Social Icons

Pages

July 23, 2014

Raya Dulu, Sekarang & Akan Datang


Waktu ini aku terkenang zaman kanak-kanak ketika tiba Syawal. Perkara yang difikir selain duit raya ialah saat berkumpul dengan adik beradik di kampung. Kuala Terengganu.

Tapi itu cerita bertahun dahulu, kini rumah yang dahulu riuh-rendah kini hanya tinggal bunyi cengkerik dan katak yang meriuhkan suasana. Ya, segala-galanya telah berubah kini.

Suasana/tempat yang semakin jarang aku kunjungi setelah kesemua adik beradik aku bermastautin mengikut tempat kerja masing-masing. Abang Long di Penang, Kak Ngah di Putrajaya, Kak Chik di Puchong, Hadi di Bangi, Husna di Cheras dan aku di Keningau, Sabah.

Setiap kali pulang ke kampong, kesesakan lalulintas terpaksa ditempuh, dengan jangka masa perjalanan menjangkau 7 jam untuk pulang beraya. Yang pasti, suasana kampung pada masa akan datang tidak akan sama seperti dahulu atau pun kini kerana suasana kampung telah pun diganti dengan simen konkrit. Oleh itu, hadapilah suasana raya saat ini secara total kerana ianya mungkin akan menjadi nostalgia di masa depan.

P/S : Buat pembaca blog aku, jutaan kemaafan dipohon sekiranya ada susun kata aku yang mengguris hati kalian yang  semestinya tidak aku sengajakan. Setiap kutukan mahupun kritikan dari pihak pembaca blog ini, aku maafkan in advance.


Buat yang pulang beraya, berhati-hatilah di jalanraya, moga-moga kalian tidak akan menjadi penyumbang statistik kemalangan di jalanraya. Akhir kata, semoga kalian bergembira di hari kemenangan umat Islam ini.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates