Waktu ini
aku terkenang zaman kanak-kanak ketika tiba Syawal. Perkara yang difikir selain
duit raya ialah saat berkumpul dengan adik beradik di kampung. Kuala Terengganu.
Tapi itu
cerita bertahun dahulu, kini rumah yang dahulu riuh-rendah kini hanya tinggal
bunyi cengkerik dan katak yang meriuhkan suasana. Ya, segala-galanya telah
berubah kini.
Suasana/tempat
yang semakin jarang aku kunjungi setelah kesemua adik beradik aku bermastautin
mengikut tempat kerja masing-masing. Abang Long di Penang, Kak Ngah di Putrajaya,
Kak Chik di Puchong, Hadi di Bangi, Husna di Cheras dan aku di Keningau, Sabah.
Setiap kali
pulang ke kampong, kesesakan lalulintas terpaksa ditempuh, dengan jangka masa
perjalanan menjangkau 7 jam untuk pulang beraya. Yang pasti, suasana kampung
pada masa akan datang tidak akan sama seperti dahulu atau pun kini kerana suasana
kampung telah pun diganti dengan simen konkrit. Oleh itu, hadapilah suasana
raya saat ini secara total kerana
ianya mungkin akan menjadi nostalgia di masa depan.
P/S :
Buat pembaca blog aku, jutaan kemaafan dipohon sekiranya ada susun kata aku
yang mengguris hati kalian yang semestinya tidak aku sengajakan. Setiap kutukan
mahupun kritikan dari pihak pembaca blog ini, aku maafkan in advance.
Buat yang
pulang beraya, berhati-hatilah di jalanraya, moga-moga kalian tidak akan
menjadi penyumbang statistik kemalangan di jalanraya. Akhir kata, semoga kalian
bergembira di hari kemenangan umat Islam ini.