Kali ini saya nak share beberapa tip untuk jimatkan
minyak kenderaan.
1) Pemilihan jenama minyak - Setengah orang menganggap semua minyak sama tapi hakikatnya berbeza kerana ADDICTIVE dalam minyak utk sesuatu syarikat berbeza. Melalui pembacaan saya, ramai menyarankan untuk try and error setiap produk petrol. dari situ anda tahu sendiri brand mane yang menawarkan penjimatan minyak yang optimum.
2) Jangan tekan minyak dan break dengan mendadak - Perbuatan ni membuatkan penggunaan bahan api meningkat, sebaliknya tekan minyak secara perlahan (jgn la perlahan sangat sampai orang belakang marah) begitu juga dgn membrek,
3) Bawa pada gear yang sesuai - Kalau bawak kereta manual, kene gunakan gear yang sesuai, jgn biar kereta berada lama pada gear rendah, sebolehnya dapatkan kelajuan gear 5 secepat mungkin. Off course laa jgn bawak 40km/h nak stay gear 5 lagi
4) Stay below 3000rpm or below 90km/h- Relative dengan Torque Maksima pada RPM tertentu, paling optimun penggunaan bahan api adalah pada RPM itu. Apapun tak perlu pikir sangat pasal torque, senang cerita stay within 90km/h ataupun jaga RPM jangan lebih
5) Kurangkan berat badan dan berat barang dalam kereta -Lagi banyak beban nak bawak, lagi banyak minyak digunakan. so kalau anda gemuk, bila berjaya kuruskan badan, boleh jimatkan penggunaan minyak. Jangan bawak benda2 yang tak perlu. Mmg ada org yang dalam kereta dia byk sangat barang dan fail, mcm contoh ajen insurans dan ajen unit trust.
6) Servis kereta ikut jadual - Ni penting untuk servis kereta ikut jadual kerana bila minyak hitam dh kotor, makin banyak consume minyak. What's more kita punya kereta lebih selamat untuk dinaiki, kalau lama tak servis mana tahu kalau2 minyak hitam bocor, alih2 enjin rosak kereta tersadai, kan payah tu
7) Angin tayar- Kalau terlampau tinggi tekanan, melambung2 dibuatnya bila laju, x selamat pulak. Kalau lembik tayar (tekanan angin rendah) minyak akan digunakan lebih. Adalah sesuai utk check angin at least sebulan sekali. Boleh check berapa kadar angin yg sesuai utk sesuatu kereta tu somewhere dekat tempat duduk driver.
No comments:
Post a Comment