Social Icons

Pages

June 17, 2014

Subsale: Kurangkan risiko ditipu oleh pemilik rumah


Sebelum bagi duit booking/deposit rumah, kenalpasti peguam yang akan menguruskan S&P nanti. Kerana sebagai persediaan untuk membuat sebarang transaksi jualan nanti. Deposit/booking diserahkan hanya kepada peguam. Seeloknya bincangkan nilai yang dipersetujui dengan pemilik rumah (seminima yang boleh).


Pointnya disini kenapa perlu melibatkan peguam adalah, kalau sudah melibatkan peguam ni, mesti penjual respek sikit kepada pembeli. Disini kita sebagai pembeli sudah menutup lubang penipuan yang boleh penjual buat. Tiada peluang penjual melarikan duit booking tersebut.

Rancangan 15 tahun kerja.

Entry lalu saya ada maklumkan pasal dividen LASB yang saya kumpul untuk langsaikan hutang pinjaman.

Maka, hasil 3 tahun dividen lalu ini saya kumpul lagi dengan bekerja sambilan di kedai serbaneka 4 bulan selepas tamat degree. Bulan ke-5, saya sambung belajar lagi. Masa ini agak sesak sikit, namun Allah tunjukkan rezeki di mana yang saya boleh dapat. Alhamdulillah, dalam sesak-sesak itu, saya masih boleh beli kereta kancil dengan harga RM5k. dan masih mempunyai simpanan untuk berjalan ke seminar-seminar yang paling kurang memakan belanja 500 setiap seminar. Hampir setiap bulan saya pergi seminar walaupun hanya sebagai peserta.

Belum tamat semester pertama, panggilan kerja saya dapat. Dipostingkan di Keningau, Sabah. Alhamdulillah. Rezeki yang datang awal berbanding kawan-kawan yang lain. Dengan gaji pertama, saya terus gandakan simpanan. Lebih separuh gaji saya simpan. Hidup dengan lebih berjimat cermat. Kerana matlamat saya dalam masa setahun sebuah rumah. Insyaallah.

Dugaan awal-awal kerja memang besar. Kawan-kawan ramai yang beli kereta baru. Motosikal baru. Namun hasrat hati masih menahan. Matlamat hidup perlu dikejar seawal mungkin. Solat dhuha setiap hari tidak dilupakan. Alhamdulillah, rezeki datang tanpa diduga. Ada rakan sekerja yang mahu jual motosikal dengan harga yang berbaloi. Terus beli. Alhamdulillah, masih berkeadaan baik.

Namun, dalam tahan nafsu untuk tidak memiliki kereta, keperluan juga datang disamping rezeki. Alhamdulillah, abang kepada tunang mahu jual kereta beliau dengan harga yang amat murah. Berbaloi lagi.

Berkat dolat dhuha setiap hari, taman perumahan sebelah kawasan tempat kerja dibuka untuk jualan. Selepas berbincang dengan pelbagai pihak. kata putus dimeterai. Akhir tahun 2013, bayaran deposit serta bayaran yang berkaitan diserahkan. Sebahagian duit tersebut adalah dividen LASB dan juga sedikit simpanan.

Kini rumah ada, kenderaan ada. Mula fikir pasal kahwin pula. Tambahan pula, pada saya, waktu yang terbaik untuk berkahwin adalah pada umur 26 tahun. Juga pada tahun 2013-2015. Kenapa dalam lingkungan tahun ini?  Rasanya tak perlu saya cerita, tapi itulah tahun yang paling ideal untuk berkahwin jika anda berusia lingkungan 25 tahun sekarang. 

Ok. Berbalik kepada tajuk entry ini. Kenapa saya ceritakan semua ini. Bukan untuk mendabik dada mahupun riak. Tapi kerana kita perlu merancang hidup mulai sekarang. Kerana pada pendapat saya, kita tidak perlu kerja sehingga pencen. Sebab itu saya letak target hanya 15 tahun kerja. Dalam masa ini, kita perlu fikirkan sumber pendapatan yang bakal menyara kita selepas 15 tahun akan datang. Cukup 15 tahun, berhenti kerja, fokus kepada amalan rohani. Dalam hal ini, minat saya lebih menjurus kepada hartanah. Insyaallah, semoga Allah kekalkan momentum saya sekarang. Aminn.

