Wishlist aku berjela-jela. “Patut”
beli itu ini. Salah satunya kereta. Namun kereta makin lama makin turun harga bukan
seperti rumah, makin lama makin naik harganya.
Selalu dinasihatkan untuk beli
rumah secepat mungkin. Kalau gaji kecil, beli rumah low cost di kawasan yang
dah matang dan di bandar besar. Sebab status diri yang belum ada komitmen. Sudah
berkeluarga nanti susah, komitmen tinggi dan banyak.
Alternative sekarang, beli
yang murah dan tunggu. Walau bukan untuk dihuni sendiri boleh disewakan. Selepas
2-3 tahun, refinance atau jual. Hasil keuntungan jualan digunakan semula untuk
beli rumah lagi. Ulang sehingga dapat nilai yang besar. Nilai yang cukup untuk
kediaman yang selesa untuk dihuni keluarga.
Silap besar kalau ada duit
nak beli tapi masih lagi menunggu kerana harga rumah takkan tunggu apa-apa
kalau nak naik.
No comments:
Post a Comment