Social Icons

Pages

April 1, 2014

Pecahkan gaji kepada diri sendiri

Saya kongsikan konsep kekayaan yang ramai tidak tahu dan merugikan mereka walaupun bekerja kuat berpuluh tahun.

Apa sebabnya?

Apabila dapat gaji setiap bulan, perkara lazim yang dibuat ialah peruntukkan kepada kereta, rumah dan kad kredit. Kadang kala kepada TNB, Astro, SAJ. juga Tesco, Giant dan restoran.

Situasi disini ramai lupa beri gaji untuk diri sendiri. Maka walau berkhidmat
30-40 tahun pun, apa yang hanya dibanggakan adalah kereta dan rumah yang masih berhutang dan duit pencen sahaja.

Jadi,

Anda peruntukan 30% kepada diri sendiri dahulu. Buat secara automatik,
simpan dalam ASB atau Tabung Haji.

Sebagai contoh,
30% daripada gaji RM2100 bersamaan RM630.

Setahun RM630x12 bulan=RM7560.
10 tahun = RM75 600
20 tahun = RM151 200
30 tahun = RM226 800

Itu kalau gaji kekal RM2100 dari awal kerja hingga bulan akhir kerja..
Banyak tu..

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates