Social Icons

Pages

April 29, 2014

Ilmu hartanah


“Hartanah, bidang yang hanya untuk orang-orang kaya sahaja. Aku tak layak" 

Ramai yang takut untuk melabur dalam hartanah.
Sebut sahaja hartanah, ramai juga yang menjauhkan diri.

Mesti ada dalam kalangan kita semua, soalan yang macam ni berlegar.

Takut rumah terbengkalai
Takut tak dapat bayar rumah
Takut tenant lari tengah-tengah malam
Takut nanti bank kejar
Takut LHDN cari
Takut bini marah…erk!!!

Macam-macam takut yang datang.

Haha..

Tapi, jika tidak memulakan langkah pertama, sampai bila-bilalah kita berada di tahap yang sama. Kan??

Untuk itu, kita perlu kurangkan ketakutan dengan

1. Memahami sifat instrumen pelaburan yang ingin diceburi.
2. Bertanya kepada yang pakar
3. Belajar selok belok pelaburan daripada yang telah melaluinya sendiri.


Mode: cari lubang tambah ilmu..

April 24, 2014

HONDA, TOYOTA, BMW, MERCEDES, VOLVO


Itu senarai jenama pengeluar kereta yang terkemuka.
Baik yang dari eropah, mahupun dari asia.
Senarai pengeluar kenderan yang ingin dimiliki.

SEMI-D.

Jenis rumah yang akan dibina untuk menghabiskan hari tua.
Hehe
  
Namun, situasi sekarang macam dalam gambar dibawah.



Amat susah @ dilemma untuk membuang rasa untuk pakai kenderaan berjenama luar. Atau sekadar kemahuan sahaja.

Pada saya, boleh, tak salah.
Secara zahirnya, saya masih juga miliki kenderaan buatan Malaysia.
Namun, keinginan untuk cuba pelbagai produk mendorong.

Cuma sebelum beli kereta tu, pastikan perkara penting macam rumah, perkahwinan, simpanan dan hutang pelajaran SETEL.

Bila dah rasa selesa dan berkemampuan untuk guna kereta jenama luar, silakan.


Priority first.

April 22, 2014

Buat bisness untuk bebas, bukan untuk duit


Saya sekadar mahu kongsi 3 perkara penting
 yang saya belajar selama saya melibatkan diri dalam bisness online.

1) Buat bisnes untuk bebas - Bukan duit semata-mata.
(Ini pegangan matlamat bisnes saya sampaihari ini)


2) Berniaga untuk ada banyak masa bersama keluarga - Nilai masa ini? TIDAK TERNILAI!

3) Berniaga kerana mahu bantu orang lain, mencapai apa yang kita sudah capai.

Tuan puan sendiri tahu,


======Kemahuan vs Perjuangan======

Saya jarang claim berkaitan dengan perkara-perkara materialistic atau simbol duit kepada umum. Malah, klien premium yang kenal saya tahu lifestyle saya bagaimana.

Kenapa?

Itu tidak penting.
Ia adalah kemahuan peribadi.
Bukan perjuangan untuk masyarakat.

Apa yang lebih penting - Apa yang kita buat untuk bantu orang lain?

Saya percaya - Setiap hari, akan ada orang yang perlukan bantuan kita.
Saya juga percaya - Allah sudah sediakan lubuk rezeki untuk kita semua.


Tinggal kita untuk mencari guru, ilmu dan mengamalkannya sahaja.

Saya doakan agar kita semua Berjaya mencapai apa yang kita mahu, pada tahun 2014 ini.


Dengan izin Allah. Mudah-mudahan.

April 21, 2014

Warren Buffet: Mentor Kejayaan


Untuk menjana kekayaan kita perlukan mentor atau seseorang yang dikagumi.

Warren Buffet adalah antara orang yang saya kagumi, mempunyai hidup yang sederhana tetapi menjana kekayaan diluar dugaan.

Jika anda tidak mengenali siapa Warren Buffet, majalah Forbes menyenaraikan beliau sebagai orang ketiga terkaya didunia pada 2011 dan antara pelabur terunggul didunia.

Beliau menjana kekayaan dengan membuat pelaburan yang menguntungkan dalam sesuatu pernigaan seperti Coca-Cola dan Wells Fargo Bank.

Dibawah ini saya senaraikan rahsia kekayaan Warren Buffet:

1- Kekayaan Terletak Pada Minda Seseorang

[ Saya pasti akan menjadi kaya satu hari nanti. Walaupun seminit saya tak pernah meraguinya ] - Warren Buffet.

Perbezaan terpenting orang susah dan kaya ialah pada mindanya. Orang susah berfikir tentang kemisikinan dan kekurangan. Orang kaya pula berfikir tentang kemewahan dan kesenangan. Bagaimana minda anda berfikir akan menentukan masa depan anda, samada gelap atau gemilang.

2- Kejayaan Bukan Bergantung Kepada Baki Akaun Bank Anda

Apabila ditanya oleh siaran CNBC tentang kejayaan beliau,

Buffet menjawab

[Jika seseorang telah menjadi tua seperti saya dan mempunyai ramai orang yang sayangkan anda dan anda menyukainya, anda telah berjaya sebenarnya. Tiada perbezaan jika anda mempunyai ratusan ringgit atau jutaan ringgit dibank. Kejayaan ialah anda buat sesuatu yang anda suka dan buat dengan sebaiknya. Saya belum pernah berjumpa dengan orang kaya yang sedih dengan apa yang dicapainya, tetapi saya menjumpai ramai orang yang sunggul apabila tidak mencapai apa yang diidamkan]

3- Belanja Kurang Daripada Gaji Anda

[Jika anda berada dalam bot yang bocor, tenaga yang anda gunakan untuk menukar bot yang baru adalah lebih menguntungkan daripada tenaga yang digunakan untuk menutup kebocoran tersebut] - Warren Buffet

Ini adalah nasihat yang biasa kita dengar, supaya berbelanja mengikut kemampuan kita. Anda tidak akan berjaya dari segi kewangan jika anda belanja lebih daripada gaji bulanan anda.

Buffet seorang yang terkenal dengan hidup yang ringkas dan berjimat. Beliau merupakan satu-satunya billionaire yang tinggal dirumah yang sama sejak 1958 yang dibelinya dengan harga $31,500. Beliau memandu kereta tahun 2001 Lincon Town Car yang dibelinya atas tangan. Aset beliau bernilai lebih $52 Billion tetapi hidup dengan gaji $100,000 setahun.

4. Elakkan Berhutang

Lebih cepat anda sedari bahawa setiap anda anda dipujuk untuk membeli produk yang tidak diperlukan samada TV, radio dan suratkhabar. Jika tiada wang tak mengapa, anda boleh berhutang untuk membeli kereta baru, sofa atau TV baru walaupun yang lama masih lagi elok.

Akhirnya yang menjadi mangsa ialah anda. Anda terpaksa bekerja siang dan malam untuk membayar hutang yang semakin bertambah.


Warren Buffet faham konsep ini dengan mengelakkan berhutang tetapi bijak melabur untuk kesenangan masa depan. Bayangkan saham Coca Cola yang dibelinya dulu kini meledak mencecah berbillion ringgit!

Alibaba Group..




Sebut sahaja Alibaba Group (AliBaba.com), hampir semua orang tahu syarikat ini menjana lebih $4 bilion setahun.
  
Tetapi, segelintir sahaja yang kenal siapa yang membangunkan syarikat ini.

Beliau – Jack Ma.

Tip yang membantu beliau untuk mencapai status yang usahawan, bakal dikongsikan.

Hanya 30% sahaja tidak suka idea kita

“30% of all people will never believe you.”

Mempunyai idea untuk mengubah hidup dari biasa ke peringkat luar biasa, adalah satu idea yang tahyul. Keadaan ini dialami bagi kebanyakan orang biasa. Normal jika ada orang tidak percayakan.
Solusinya?
Teruskan jalan. Buktikan pada diri sendiri bahawa kita boleh buat.
Mengaku kalah itu satu penghinaan pada diri sendiri

“What is failure? Giving up is the greatest failure.”

Mengaku kalah adalah pilihan yang paling senang. Bergerak ke hadapan pula adalah pilihan yang perlukan keberanian. Orang yang suka mengaku kalah, mereka memilih untuk menghancurkan impian yang mereka idamkan.

Orang yang suka maju ke hadapan, mereka sebaliknya. Tidak pernah berhenti untuk terus melangkah.

Tiga prinsip bilionair

Jack Ma mempunyai 3 prinsip keusahawanan yang sentiasa diterapkan dalam dirinya iaitu:

1.   Rajin.
2.   Kerja kuat.
3.   Bercita-cita tinggi.

Ada 3 ciri ini, maka ada potensi untuk capai impian yang lebih besar daripada apa yang kita sangka.

Musuh adalah senjata yang memudaratkan

Jika kita anggap semua orang adalah musuh, maka kita sebenarnya sedang berperang dengan mereka semua. Malah, mereka juga akan menganggap kita musuh kita.

Semua ini berkait rapat dengan persepsi. Negatif atau positif, itu pilihan diri sendiri.

Siapa yang perlu kita utamakan untuk jadi bilionair bisnes?

Jack Ma menyatakan,

Customers should be number 1. Employees number 2. And then only your Shareholders come at number 3.
1.   Dalam bisnes, golongan manusia yang akan buatkan syarikat kita berkembang bermula dengan pelanggan.
2.   Selepas itu, baru pekerja.
3.   Akhir sekali, baru rakan kongsi.

April 16, 2014

Kebebasan memilih seorang jutawan


Orang yang bergaji RM10k sebulan sudah boleh digelar jutawan??
Orang yang memiliki aset beratus2 ribu ringgit sudah boleh digelar jutawan??
Orang yang ada kereta mewah, rumah mewah, brgan mewah, sudah boleh digelar jutawan??

Jom kita check samada kita ni sudah bergelar Jutawan ataupun belum....

Yang dikatakan jutawan itu bukanlah orang yang mempunyai duit RM1 juta tunai di dalam akaun banknya. Bukan juga orang yang memiliki aset RM1 juta.

Ramai penduduk asal Kpg. Baru Kuala Lumpur memiliki aset tanah bernilai lebih RM1 juta. Tetapi life-style mereka tidak macam jutawan. Mereka makan gaji ataupun berniaga kecil-kecilan.

Seseorang itu menjadi jutawan apabila:

1) Dia mampu memilih apa-apa jua gaya-hidup yang dimahukannya. Kalau mahu hidup mewah pun dia mampu. Kalau mahu hidup zuhud pun dia mampu.
2) Dia mampu membiayai citarasanya. Dia mampu melakukan apa yang dia suka, membeli apa yang dia mahu.
3) Dia mampu memilih. Ini yang paling mahal!

Ramai orang mengaku jutawan, tetapi dia belum mampu memilih. Sebagai contoh, penduduk asal Kpg. Janda Baik sekarang ini adalah 'jutawan' belaka. Purata 1 ekar tanah mereka bernilai @ RM400k. Namun mereka tidak memiliki kemampuan memilih!

Dalam hidup ini, pilihan kita dibatasi oleh duit kita.

Orang makan gaji, membeli rumah yang direka oleh developer. Itu sahaja pilihan yang ada sesuai dengan duit di dalam poket mereka. Orang berduit, mereka men design sendiri rumah mereka.

Orang bergaji, membeli rumah sebagai tempat tinggal. 
Orang berduit membeli rumah sebagai sebahagian daripada life-style mereka.
Jutawan hidup dengan life-style jutawan.

Orang FELDA yang menjual tanahnya dengan harga RM1 juta tidak berubah life-stylenya. Dia tetap orang FELDA, walaupun dia membeli Toyota Camry, dan membina rumah 8 bilik. Life-style mereka tidak berubah....

Jadi anda dalam kategori mana??

In shaa Allah, saya sedang berusaha ke arah hidup seorang Jutawan. Bukan jutawan pada rumah, kereta atau pakaiannya, tetapi jutawan kerana mempunyai Kebebasan Untuk Memilih!!

Teknik utk membeli kereta dari perspective aturan kewangan


Jika Kita ingin membeli sebuah kereta jenis Myvi yg monthly installmentnya RM600, apa yg harus Kita lakukan sebelum memilikinya.

1. Buat review selama 6 bln kedudukan Kewangan sebelum membelinya.

2. Setiap bulan selama 6 bln tersebut, Kita harus menyimpan RM900 dan dikecualikan dari jumlah perbelanjaan biasa. Simpan jumlah berkenaan spt buat Sijil Simpanan Premium (SSP). RM900 tersebut mewakili kos bayaran bulanan kereta RM600 & RM300 utk kos minyak & maintenance.

3. Cukup 6 bulan Kita telah menyimpan RM5400. Wang ini dah boleh digunakan utk membayar deposit 10% dr nilai kenderaan atau dijadikan sbg upfront payment utk kereta selama 9 bulan atau lebih tepat back up payment.

4. Sekiranya dlm tempoh review tersebut gaji Kita tidak mencukupi utk lain2 perbelanjaan hingga ke hujung bulan, lebih baik tangguhkan dahulu utk membeli kereta tersebut.

5. Jgn terkejut dlm tempoh 6 bulan tersebut anda x jadi nak Beli Myvi sbb dapat Mercedes atau BMW melalui cabutan bulanan SSP td.

Nukilan : Tuan Khairul Ezuwan

April 8, 2014

Sekarang atau tunggu dulu??


Jika dulu tahun 1980, kelas pertengahan atasan mempunyai pendapatan RM3,354. 

Tahun 2012, orang yang berpendapatan RM10,208 baru dipanggil kelas pertengahan atasan. 

Peningkatan 3 kali ganda ! Inilah yang dikatakan inflasi. 

Rumah teres sekarang pun sekurang-kurangnya RM700,000 di Klang Valley. 

Tapi jangan hanya tunggu untuk membeli rumah teres terus. Mulakan dengan yang murah dahulu mengikut kemampuan sekarang. 

Jangan tunggu lagi... Sampai bila nak tunggu untuk beli rumah?

Jalan pintas mungkin sesuai dgn anda semua, boleh klik di sini http://bit.ly/INaSfE


Modal untuk hartanah


Terdapat pelbagai cara dan sumber untuk mendapatkan wang untuk melabur dalam bidang hartanah.

1. Wang simpanan sendiri, KWSP, keluarga, rakan-rakan atau majikan

Pembiayaan sebegini ialah yang paling asas, iaitu mengeluarkan wang simpanan sendiri di bank atau KWSP, meminjam atau mengumpul dana daripada ahli keluarga, rakan-rakan atau majikan.

Sebaik-baiknya anda perlu memiliki wang tunai sebanyak RM5,000-RM10,000 sebagai modal permulaan. Wang ini diperlukan untuk membayar wang pendahuluan, deposit, yuran guaman, duti setem, kos pembaikan atau ubahsuai, insurans dan sebagai persediaan jika gagal mendapat penyewa dalam masa enam (6) bulan.

2. Kemudahan bank: pembiayaan semula dan overdraf

Jika anda sudah mempunyai rumah sebelum ini, anda boleh membuat pembiayaan semula dan gunakan kelebihan tadi untuk membeli hartanah yang baru. 

