Assalamualaikum
Alhamdulillah saya dibesarkan dalam budaya susu ibu. Maka, konsep susu
ibu bukan asing. Susu ibu baik kepada anak dan ibu. Tapi jarang dikhabarkan
baik kepada bapa.
Baik kepada ibu dan anak kerana:
1. Bekalan yang senang
dibawa. Belum ada ibu yang tertinggal payudara.
2. Tidak perlu keluar
bilik tidur untuk bancuh susu.
3. Si ibu cepat
langsing.
4. Kurangkan risiko
kanser.
5. Susu ibu antibody
terbaik untuk anak berbanding susu untuk anak lembu.
6. Bersih dari bacteria
kerana susu dari badan ibu yang berantibodi.
7. Susu ibu lengkap
berbanding susu untuk anak lembu.
8. Deman kuning pada
anak cepat sembuh.
9. Perut bayi sebesar
guli. Jadi masalah kembung perut dapat dielakkan kerana minumsusu ikut
keperluan.
10. Anak cepat pandai
kerana sesi menyusu yang diselit dengan didikan daripada ibu.
11. Kemesraan antara ibu
dan anak lebih terjamin berbanding dengan pembantu rumah.
Baik kepada bapa kerana:
Duit dapat dijimatkan. Kos yang bakal disalurkan kepada jalan yang lebih
efektif.
1. Kos susu tepung.
Kalau seminggu RM50, sebulan
RM200. Setahun RM2400. Dua tahun RM4800. Perghh!!!!!
2. Anak susuan lebih
sihat. Susu yang lebih berkhasiat. Menjana antibody anak dengan lebih baik. Bil
rawatan anak berkurang.
3. Isteri lebih
langsing. Penyusuan susu habiskan 500 kalori sehari. Tidak perlu pergi slimming
class. Jimat.
Maka hasil penjimatan ini boleh digunakan untuk tabungan anak.
Berdasarkan ayat Quran dari Surah Baqarah, ayat 233 yang bermaksud:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap
iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan
bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang
sepatutnya.
Untuk tempoh 2 tahun:
Hasil penjimatan belian barang2 susuan (bakul) RM1000
Hasil penjimatan bil buka lampu bangun malam RM300
Hasil penjimatan belian susu tin: RM4800
Boleh pakai ke angka di atas? Anggaran sajalah. Sikit atau banyak??.
Hasil berjimat ini boleh tambah simpanan kita sendiri atau simpan untu
anak. Jadi, bapa perlu beri lebih sokongan kepada ibu. Sebab mentality yang
menganggap susu lembu baik berbanding susu ibu masih tebal.
Sumber: www.pakdi.net
No comments:
Post a Comment