Kita merancang, Allah yang menentukan.


June 15, 2014

Rancang bayar hutang pinjaman ketika belajar.


Alhamdulillah, saya dapat kerja sebelum setahun habis belajar. Tapi tercampak ke bumi Sabah. Apa boleh buat, terima dengan hati yang terbuka. Banyak kelebihan juga dihantar ke sini. Namun, jauh di sudut hati, ingin kerja di pantai barat, khususnya dalam negeri Selangor, Negeri Sembilan atau mungkin ke Melaka dan Johor atas sebab tersendiri. Juga berkait dengan matlamat hidup.

Sebab, dari segi peluang untuk kumpul hartanah yang harga lingkungan RM50k amat banyak. Maksud kumpul pada saya adalah pelbagai. Sama ada kumpul melalui sublet, lelong mahupun subsale. Mengambil kira situasi harga hartanah di Sabah ni, jauh dari kemampuan saya sebenarnya. Namun, usaha mencari peluang sublet masih diteruskan juga. Mudah-mudahan adalah rezeki. Amin.

Berbalik kepada topik asal. Perancangan yang saya buat ketika masih belajar. Secara kasarnya, persediaan ini saya mula 3 tahun sebelum habis belajar lagi. Maklumlah tahun pertama belajar masih budak-budak. Banyak perkara yang saya fikir semula, lebih banyak tindakan yang kurang matang. Lagipun baru berjinak-jinak dengan dunia internet.

Saya buat Loan ASB RM50k. Hasil dividen tidak diusik. Sumber duit untuk saya langsaikan LASB pada tahun pertama adalah daripada baki pinjaman pelajaran tahun pertama belajar+sedikit simpanan sendiri. Masa itu, memang sakit sikitlah, namun masih ok. Perbelanjaan sehari masih lingkungan RM10.00. Matlamat utama saya buat LASB adalah untuk melangsaikan semula hutang pinjaman pelajaran. Berikut perkiraan saya untuk melangsaikan hutang pinjaman pelajaran:

Pinjaman selama 4 tahun: RM 3500.00X4 tahun=RM28000.00
Setiap bulan saya bayar RM100.00.
Tempoh untuk selesai adalah RM28000.00/RM100.00= 280 bulan=23 tahun.

Namun, ada penambahan setiap bulan sebanyak RM 65.00
Setahun, penambahan sebanyak RM65.00X12 bulan=RM 780.00

Langkah yang saya ambil adalah bayar terus untuk setahun. Bermakna: RM1200.00+RM780.00=RM1980.00.

Nilai RM1200.00 adalah duit hasil gaji. Manakala RM780.00 adalah daripada dividen LASB.

Untuk itu, nilai RM1980.00 ini akan saya ulang setiap tahun selama 23 tahun. Memang lama untuk langsaikan hutang ini. Tapi konsisten. Tidak membebankan. Tambahan pula kalau menggunakan khidmat Maybank2u. setiap transaksi di charge RM1.00. Semoga keadaan semasa berterusan dengan perancangan untuk langsaikan hutang pinjaman ini.

Aminn. 

June 11, 2014

Tips saving untuk pekerja baru



Bulan mac 2014, genap setahun saya kerja. Alhamdulillah, belum ada sebarang insiden besar yang datang. Sekadar cabaran biasa tu, memang banyak. Tambah-tambah kerja saya yang sentiasa menghadap para pelajar yang pelbagai kerenah.

Dalam setahun pertama saya kerja, agak banyak pencapaian yang saya kecapi. Secara jujurnya, saya kecapi semua itu sebab saya cuba untuk pastikan setiap sen nilai duit dibelanjakan dengan betul.

Untuk itu, saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Mungkin ada yang boleh anda sesuaikan dengan keadaan anda atau tidak, terpulang.

