Social Icons

Pages

June 15, 2014

Rancang bayar hutang pinjaman ketika belajar.


Alhamdulillah, saya dapat kerja sebelum setahun habis belajar. Tapi tercampak ke bumi Sabah. Apa boleh buat, terima dengan hati yang terbuka. Banyak kelebihan juga dihantar ke sini. Namun, jauh di sudut hati, ingin kerja di pantai barat, khususnya dalam negeri Selangor, Negeri Sembilan atau mungkin ke Melaka dan Johor atas sebab tersendiri. Juga berkait dengan matlamat hidup.

Sebab, dari segi peluang untuk kumpul hartanah yang harga lingkungan RM50k amat banyak. Maksud kumpul pada saya adalah pelbagai. Sama ada kumpul melalui sublet, lelong mahupun subsale. Mengambil kira situasi harga hartanah di Sabah ni, jauh dari kemampuan saya sebenarnya. Namun, usaha mencari peluang sublet masih diteruskan juga. Mudah-mudahan adalah rezeki. Amin.

Berbalik kepada topik asal. Perancangan yang saya buat ketika masih belajar. Secara kasarnya, persediaan ini saya mula 3 tahun sebelum habis belajar lagi. Maklumlah tahun pertama belajar masih budak-budak. Banyak perkara yang saya fikir semula, lebih banyak tindakan yang kurang matang. Lagipun baru berjinak-jinak dengan dunia internet.

Saya buat Loan ASB RM50k. Hasil dividen tidak diusik. Sumber duit untuk saya langsaikan LASB pada tahun pertama adalah daripada baki pinjaman pelajaran tahun pertama belajar+sedikit simpanan sendiri. Masa itu, memang sakit sikitlah, namun masih ok. Perbelanjaan sehari masih lingkungan RM10.00. Matlamat utama saya buat LASB adalah untuk melangsaikan semula hutang pinjaman pelajaran. Berikut perkiraan saya untuk melangsaikan hutang pinjaman pelajaran:

Pinjaman selama 4 tahun: RM 3500.00X4 tahun=RM28000.00
Setiap bulan saya bayar RM100.00.
Tempoh untuk selesai adalah RM28000.00/RM100.00= 280 bulan=23 tahun.

Namun, ada penambahan setiap bulan sebanyak RM 65.00
Setahun, penambahan sebanyak RM65.00X12 bulan=RM 780.00

Langkah yang saya ambil adalah bayar terus untuk setahun. Bermakna: RM1200.00+RM780.00=RM1980.00.

Nilai RM1200.00 adalah duit hasil gaji. Manakala RM780.00 adalah daripada dividen LASB.

Untuk itu, nilai RM1980.00 ini akan saya ulang setiap tahun selama 23 tahun. Memang lama untuk langsaikan hutang ini. Tapi konsisten. Tidak membebankan. Tambahan pula kalau menggunakan khidmat Maybank2u. setiap transaksi di charge RM1.00. Semoga keadaan semasa berterusan dengan perancangan untuk langsaikan hutang pinjaman ini.

Aminn. 

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates