Social Icons

Pages

April 6, 2014

Skim Perumahan MyHome




  • MyHome adalah usaha untuk menangani masalah ketidak-mampuan membeli rumah
  • Pakej MyHome terbahagi kepada 2 iaitu MyHome1 dan MyHome2.
  • Unit yang ditawarkan di bawah Pakej MyHome1 berkeluasan 800 kaki persegi dan berharga di antara RM80,000 – RM120,000 (Semenanjung), manakala di Sabah/Sarawak di antara RM90,000-RM120,000.
  • Harga bagi Pakej MyHome2 pula bermula dari RM120,001 sehingga RM200,000 (Semenanjung)/RM250,000 (Sabah/Sarawak) dengan minimum keluasan sebanyak 850 kaki persegi.
  • Kelayakan pendapatan isi rumah bagi Pakej MyHome1 adalah di antara RM3,000-RM4,000, manakala MyHome2 pula adalah di antara RM4,001 ke RM6,000.
  • Pemohon Pakej ini mestilah berusia 18 tahun ke atas dan belum pernah memiliki rumah lagi.
  • Di bawah Pakej-Pakej ini, pemohon yang layak akan mendapat RM30,000 sebagai 10% deposit pendahuluan bagi pembelian rumah di bawah Pakej yang ditawarkan.
  • Namun, mereka yang berjaya memiliki rumah di bawah Pakej MyHome ini DILARANG untuk menjualnya selama 10 tahun, berkuatkuasa dari tarikh Perjanjian Jual Beli dimeterai.
  • Walaubagaimanapun pindahan hak milik kepada keluarga terdekat adalah dibenarkan dalam tempoh tersebut.
  • Pakej MyHome ini bakal dikuatkuasakan mulai 1 April ini.


No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates