Assalamualaikum.
Dalam
keadaan ekonomi yang tidak menentu, membeli hartanah menerusi lelongan boleh
dianggap sebagai satu peluang untuk mendapatkan asset pada harga yang murah
dari pasaran. Jika kena pada gayanya, pulangan yang boleh diperolehi amat
besar.
Namun,
tanpa persiapan rapi, ia boleh mengundang padah jika anda tersilap membuat
pembelian. Kerugian yang bakal dialami juga amat besar dan boleh membantutkan
usaha anda untuk membina kekayaan.
Di sini
saya cuba ringkaskan perkara2 yang perlu anda ambil tahu sebelum melibatkan
diri dalam sebarang proses lelongan awam.
1)
Proclamation of Sales (POS) - Kontrak jualan
POS ni
merupakan satu dokumen yang amat penting dalam setiap lelongan hartanah. Anda
perlu mendapatkan dokumen ini sama ada dari pelelong atau pun agent. Dalam
dokumen ini, anda boleh mendapatkan maklumat2 penting berkenaan lelongan
tersebut seperti :
- nama
peminjam
-
alamat hartanah
-
berapa nilai deposit yang diperlukan
- bank
pelelong
- nama pelelong
-
tempat dan masa lelongan
-
jangka masa untuk selesaikan pembayaran penuh
-
syarat2 jualan yang lain seperti pihak mana yang menanggung sebarang tunggakan
jika ada.
2)
Buat lawatan tapak
Membuat
lawatan ke hartanah yang ingin dibida amat penting untuk mengurangkan risiko2
kesilapan pembelian. Kita perlu kaji kejiranan kawasan tersebut, rumah tu ok
atau tidak, siapa yang duduk etc.
Kita
mungkin tidak dapat melihat keadaan dalam hartanah namun sekurang2nya kita
dapat membuat taksiran kasar dan ini boleh mengurangkan risiko kesilapan.
Selain
itu kita juga perlu membuat taksiran modal yang diperlukan jika perlu membuat
sebarang baikpulih
3)
Sekatan kepentingan
Jika
boleh, terutamanya bagi lelongan yang dibuat di mahkamah atau pejabat tanah,
buat carian hakmilik bagi hartanah tersebut. Kita tidak mahu kejadian apabila
kita menang bidaan hartanah tersebut, rupanya ada sekatan kepentingan pihak
ketiga (private caveat) yang akan menyukarkan kita membuat proses pindah milik.
Sila rujuk rakan2 peguam untuk maklumat lanjut berkenaan perkara ini.
4)
Tunggakan2 cukai taksiran, yuran penyelengaraan, utiliti etc
Dapatkan
maklumat2 kos2 tunggakan yang mungkin ada dan lihat siapa yang perlu membayar
tunggakan2 tersebut. Masukkan kos2 ini dalam pertimbangan kita sebelum kita
membida.
5)
Tetapkan had maksima bidaan
Sebelum
lelongan bermula, kita mesti ada satu anggaran had maksima harga yang kita akan
bida. Jangan bida melebihi had yang telah kita tetapkan semata2 kerana terlalu
beremosi semasa bidaan dijalankan. Kalah menang memang adat lelongan. Ada hari
kita menang, ada hari kita kalah.
Yang
penting kita jangan berputus asa dan kecewa. Jika kalah, teruskan mencari
hartanah lain dan teruskan proses bidaan sehingga kita berjaya menang hartanah
yang diidamkan. Ingat! Objektif kita adalah untuk mendapatkan hartanah pada
harga yang murah dan bukan untuk memuaskan ego kita menang pada harga yang
tidak munasabah.
Diharap
dengan adanya panduan2 di atas, anda akan lebih bersedia untuk memasuki dunia
lelongan hartanah dan seterusnya berjaya mendapatkan hartanah idaman anda pada
harga yang diinginkan.
No comments:
Post a Comment