Apa yang aku nak?
Aku nak ‘satu peruntukan dana untuk memasukkan subjek pengurusan
kewangan dalam syllabus pendidikan negara kita’.
Kenapa aku nak?
Sebab aku tengok banyak masalah yang wujud kat negara
ni kebanyakannya disebabkan oleh satu benda yang kita panggil ‘duit’.Family berpecah belah sebab tamakkan duit,
ibu bapa bercerai-berai sebab tak cukup duit, penjenayah melakukan jenayah
sebab takde duit sedangkan bagi aku kalau diberi pendidikan dari awal tentang
cara menguruskan duit, dah tentu semua ini dapat dikurangkan.
Banyak mana dana yang diperlukan?
Terlalu banyak dana yang diperlukan kerana satu syllabus tambahan perlu digubal bagi
peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Semua
ini memerlukan peruntukan yang besar terutamanya bagi penghasilan
buku teks yang baru, kursus untuk guru-guru yang terpilih dan 1001 macam
keperluan lagi.
Kenapa ianya penting?
Peringkat Rendah :
Anak-anak kecil perlu diperkenalkan tentang pengertian ‘wang’
supaya putera-puteri kecil kita ini tahu betapa bernilainya setiap ringgit dan
sen yang mereka perolehi. Secara tidak langsung, sifat menabung dapat dipupuk
dari usia seawal 7 tahun lagi.
Peringkat Menengah :
Golongan remaja perlu difahamkan tentang konsep pelaburan
supaya mereka dapat memaksimumkan wang tabungan mereka yang telah mereka kumpul
semenjak peringkat sekolah rendah lagi. Untuk itu, status jutawan amat
mudah untuk mereka kecapi kerana mereka telah terdedah dengan konsep
pelaburan dan ‘compounded interest’ seawal usia ini. Bukankah lagi
awal mereka menabung, lagi sedikit jumlah yang perlu disimpan untuk mengecapi
angka 1 juta di dalam akaun mereka?
Peringkat Pengajian Tinggi :
Di peringkat ini, barulah barisan cerdik pandai kita
ini diperkenalkan dengan advance module tentang konsep pelaburan di
samping pemahaman tentang peri pentingnya mereka menjauhi skim cepat kaya dan
bahayanya ‘money
laundering‘ terhadap masyarakat. Selain daripada itu, di peringkat
ini juga perlulah diterapkan konsep keusahawanan dalam diri mereka
supaya mereka tidak akan terlalu bergantung kepada kerja makan gaji sebagaimana
yang dialami oleh generasi kita sekarang.
Kesan terhadap kerajaan :
Memang ianya tidak akan menguntungkan parti politik pemerintah
meraih lebih banyak sokongan kerana impaknya tidak akan diperolehiimmediately tetapi sekurang-kurangnya generasi
akan datang pasti akan merasai kesannya dan bersyukur terhadap apa yang
kerajaan sebelumnya telah lakukan.
Apa pun, ini cuma impian aku terhadap bajet tahun depan dan
harap-harap ianya akan menjadi kenyataan demi merealisasikan hasrat untuk
mewujudkan negara Malaysia yang lebih maju.
No comments:
Post a Comment