Social Icons

Pages

June 17, 2014

Rancangan 15 tahun kerja.

Entry lalu saya ada maklumkan pasal dividen LASB yang saya kumpul untuk langsaikan hutang pinjaman.

Maka, hasil 3 tahun dividen lalu ini saya kumpul lagi dengan bekerja sambilan di kedai serbaneka 4 bulan selepas tamat degree. Bulan ke-5, saya sambung belajar lagi. Masa ini agak sesak sikit, namun Allah tunjukkan rezeki di mana yang saya boleh dapat. Alhamdulillah, dalam sesak-sesak itu, saya masih boleh beli kereta kancil dengan harga RM5k. dan masih mempunyai simpanan untuk berjalan ke seminar-seminar yang paling kurang memakan belanja 500 setiap seminar. Hampir setiap bulan saya pergi seminar walaupun hanya sebagai peserta.

Belum tamat semester pertama, panggilan kerja saya dapat. Dipostingkan di Keningau, Sabah. Alhamdulillah. Rezeki yang datang awal berbanding kawan-kawan yang lain. Dengan gaji pertama, saya terus gandakan simpanan. Lebih separuh gaji saya simpan. Hidup dengan lebih berjimat cermat. Kerana matlamat saya dalam masa setahun sebuah rumah. Insyaallah.

Dugaan awal-awal kerja memang besar. Kawan-kawan ramai yang beli kereta baru. Motosikal baru. Namun hasrat hati masih menahan. Matlamat hidup perlu dikejar seawal mungkin. Solat dhuha setiap hari tidak dilupakan. Alhamdulillah, rezeki datang tanpa diduga. Ada rakan sekerja yang mahu jual motosikal dengan harga yang berbaloi. Terus beli. Alhamdulillah, masih berkeadaan baik.

Namun, dalam tahan nafsu untuk tidak memiliki kereta, keperluan juga datang disamping rezeki. Alhamdulillah, abang kepada tunang mahu jual kereta beliau dengan harga yang amat murah. Berbaloi lagi.

Berkat dolat dhuha setiap hari, taman perumahan sebelah kawasan tempat kerja dibuka untuk jualan. Selepas berbincang dengan pelbagai pihak. kata putus dimeterai. Akhir tahun 2013, bayaran deposit serta bayaran yang berkaitan diserahkan. Sebahagian duit tersebut adalah dividen LASB dan juga sedikit simpanan.

Kini rumah ada, kenderaan ada. Mula fikir pasal kahwin pula. Tambahan pula, pada saya, waktu yang terbaik untuk berkahwin adalah pada umur 26 tahun. Juga pada tahun 2013-2015. Kenapa dalam lingkungan tahun ini?  Rasanya tak perlu saya cerita, tapi itulah tahun yang paling ideal untuk berkahwin jika anda berusia lingkungan 25 tahun sekarang. 

Ok. Berbalik kepada tajuk entry ini. Kenapa saya ceritakan semua ini. Bukan untuk mendabik dada mahupun riak. Tapi kerana kita perlu merancang hidup mulai sekarang. Kerana pada pendapat saya, kita tidak perlu kerja sehingga pencen. Sebab itu saya letak target hanya 15 tahun kerja. Dalam masa ini, kita perlu fikirkan sumber pendapatan yang bakal menyara kita selepas 15 tahun akan datang. Cukup 15 tahun, berhenti kerja, fokus kepada amalan rohani. Dalam hal ini, minat saya lebih menjurus kepada hartanah. Insyaallah, semoga Allah kekalkan momentum saya sekarang. Aminn.

Kita merancang, Allah yang menentukan.


No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates