Jangan beli kereta sekiranya
kita hanya mampu bayar duit ansuran bulanan, tetapi terlupa kira kos petrol,
kos takaful, kos servis, kos maintenance, kos spare part, kos parking, kos tol
dan kos-kos lain.
Sekiranya tuan puan dapat
menyertai skim rumah pertamaku, maka itu adalah tindakan yang jauh lebih baik
dari membeli sebuah kereta.
Jika sudah membeli kereta
dan tiba-tiba rasa sesak kerana situasi nombor dua, maka cari pendapatan
tambahan adalah lebih baik. Kalau rasa tidak mampu cari pendapatan tambahan,
adakah kita sanggup memotong perbelanjaan?
Namun kalau tidak pakai
kereta pun ada masalah lain. Mungkin (Atau cuma cari alasan nak pakai kereta?).
Pening-pening.
Kita kena akui dan terima
hakikat kereta adalah liabiliti. Kereta menghabiskan duit gaji kita setiap
bulan. Jadi kena ada cara yang bijak untuk membeli sebuah kereta. Duit gaji
tidak diusik, simpanan ada, kereta pun ada. Itulah yang terbaik!
from: http://www.pakdi.net/
from: http://www.pakdi.net/
No comments:
Post a Comment