Orang muda adalah:
- Orang bujang.
- Baru berkeluarga
- Beranak satu / dua
Rumah untuk tinggal sendiri adalah liabiliti. Kerana bayaran bulanan
daripada gaji sendiri. Memaksa tuan rumah rancang dengan teliti langkah bayaran
tersebut. Maka sebagai orang muda, anda perlu fikirkan berbaloikah untuk
tinggal di rumah bersaiz besar berdasarkan keperluan hidup anda.
Alternatif kepada situasi ini adalah rumah / apartment yang sederhana
luas. Cukup 3 bilik dan 2 bilik air. Rancang tinggal di rumah itu dalam 5 tahun.
Berikut anggaran langkah penjimatan yang boleh dijadikan panduan:
Sebulan simpan 300 utk pembelian rumah kedua.
Setahun anda mampu ada 3600.
Untuk 5 tahun berikutnya 3600x5 tahun=18 000.
Cukup untuk anda dapatkan rumah / apartment kedua bernilai 150 000.
Atau
Simpan 300 sebulan dalam tahun pertama = 3600
Simpan 400 sebulan dalam tahun kedua =
4800
Simpan 500 sebulan dalam tahun ketiga = 6000
Simpan 600 sebulan dalam tahun keempat = 7200
Simpan 700 sebulan dalam tahun kelima = 8400
Maka pada hari pertama tahun ke enam = 30 000
Dengan jumlah 30 000, tidak mustahil untuk anda miliki 2 buah rumah /
apartment dalam masa 5 tahun akan datang.
Pilihan di tangan anda. Sama ada untuk
terus tinggal di rumah ‘mewah’ pada hari ini, atau tinggal di rumah mewah akan
datang yang datang dengan beberapa buah rumah sederhana mewah.
*nilai yang dipaparkan mungkin tidak sesuai dengan situasi anda.
No comments:
Post a Comment