Social Icons

Pages

September 20, 2014

Pengalaman masuk lelong rumah..pertama kali


Seperti yang diwar-warkan di wall facebook dua hari lepas. Semalam saya telah berada di xxxxxx bagi membida beberapa buah kondominium :P. Padahal low/sederhana apartment saja. Dan sesampai sahaja di sana, ramai betul pembida-pembida telah mula berkeliaran dan agak ‘rumit’ untuk dijelaskan suasananya. Saya cuma boleh bagi hint saja.. VERY INSPIRING.. hehehe.

Seperti yang dijangka, khalayak yang hadir bukanlah dari kalangan sekufu dengan poket saya :(  Tapi, disebabkan beberapa faktor yang memaksa, saya cekalkan hati untuk teruskan juga.

Antara sebab yang memaksa itu adalah;
1.     Kadar sewa. Cuba anda bayangkan, tinggal dirumah flat 6++sqf 3b2b dengan kadar sewa RM800 tanpa perabot. Anda sanggup?
2.     Tolong bayar monthly rumah orang. Part inilah yang paling saya cuba elakkan. Kita sebagai penyewa, apa pun tidak dapat. Tuan rumah siap goyang kaki, siap ada lebihan sewa lagi.
3.     Permintaan rumah. Bayangkan untuk mendapatkan rumah sewa di xxxxx adalah suatu perkara yang sukar. Dan kalau dapat pun, belum tentu saya mampu bayar sewa. Rumah landed start sewa dari RM1000++. Flat RM800++. Jadi pilihan yang ada, adalah cuba untuk dapatkan rumah sendiri.

Untuk kali ini, saya sebagai wakil kepada isteri. Selesai parking kereta, jutaan terima kasih kepada rakan yang sudi pinjamkan kereta barunya, 3 bulan kot usia kereta tu. Saya terus ke pejabat lelong untuk semak sama ada unit yang akan dibida call off atau tidak. Untuk info, kalau call off, unit tersebut tidak akan dilelong. Puncanya sama ada pemilik rumah telah bayar tunggakan bulanan atau sebagainya. Dan kalau call off, segala usaha anda bermula saat awal dapat iklan seperti semak bil maintainance, utility, ke 5 buah bank at least untuk semak market value, semak kelayakan pinjaman, call kontraktor untuk quotation kos baikpulih rumah, iklan sewa, petrol semasa viewing, makan minum dan segala hal yang terlibat, sia-sia. Minta dijauhkan. yelah, dah tak dilelong, nak bida apa?

Serahkan bank draft kepada pelelong dan nyatakan unit yang anda akan bida. Jika anda sebagai wakil, serahkan salinan ic orang yang anda wakil dan surat yang menyatakan anda dilantik sebagai wakil siap dengan tandatangan saksi. Surat ini draft sendiri saja. Tapi cuba untuk guna ayat serasmi yang mungkin. Tunggu sehingga proses selesai didaftarkan. Anda akan dipanggil semula untuk mengambil kad nombor anda. Benda ini digunakan sewaktu bidaan nanti. Pastikan anda dapat kad ini sebelum bidaan dimulakan.

Hal bank draft pula, bagus jika anda buat dengan nilai besar. Sebab pertama, sebagai contoh, RP 100k. Bank draft disyaratkan 5%, bermakna RM5k. Bagus anda buat bank draft dengan nilai RM10k. Jika unit yang anda inginkan tidak berjaya anda beli, 100% nilai bank draft anda dapat semula selepas lelongan tamat. Tiada kerugian di sini. Sebab kedua, katakan unit anda call off. Anda masih berpeluang untuk bida unit lain. Takkan anda mahu pulang tanpa hasil @ tanpa kemenangan? :P. Tapi langkah ini perlu diawalkan dengan datang dengan niat untuk bida banyak unit walaupun bank draft buat 2 3 keping sahaja. Maknanya unit-unit yang dilelong perlu anda target lebih dari satu unit.

Tunggu proses bidaan dijalankan. Tenangkan perasaan. Hihi. Pada waktu ini, elakkan anda berkomunikasi dengan pembida lain berkaitan unit yang akan anda bida terutama had bidaan anda. Kerana memberi peluang kepada mereka untuk kacau peluang anda untuk dapatkan reserve price. Banyak taktik disini/ waktu ini. Ada kalangan pembida yang berniat jahat sengaja daftarkan unit yang kita minat dengan hasrat untuk memenangkan kita pada harga tinggi. 

untuk info/step seterusnya, next entry.hihi. teruskan, sebab melalui pengalaman pertama saya masuk lelong ini, banyak info/tip yang saya tidak pernah jumpa sepanjang pelaburan ilmu yang saya buat sebelum ini. 

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates