Laptop pertama saya beli pada tahun 2008.
Alhamdulillah, setakat ini belum ada kerosakan yang serius. Masih berfungsi
dengan bagus. Hanya tukar skrin dengan kos RM17.00.
Dulu beli laptop dengan tiada ilmu. Hanya melihat
kepada model kawan serumah yang pada saya amat sesuai dengan keperluan semasa.
Tambahan pula dengan harga itu sahaja yang saya mampu ketika itu. Itupun guna
duit pinjaman pelajaran.
Penjual ketika itu hanya kongsi kelebihan.
Ciri-ciri tertentu sebagai poin jualan. Tiada tip yang dikongsi untuk
menjaga/menggunakan laptop dengan betul..
Sadis…
Hakikatnya, laptop digunakan untuk internet, media
sosial, pangkalan data, dan pelbagai lagi. Jadi laptop banyak membantu urusan
harian. Oleh itu, jagalah laptop anda sebaik mungkin.
Apa yang saya amalkan adalah pastikan kawasan kerja
anda menggunakan laptop bebas/kurang habuk. Sebab habuk akan melekat di ruang
kipas. Jika ini berlaku, putaran kipas akan kurang efektif. Maka haba tidak
dapat keluar dengan baik.
Poinnya elakkan persekitaran yang ada karpet/
tilam.
Laburkan sedikit duit mungkin RM10.00 untuk beli
cooler fan.
Semoga laptop ini terus membantu saya untuk projek
seterusnya. Insyaallah. Amin.
No comments:
Post a Comment