Anda juga boleh mendapatkan overdraf daripada bank. Permohonan overdraf adalah mudah jika anda mempunyai cagaran. Jika tiada cagaran pun, anda boleh bergantung kepada kredibiliti anda dengan pihak bank.


Untuk graduan lepasan universiti yang berpendapatan dalam lingkungan RM2,500, bank boleh meluluskan overdraf hingga 3 kali gaji (RM7,500).

Dilema..


Dulu dan sekarang.... 
Sampai bila nak tunggu untuk beli rumah?


Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan?


Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian: 

70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda.

Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut.

Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk  menjana kekayaan!

-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma ke masjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagian dan digandakan!

-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes. Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus, beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.

-10% terakhir (RM200) anda simpan untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.

Nota: Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah:

>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik diatas untuk masa depan anda.

Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen.

Belajar, Buat Sampai Berjaya


Ramai sangka untuk berjaya, mudah.
Ramai tak nampak bukan mudah untuk berjaya.

Tapi, adakah perlu untuk berpuas hati pada tahap anda ini?
Jawapannya TAK.
Jika anda tanya saya, apa impian saya?

Saya nak miliki 1 buah rumah setiap tahun sepanjang tempoh bekerja. Kerja insyaallah 35 tahun.

That's my wish.

Untuk mencapai benda itu, saya perlu belajar dengan ramai orang.
Saya akan belajar, belajar dan terus belajar.
Saya akan cuba, cuba dan terus mencuba.

Sepanjang percubaan ini, saya mungkin akan buat silap. Saya mungkin buat salah.

Tapi, saya tak kisah. Sebab 'itulah harga' yang perlu saya bayar untuk saya berjaya.

Untuk saya berputus asa, tidak sekali.
Untuk saya mengalah, tidak sekali.
Untuk berjaya, saya kena positif.
Untuk yakin yang saya mampu melakukannya.

Orang berjaya, mereka akan buat secara luar biasa. Bila mereka mulakan sesuatu, mereka akan buat sampai habis.

Life is always like that.

Kita tahu apa yang kita nak, dan kita mesti bersedia untuk bayar 'harga' yang mahal untuk mendapatkannya.

Samalah juga untuk anda.

Jika anda nak berjaya.
Anda kena belajar buat itu dan ini.

Dahulu, saya berusaha, berusaha dan terus berusaha. Dan saya yakin, "Allah pasti akan membantu saya " jika saya berusaha.


"Orang berjaya, dia buat sesuatu. Dia akan buat sampai habis"

April 7, 2014

Dhuha Seorang Jutawan


Pagi ni agak sibuk dari kebiasaan. Namun masih boleh lepak2 tadi selepas sarapan. Selepas masuk pejabat, perkara pertama dibuat, semak emel yang diterima.


Sentap!!

"Berapa ramai yang belum solat Dhuha pagi ini sila angkat tangan."

Aduhh!!

Terus kena cuci otak.
Ramai orang TAHU kelebihan Solat Dhuha.
Ramai orang MAHU Solat Dhuha.

TAPI..... Belum MAMPU nak konsisten Solat Dhuha.
Sejujurnya, saya memang mahu sentiasa Solat Dhuha.

Tersentap rasanya.

"Hampir kesemua Jutawan buat Dhuha secara konsisten setiap hari 4 rakaat". Kata DAO.

Aduh..... Sentap nya.

Orang yang multi millioanaire ni, mereka komited menunaikan Solat Dhuha.

Orang yang biasa biasa yang selalu bagi alasan.
Macam macam alasan untuk tidak menunaikan Solat Dhuha.

DAO cakap, buatlah Dhuha walau pun pada awalnya sebab terpaksa. Lama lama, ia akan jadi biasa.

