Purata pendapatan isi rumah RM5900.
Alhamdulillah, gembira kerana rupanya besar pendapatan rakyat Malaysia ini.
Patutlah kereta baru banyak di jalanan. Pada saya, itu je ukurannya. Kerana
rakyat Malaysia susah untuk pakai kereta yang tiada hutang. Hihi
Jelas sekali kejayaan program yang
mengkayakan ummah berjaya. Jual beli emas, kelas hartanah sana sini. Pelaburan
saham. Jelas bertambahnya orang cerdik kewangan.
Pada saya tidak mustahil household
income rm5900. Kerana jika suami isteri bekerja, purata gaji seorang adalah
RM2950. Cuba fikir secara positif. Jika belum cukup RM5900 sebulan, cuba untuk
cari sumber tambahan. Jika tiada kemampuan untuk tambah sumber. Downgrade
hidup. Hentikan langganan astro. Hentikan tabiat merokok atau melepak di kedai.
Kepada yang lebih RM5900,
Alhamdulillah, kelebihan di situ, tapi jangan perasan kaya. Periksa sentiasa
keadaan kewangan agar sentiasa stabil dan mampu bertahan dalam perubahan
kitaran ekonomi.
Its not how much money you make, but
how you manage it.
No comments:
Post a Comment