Kata orang, cari kerja yang dekat dengan tempat tinggal. Kalau anda kerja swasta, mungkin boleh. Tapi kalau kerja kerajaan/guru? Mula-mula kerja dulu, jarak rumah sewa dengan sekolah 5km sehala jika redah anak sungai. Kalau hujan/ anak sungai jadi sungai, terpaksa ikut laluan 12km sehala. Kos minyak sebulan mahu dekat RM50. Itu kalau pergi kerja dengan motosikal. Kalau hari hujan, terpaksa memandu, mahu dekat RM300 sebulan. Untuk itu, sebagai pekerja baru, cuba cari tempat tinggal sehampir mungkin dengan tempat kerja. Kalau boleh berjalan kaki, silakan, itu yang terbaik. Mungkin kena korbankan sikit keselesaan kalau nak tinggal dekat dengan tempat kerja pada kos yang rendah, takpe. Sabar je.. Awal-awal kerja memang kena struggle sikit.

Jangan Beli Kereta Baru. Jika terpaksa juga, kenalpasti penggunaan kereta tersebut. Kalau setakat mahu elak hujan ke tempat kerja, banyak kereta terpakai yang bernilai RM5k ke bawah di pasaran. Nak balik kampung, kemudahan awam ada. Pilihan bas ekspress mahupun kapal terbang. No point jika anda kata kereta perlu untuk tunjuk kejayaan kepada orang kampung. Anda yang bayar hutang kereta tersebut bukan.

Belanja gaji pertama anda seminima yang mungkin. Dapat gaji, simpan sebahagian. Bagi ibubapa. Bayar pinjaman pelajaran. Selesaikan bil-bil yang perlu. Baru guna untuk perbelanjaan harian. Dalam masa yang sama, cari ilmu pelaburan. Pelaburan hartanah adalah semestinya. Pendapat saya, apabila anda menuntut ilmu hartanah, diri anda akan terdidik untuk sentiasa berjimat. Anda akan dapat mengenalpasti rumah-rumah yang mampu milik mengikut kemampuan anda secara tidak sedar. Maka, anda akan terus bertindak untuk mendapat kan rumah low cost di kawasan yang panas.

Seterusnya, ambil Medical Card. Ambil bukan sebarang ambil. Banyak pelan yang hanya bermanfaat untuk anda selepas anda ditimpa musibah. Sudah terlantar, duit banyak pun belum tentu berguna lagi masa tu. Peruntukkan dana mungkin RM150 untuk pelan medical card ini. Pilih yang mempunyai akaun simpanan pada masa yang sama. Yang bagusnya bila sudah ada plan medical card ini, anda akan fikir lebih untuk masa depan anda, secara tak langsung kita dah tak bergantung pada parents kalau berlaku apa-apa kecemasan. Cukuplah 20 tahun lebih kita susahkan mereka, dah sampai masanya untuk berdikari.

#kepada mereka yang berhajat untuk menambah pendapatan sampingan. boleh hubungi senan_kt@yahoo.com untuk sedikit perkongsian.

June 10, 2014

Jangan Beli Kereta Baru


Keluar ke mana-mana memang perlukan kenderaan yang selesa.
Teringin untuk memiliki kenderaan yang gah keadaannya.
Tambahan pula pelbagai model yang cantik di pasaran.

Ikutkan hati mahu saja miliki model yang terbaru.
Ikutkan kemampuan, masih boleh.

Namun, setakat mana penggunaan kenderaan itu bakal digunakan?
Adakah setakat pergi balik kerja.
Adakah setakat pergi balik kampung.
Adakah setakat pergi balik melancong.

Pengalaman sendiri,
Beli kereta terpakai. Motosikal juga sama.
Kedua-dua kereta, juga motosikal masih dalam keadaan baik.
Lengkapkan diri dengan sedikit ilmu sebelum beli.
Elakkan kenderaan yang jarang orang pakai.
Beli kenderaan yang kalau rosak, banyak kedai yang boleh baiki.

Kereta baru, banyak rugi.
Beli kereta harga RM50k.
Anda berhutang RM70k.
Keluar showroom, kereta anda bernilai RM40k.
Dalam masa 1 jam, anda rugi RM30K.

Banyak tu..

Kalau tetap mahu kereta baru, boleh.
Tapi pastikan anda
Sudah miliki rumah.
Sudah kahwin.
Sudah ada simpanan 12 bulan gaji.

