Kos belanja di bulan Ramadan pasti meningkat terutama
sekali kos makanan untuk berbuka. Seolah-olah terlupa bahawa kita berada di
bulan yang mengajar kita untuk sabar dalam segenap aspek. Berikut adalah
beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan kos belanja di
bulan Ramadan.
1.
Sederhana
dari segi fizikal dan kewangan
Sebelum
ke bazaar Ramadan, tetapkan bajet yang akan dikeluarkan. Saya hanya
memperuntukkan RM5 meliputi satu jenis lauk serta air. Kadang-kadang RM3 kerana
air boleh bancuh sendiri. Bulan Ramadan tahun ini, hamper 25 hari puasa
sendiri. Maka kalau setiap hari ke bazaar, at least boleh nikmati 25 jenis
lauk. Cukup banyak. Kadang-kadang kalau sudah ketagih, boleh rotate lauk yang
sama esoknya.
2.
Simpan
wang yang digunakan untuk hiburan
Setiap bulan,
pasti antara kita memperuntukkan paling kurang RM50 untuk berhibur. Berhibur disini
mungkin kos untuk tengok wayang. Kalau anda berpasangan ke panggung, kosnya
pasti berganda. Paling kurang RM100. Nilai ini boleh dijimatkan kerana sanggupkah
ke panggung sedangkan orang lain ke masjid untuk tunaikan terawih? Nilai RM100
ini boleh anda gunakan untuk sedekah kepada anak-anak yang datang beraya di
rumah nanti. Paling kurang boleh bagi RM2 seorang. Sudah boleh bagi untuk 50
orang disini. Kurang dah pening kepala untuk fikir hal sedekah ini.
3.
Sediakan
dana raya sepanjang tahun
Pada saya,
keperluan untuk beraya perlu disediakan seawal yang mungkin. Mungkin ada yang
mempertikaikan fesyen sentiasa berubah. Namun, maksud sya disini adalah
penyediaan dana. Wujudkan satu tabung raya. Setiap bulan sepanjang tahun,
peruntukkan sedikit duit khas untuk perbelanjaan menyambut raya. Mungkin anda
boleh khaskan RM100 sebulan. RM1200 dana yang terkumpul boleh digunakan untuk
beli baju raya anda dan pasangan, sedikit kuih serta mungkin duit ampau untuk
sedekah. Jika masih belum memadai, kita boleh tambah, namun pointnya adalah
kita kurang terasa kos yang dikeluarkan kerana kita telah bersedia.
4.
Elak
berbuka puasa diluar
No comments:
Post a Comment