Bila dah
overweight, baru nak diet. Diet yang sihat tak apa juga, ini kalau amalkan crash
diet sebab nak kurus cepat, itu yang akan memudaratkan diri sendiri
tu. Jadi, amalan makan makanan berkhasiat, tidur yang cukup, dan aktifkan diri. Juga bersenam sekurang-kurangnya
30 minit, itu lebih baik.
Senaman pula haruslah ada tiga komponen ini iaitu:
1.Kardio / Aerobik akan membantu membakar kalori, melatih badan menggunakan lebih banyak lemak sebagai sumber tenaga, menguatkan degupan jantung, dan juga dapat mengurangkan tekanan. Cuba target lakukan senaman ini 30-60 minit untuk 3-6 kali seminggu.
2.Latihan kekuatan akan membantu anda untuk membina otot. Jika anda tidak membuat latihan kekuatan, anda akan kehilangan otot tersebut and metabolisme badan anda akan menjadi sangat rendah. Oleh itu, cuba buat workout 2 kali seminggu.
3.Regangan atau latihan fleksibiliti boleh membantu anda meningkatkan tahap kecergasan serta mengurangkan risiko kecederaan selepas anda melakukan aktiviti senaman. Lakukan regangan setiap kali selepas workout dan bila-bila anda mahu merehatkan badan. Tapi, bagi anda yang mempunyai ruang yang terhad seperti di asrama, bagaimana anda dapat menggunakan sebaik-baiknya ruang yang anda ada untuk melakukan senaman? Di sini saya ada beberapa cadangan yang anda boleh lakukan di ruangan terhad anda itu:

1. Berkawad setempat.
2. Melakukan side steps atau
melakukan langkah ke kiri dan ke kanan dengan hujung jari kaki mencecah lantai.
3. Jogging setempat atau berlari
setempat dengan mengangkat lutut 90 darjah.
4. Melompat bintang setempat.
5. Membuat gerakan kickboxing –
front kicks, squats, side kicks, menumbuk.
6. ON mp3 player anda dan menari
sampai berpeluh
7. Anda juga boleh buat jumping rope
kalau ruang di bilik anda mengizinkan. Aktiviti ini boleh membakar jumlah
kalori yang tinggi! Kalau tak muat, anda boleh imagine yang anda sedang
melakukan jumping rope dengan menggerakkan tangan dan pergelangan tangan anda,
lompat setempat, lompat menggunakan sebelah kaki, atau apa sahaja aktiviti yang
boleh membuat jantung anda berdegup pantas.
8. Ini aktiviti yang paling saya
suka. Buka youtube, cari atau download video workout atau aerobik, dan ikut!
Lihat bentuk badan pengajar di video tersebut pun boleh membakar semangat anda
untuk bersenam dengan lebih kuat supaya boleh dapat bentuk badan yang sama
juga.
9. Buat pushups menggunakan hujung
katil atau di atas lantai.
10. Buat sit up.
11. Kalau anda anda duit lebih, anda
boleh mula membeli dumbell untuk melakukan latihan kekuatan otot.
12. Turun dan naik tangga atau
berlari sekeliling asrama anda.
Jika anda mula amalkan amalan rajin bersenam ini dari awal, beberapa minit sehari, beberapa hari dalam seminggu, pasti anda dapat melihat perubahan bentuk badan anda, kesihatan yang lebih baik, dan minda anda juga akan tenang dan segar. Dan ini adalah pengalaman yang terindah!
No comments:
Post a Comment