Antara yang DAO tekankan masa tu :

1. When we start our day with Allah first, then Allah will put us first.

2. You want His bless, but you don't try to get his bless.

3. You want His time, but you don't give time to him. That's super funny.

4. After all, we all have to go back to basics.

5. Allah boleh control seluruh alam cakerawala, takkan Allah tak boleh nak tolong nak bagi apa yang you nak.

6. Dhuha itu indah buat sesiapa yang mengindahkannya. Dhuha itu indah bagi siapa yang mahu hidupnya indah.

7. Dhuha ibarat bagi kita short cut. Kalau kita nak naik ke tingkat 4, orang biasa kena naik tangga. Tapi kita yang buat Dhuha akan naik lift. Kerja kita dipermudahkan Allah. Dilorongkan jalan untuk kita.

Tips Yang Beliau Berikan Bagaimana Untuk Konsisten Dhuha :

1. Set Daily Alarm di phone kita.

i. Jam 7.45 am : Tulis 15 Minit To Dhuha
ii. Jam 8.00 am : Tulis Dhuha Time
iii. Jam 8.15 am : Tulis Make Sure Dah Dhuha Ok !!!
iv. Jam 11 am : Last Call For Dhuha

Insya Allah.
Kalau kita dah azam nak buat.
Allah akan aturkan masa untuk kita buat.

Jom, kita transform hidup kita. Kita HIDUP LUAR BIASA !!!!!

April 6, 2014

Skim Perumahan MyHome




  • MyHome adalah usaha untuk menangani masalah ketidak-mampuan membeli rumah
  • Pakej MyHome terbahagi kepada 2 iaitu MyHome1 dan MyHome2.
  • Unit yang ditawarkan di bawah Pakej MyHome1 berkeluasan 800 kaki persegi dan berharga di antara RM80,000 – RM120,000 (Semenanjung), manakala di Sabah/Sarawak di antara RM90,000-RM120,000.
  • Harga bagi Pakej MyHome2 pula bermula dari RM120,001 sehingga RM200,000 (Semenanjung)/RM250,000 (Sabah/Sarawak) dengan minimum keluasan sebanyak 850 kaki persegi.
  • Kelayakan pendapatan isi rumah bagi Pakej MyHome1 adalah di antara RM3,000-RM4,000, manakala MyHome2 pula adalah di antara RM4,001 ke RM6,000.
  • Pemohon Pakej ini mestilah berusia 18 tahun ke atas dan belum pernah memiliki rumah lagi.
  • Di bawah Pakej-Pakej ini, pemohon yang layak akan mendapat RM30,000 sebagai 10% deposit pendahuluan bagi pembelian rumah di bawah Pakej yang ditawarkan.
  • Namun, mereka yang berjaya memiliki rumah di bawah Pakej MyHome ini DILARANG untuk menjualnya selama 10 tahun, berkuatkuasa dari tarikh Perjanjian Jual Beli dimeterai.
  • Walaubagaimanapun pindahan hak milik kepada keluarga terdekat adalah dibenarkan dalam tempoh tersebut.
  • Pakej MyHome ini bakal dikuatkuasakan mulai 1 April ini.


April 3, 2014

Prinsip seorang jutawan

Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa. 

Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang
 biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang.

Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada
 mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai.

Orang kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka. 

12 prinsip jutawan yang boleh anda ikut:

1.  Mereka rancangkan kejayaan mereka.

Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan.

Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2.  Mereka merancang dan bertindak.

Mereka membuat satu simpanan tetap dan terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3.  Orang kaya mempunyai disiplin.

Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil
wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4.  Mereka membuat perlindungan daripada bencana.
Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan
jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5.  Mereka cuba mengelakkan hutang.

Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.


6.  Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.

7.  Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8.  Mereka benci berbelanja.

9.  Mereka sukakan menyimpan.

Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.


10.      Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka akan lebih berjaya.

11.      Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan. 

12.      Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh.
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates