Pemilik rumah perlu sentiasa memberi peringatan kepada penyewa khususnya terhadap bayaran sewa setiap bulan. Jangan sekali-kali abaikan. Maklumlah ada sesetengah penyewa yang mengambil mudah hal ini. Jangan salahkan penyewa jika 2 3 bulan penyewa tidak bayar sewa. Kerana anda pun salah juga. Salah tidak ingatkan penyewa. Hihi.
Dua (2) hari sebelum tarikh bayaran
sewa, ringankan jari-jari anda untuk sms penyewa diikuti sms kedua pada
hari sepatutnya sewa itu dibayar. Senang bukan? Itulah sedikit usaha kita
sebagai landlord untuk memberi peringatan kepada penyewa selain mengelakkan
bayaran sewa yang lambat.
No comments:
Post a Comment