Dalam konteks komuniti pelaburan
hartanah, sekiranya kita dikelilingi oleh mereka-mereka yang negatif, maka
semangat kita bakal turut luntur, begitu juga sebaliknya, sedikit sebanyak
tempias kejayaan mereka bakal kita rasai.
Mengambil contoh diri saya sendiri,
bukan untuk mendabik dada, jauh sekali untuk menunjuk. Kerana ada juga langkah
yang silap saya buat. Kesannya sehingga sekarang saya hadapi.
Tapi jika tidak kerana bukti kejayaan beliau
ini menguruskan berbelas-belas rumah sehingga kini, pasti saya tidak yakin untuk
turut menambah koleksi rumah hingga kini.
Lihat!! Betapa pentingnya komuniti sekeliling
kita dalam menentukan arah kejayaan bidang yang kita usahakan. Jadi, mulai
sekarang cuba rapatkan diri dengan mereka yang mempunyai fokus dan positif
terhadap subjek pelaburan hartanah ini kerana insyaallah, satu masa nanti kita juga
akan menikmati kejayaan seperti mereka.
No comments:
Post a Comment