Priority first.
#semua ini adalah pendapat peribadi. Jika ada angka/nilai yang kurang tepat. Mohon maaf.

Jasa Laptop Pertama: Jaga Suhu Operasi Laptop


Laptop pertama saya beli pada tahun 2008. Alhamdulillah, setakat ini belum ada kerosakan yang serius. Masih berfungsi dengan bagus. Hanya tukar skrin dengan kos RM17.00.

Dulu beli laptop dengan tiada ilmu. Hanya melihat kepada model kawan serumah yang pada saya amat sesuai dengan keperluan semasa. Tambahan pula dengan harga itu sahaja yang saya mampu ketika itu. Itupun guna duit pinjaman pelajaran.

Penjual ketika itu hanya kongsi kelebihan. Ciri-ciri tertentu sebagai poin jualan. Tiada tip yang dikongsi untuk menjaga/menggunakan laptop dengan betul..

Sadis…

Hakikatnya, laptop digunakan untuk internet, media sosial, pangkalan data, dan pelbagai lagi. Jadi laptop banyak membantu urusan harian. Oleh itu, jagalah laptop anda sebaik mungkin.

Apa yang saya amalkan adalah pastikan kawasan kerja anda menggunakan laptop bebas/kurang habuk. Sebab habuk akan melekat di ruang kipas. Jika ini berlaku, putaran kipas akan kurang efektif. Maka haba tidak dapat keluar dengan baik.

Poinnya elakkan persekitaran yang ada karpet/ tilam.

Laburkan sedikit duit mungkin RM10.00 untuk beli cooler fan.
Semoga laptop ini terus membantu saya untuk projek seterusnya. Insyaallah. Amin.

Urus Bonus Anda Dengan Bijak

Ramai dalam kalangan kita melakukan kesilapan apabila menerima duit bonus. Ada yang akan habiskan duit tersebut untuk percutian, beli perabot baru, juga tukar aksesori kereta.

Jadi, apa langkah terbaik untuk gandakan nilai duit bonus yang anda dapat tu?

1. Jangan gunakan untuk perbelanjaan. Dapat bonus, simpan. Bila anda dah latih diri macam ni, kekallah duit tersebut dalam simpanan anda. Simpan dalam akaun yang susah untuk anda keluarkan.

2. Kalau simpanan sudah banyak, contoh sudah ada simpanan 12 bulan gaji. Cuba cari medium lain untuk simpanan/pelaburan. Contohnya unit trust.

3. Kepada mereka yang bergaji besar, pastinya bonus anda juga besar. Cuba invest dalam bidang hartanah. Cari rumah-rumah yang dalam lingkungan kemampuan anda. Mungkin akan perlu sedikit tambahan duit. Tapi anda sudah pasti ada simpanan jugakan. Korbankan sikit simpanan tersebut. Pendek kata masih dalam istilah pelaburan hasil duit bonus itu tadi.

4. Bonus tetap bonus. Jika tiada bonus, anda tetap hidup seperti biasa juga bukan?. Jadi, elakkan untuk merancang menggunakan duit bonus tersebut. Jangan sekali-kali cuba gunakan bonus untuk melangsaikan hutang kad kredit anda, atau sebarang bil lain. Bonus adalah untuk simpanan/pelaburan. Untuk selesaikan sebarang hutang, kreatifkan otak anda untuk wujudkan sumber pendapatan baru.

5. Elak guna bonus untuk dana bercuti. Memang ada kalangan kita yang berpendapat, bercuti perlu untuk ganjaran kerja keras selama ini. Elakkan tanggapan sedemikian. Anda sepatutnya bekerja lebih dari awal. Simpan sedikit dana untuk bercuti. Rancang dari awal untuk bercuti. Bukannya menggunakan bonus untuk bercuti. Rancang percutian dari awal. Kalau baru setahun bekerja, sudah rancang untuk bercuti dengan bajet ribu-ribu tapi simpanan tiada, no point juga bukan.

6. Juga jangan lupa, sedekah. Setiap rezeki yang kita dapat, pasti ada hak orang lain. Dapat bonus, peruntukkan sedikit untuk sedekah, juga wang belanja ibubapa.


Setiap yang anda buat dengan ikhlas, pasti ada ganjarannya.
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates