih mahal.


Persoalannya sanggupkah kita menyewa dan tinggal berdekatan dengan tempat kerja kita selama 15 tahun sebelum kita membeli tanah untuk dibuat rumah sendiri atau membeli rumah persaraan sendiri yang mana dengan usia sedemian rupa , pastinya kita tidak lagi mengejar kerjaya dan hanya menuju persaraan. Waallahualam.

*Idea asal diambil dari Tuan Zaidi Ismail

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates