Beban untuk melanjutkan pelajaran
anak-anak boleh kita kurangkan jika mula menabung selama 18 tahun dengan hanya
modal RM2800. Mungkin mustahil kalau kita bertanya dengan soalan ‘mustahil, ini
mesti pancing MLM ni’. Tapi kalau kita bertanya dengan soalan ‘bagaimana? Cuba
tunjuk cara, saya mahu bukti’. Ada langkahnya.
Untuk itu, cuba perhatikan rajah ini:
http://ariffshah.com/
Ok. Cakap banyak pun tak guna. Rajah
secara kasar pun dan tunjuk. Sedikit penerangan, bagaimana untuk mendapatkan
modal RM2800? Sebenarnya modal mula adalah RM1000. Manakala baki RM1800 adalah
tabungan ibubapa selama 18 tahun membesarkan anak-anak sehingga tiba untuk
masuk universiti. Maknanya setahun RM100. Mudah bukan? Saya anggap RM100
setahun ni selesai. Kos Astro, rokok pun lagi besar dari nilai ini.
Jadi, mana nak dapatkan RM1000 untuk
permulaan?
Mulakan dari sekarang. Kalau yang baru
berkahwin, mula selepas bernikah. Ketika majlis perkahwinan, ada saudara mara
yang hulur duit untuk membantu. Mula terus dengan duit tersebut. Apabila isteri
mengandung. Usia kandungan 9 bulan. Sebulan RM100. RM50 suami dan RM50 isteri.
Bila anak lahir je, modal permulaan tersedia RM900. Pasti ada rakan-rakan yang
dating melawat ketika kelahiran, ada yang menghadiahkan duit, tambah lagi
sebagai modal permulaan.
Mudah bukan. Sebenarnya bermula dari
ibubapa. RM50 setiap bulan seawal usia kandungan anak. Tapi kalau RM50 sebulan
tidak mampu, pasti pasangan ini belum bersedia dari segi kewangan untuk
berkeluarga.
RM1,000 ni perlu dimasukkan ke dalam
akaun unit trust dengan potensi pulangan yang paling tinggi. Kalau dah plan nak
simpan untuk pendidikan anak, mula dengan unit trust dulu.
Maka, RM15,000 tersedia apabila anak
mendapat tawaran university. Best bukan?
No comments:
Post a Comment