Social Icons

Pages

April 3, 2014

Prinsip seorang jutawan

Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa. 

Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang
 biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang.

Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada
 mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai.

Orang kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka. 

12 prinsip jutawan yang boleh anda ikut:

1.  Mereka rancangkan kejayaan mereka.

Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan.

Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2.  Mereka merancang dan bertindak.

Mereka membuat satu simpanan tetap dan terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3.  Orang kaya mempunyai disiplin.

Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil
wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4.  Mereka membuat perlindungan daripada bencana.
Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan
jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5.  Mereka cuba mengelakkan hutang.

Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.


6.  Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.

7.  Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8.  Mereka benci berbelanja.

9.  Mereka sukakan menyimpan.

Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.


10.      Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka akan lebih berjaya.

11.      Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan. 

12.      Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates