Social Icons

Pages

February 10, 2014

Soalan di pagi hari

Assalamualaikum.

Soalan dari banker pagi ni. Encik beli ni untuk sendiri atau invest?”
Alhamdulillah, dapat jawab dgn baik. Hihi

Pasti anda yang pernah mohon house loan ditanya soalan ini. Ada yang jawab sambil lewa. Ada yang jawab dengan penuh yakin. Namun jangan ingat anda ditanya tanpa sebab musabab. Banker ni buzy memanjang. So, yang ditanya pasti berguna untuk kerja mereka.

Jawapan yang diberi bakal memberi kesan kepada jumlah pinjaman yang bakal ditawarkan. Jika untuk duduk sendiri, jumlah pinjaman pada kadar maksimum bakal ditawarkan pihak bank dan jika untuk invest. Kemungkinan untuk terus dicantas adalah besar.

Rasionalnya adalah rumah untuk sendiri duduk lebih terjaga bayaran bulanannya kerana peminjam mana yang mahu dihalau dari rumah sendiri?? Kalau untuk pelaburan, peminjam x kisah sekiranya rumah dilelong. Atas sebab itulah pihak bank ingin mengurangkan risiko pinjaman tidak dibayar, maka margin pinjaman bagi pembelian dengan tujuan pelaburan akan dikurangkan.

Walaubagaimanapun jawapan korang, segalanya turut bergantung kepada situasi banker yang memproses pinjaman anda. Sekiranya sales target sang banker masih belum tercapai, maka ada kemungkinan ianya tidak akan memberikan impak kepada jumlah pinjaman korang.

Oleh itu, carilah banker yang boleh dibuat ‘kawan’.


No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates