Orang yang bergaji RM10k sebulan sudah boleh digelar jutawan??
Orang yang memiliki aset beratus2 ribu ringgit sudah boleh digelar jutawan??
Orang yang ada kereta mewah, rumah mewah, brgan mewah, sudah boleh digelar jutawan??
Jom kita check samada kita ni sudah bergelar Jutawan ataupun belum....
Yang dikatakan jutawan itu bukanlah orang yang mempunyai duit RM1 juta tunai di dalam akaun banknya. Bukan juga orang yang memiliki aset RM1 juta.
Ramai penduduk asal Kpg. Baru Kuala Lumpur memiliki aset tanah bernilai lebih RM1 juta. Tetapi life-style mereka tidak macam jutawan. Mereka makan gaji ataupun berniaga kecil-kecilan.
Seseorang itu menjadi jutawan apabila:
1) Dia mampu memilih apa-apa jua gaya-hidup yang dimahukannya. Kalau mahu hidup mewah pun dia mampu. Kalau mahu hidup zuhud pun dia mampu.
2) Dia mampu membiayai citarasanya. Dia mampu melakukan apa yang dia suka, membeli apa yang dia mahu.
3) Dia mampu memilih. Ini yang paling mahal!
Ramai orang mengaku jutawan, tetapi dia belum mampu memilih. Sebagai contoh, penduduk asal Kpg. Janda Baik sekarang ini adalah 'jutawan' belaka. Purata 1 ekar tanah mereka bernilai @ RM400k. Namun mereka tidak memiliki kemampuan memilih!
Dalam hidup ini, pilihan kita dibatasi oleh duit kita.
Orang makan gaji, membeli rumah yang direka oleh developer. Itu sahaja pilihan yang ada sesuai dengan duit di dalam poket mereka. Orang berduit, mereka men design sendiri rumah mereka.
Orang bergaji, membeli rumah sebagai tempat tinggal.
Orang berduit membeli rumah sebagai sebahagian daripada life-style mereka.
Jutawan hidup dengan life-style jutawan.
Orang FELDA yang menjual tanahnya dengan harga RM1 juta tidak berubah life-stylenya. Dia tetap orang FELDA, walaupun dia membeli Toyota Camry, dan membina rumah 8 bilik. Life-style mereka tidak berubah....
Jadi anda dalam kategori mana??
In shaa Allah, saya sedang berusaha ke arah hidup seorang Jutawan. Bukan jutawan pada rumah, kereta atau pakaiannya, tetapi jutawan kerana mempunyai Kebebasan Untuk Memilih!!
No comments:
Post a Comment