Social Icons

Pages

February 25, 2014

Panduan Beli Rumah Baru: Pengalaman sendiri




Ramai yang dalam dilema untuk memiliki rumah. Dalam kalangan rakan sendiri kebanyakan mereka masih tercari-cari peluang untuk membeli rumah. Namun dihimpit pelbagai komitmen, memaksa hajat ditangguhkan entah bila.

25.02.2014 merupakan tarikh yang amat bermakna. Kerana selepas 5 bulan menanti kunci rumah. Saya di panggil pemaju untuk menerima serahan kosong sebuah unit rumah di Taman Adika. Pembelian rumah yang amat berbaloi mungkin. Hanya 200meter ke tempat kerja dan 500meter ke pecan Keningau.

Rumah yang dibeli dengan pelbagai niat. Namun yang utama adalah untuk menyediakan kediaman yang selesa untuk keluarga yang bakal dibina. :P. walaupun saya menerima kunci hanya ditemani kawan. Tapi kegembiraan ini turut sama dikongsi keluarga serta bakal pasangan. Semoga serahan kunci untuk unit kedua dan seterusnya ditemani pasangan. Semoga impian kami untuk memiliki 10 unit sebelum umur 35 tahun bakal terlaksana. Masih berbaki 9 tahun.

Keputusan untuk membeli unit yang pertama ini mengejutkan ramai kawan. Manakan tidak, belum setahun bekerja dah mampu letak d/payment yang hampir RM30k.. fuhh..berpeluh jgk ketika serahan bayaran tu dulu. 2 3 hari jugak tidak dapat tidur dengan lena. Hanya kawan-kawan serumah yang tahu keadaan kelam kabut saya ketika tu..hihi. namun dengan niat untuk keselesaan keluarga, saya gagahkan juga.


Bersambung..

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates