Social Icons

Pages

March 20, 2014

Beban Sebuah Kereta


Tahukah anda, bahawa kereta adalah liabiliti? Mungkin ada yang menganggap ia adalah aset. Hakikatnya ia adalah liabiliti kerana dengan membeli kereta kita tidak menghasil wang, malah terpaksa mengeluarkan wang.

Dengan memiliki kereta, kita terpaksa mengeluarkan wang untuk pembayaran ansuran, takaful kenderaan, cukai jalan, servis enjin, servis tayar, cuci kereta, minyak enjin, minyak gear, ganti wiper, dan lain-lain lagi.


Jika ada yang mengatakan kereta adalah aset, sebenarnya ia adalah aset bank sebab bank menerima wang ansurans yang dibayar oleh pembeli kereta.

March 18, 2014

wishlist


Wishlist aku berjela-jela. “Patut” beli itu ini. Salah satunya kereta. Namun kereta makin lama makin turun harga bukan seperti rumah, makin lama makin naik harganya.

Selalu dinasihatkan untuk beli rumah secepat mungkin. Kalau gaji kecil, beli rumah low cost di kawasan yang dah matang dan di bandar besar. Sebab status diri yang belum ada komitmen. Sudah berkeluarga nanti susah, komitmen tinggi dan banyak.

Alternative sekarang, beli yang murah dan tunggu. Walau bukan untuk dihuni sendiri boleh disewakan. Selepas 2-3 tahun, refinance atau jual. Hasil keuntungan jualan digunakan semula untuk beli rumah lagi. Ulang sehingga dapat nilai yang besar. Nilai yang cukup untuk kediaman yang selesa untuk dihuni keluarga.


Silap besar kalau ada duit nak beli tapi masih lagi menunggu kerana harga rumah takkan tunggu apa-apa kalau nak naik.

March 14, 2014

Pinjaman bank vs pinjaman kerajaan


Pinjaman Perumahan kerajaan, tak perlu nak keluar duit bayar Lawyer, Legal Fees dan Valuer.

Pinjaman Bank, kena sediakan duit untuk bayar lawyer SNP, Legal Fees dan valuer.


Kes markup, anda kawtim dengan lawyer sendiri sama ada nak bayar guna duit lebihan selepas bank disburse atau bayar sedikit dahulu.

March 13, 2014

Apartment Seremban Putra, Sikamat, Seremban


Apartment Seremban Putra, Sikamat, Seremban untuk disewa. Gambar ni aku cilok dari mudah.com. Tapi lebih kurang la unit yang nak disewa tu. Apa-apa hal, layan gambar dulu:








3 Bedrooms + 2 Bedrooms Units.
Gated Community.
Apartment With Lifts

1.76 km Institut Perguruan Raja Melewar
1.92 km SMK Tunku Ampuan Durah
2.18 km SMKA Sheikh Hj Mohd Said
6.00 km Pejabat2 Kerajaan Seremban
9.00 km Pusat Bandar Seremban
3.50 km Lebuhraya LEKAS
1.00 km Balai Polis & Kem Tentera Sikamat
1.50 km Kolej Tafe, Kolej Height, Smk Tuanku Munawir
Sekolah Tinggi Islam As-Sofa
Berdekatan dengan Pasaraya The Store
Berdekatan dengan Giant
Bandar Warisan Puteri Sikamat
Pekan Broga
Semenyih
20 minit ke Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus Highway)
Easy Accessible To Kaseh Highway.
- Hanya 6km Dari Bandar Seremban
- Lebih Kurang 3km Dari Ampangan
- Lebih Kurang 3.1km Dari Exit Lebuhraya Lekas
- Dalam Lebih Kurang 3km Ke Pasaraya The Store & Giant
- Berada Bertentangan Bandar Warisan Puteri Sikamat

- Jalan Menembusi Arah Ke Pekan Broga & Semenyih

kepada yang berminat, bolehlah sampaikan niat murni anda tu di senan_kt@yahoo.com.

Amalan untuk kaya jiwa, kaya harta


Walaupun secara jujurnya aku ni bukanlah seorang yang kaya dan tidak layak untuk memberi nasihat tetapi berikut adalah beberapa tips yang ingin aku kongsikan dengan anda semua, agar rezeki yang Allah berikan tidak akan pernah putus dari hidup kita semua:

1.    Jaga hubungan dengan Allah (Jaga Solat).
2.    Jangan lupa pohon doa dan restu dari ibubapa.
3.    Jangan lupa Rukun Islam ke 4 (keluarkan zakat).
4.    Jangan lupa beri duit kepada ibubapa walaupun sedikit.
5.    Banyakkan sedekah samaada ke masjid/rumah anak-anak yatim atau pun kepada mereka yang kurang berupaya.
6.    Biasakan membaca Ayat 1000 Dinar setiap kali lepas sembahyang.


Rezeki kita di muka bumi ini adalah 100% datangnya dari Allah, bukannya dari bos/majikan/client, tapi harus diingat sekiranya setelah mengamalkan semua tips diatas, perniagaan atau kewangan korang masih ditakuk lama, ada hikmah di sebalik semua tu. Mana tahu keberkatannya akan kita kecapi di ‘hari kemudian’ nanti. Amin..

Terma-terma dalam pembelian hartanah


S&P : Sale & Purchase Agreement atau satu perjanjian di antara pembeli dan penjual bagi sesebuah rumah, tanah dan sebagainya.

Subsale Property : Rumah terpakai atau rumah secondhand.

Auction House : Rumah yang dilelong oleh pihak bank.

Undercon Project : Projek rumah baru yang masih dalam pembinaan.

L.O : Letter Offer atau Surat Tawaran Pinjaman yang dikeluarkan oleh pihak bank bagi pinjaman yang telah diluluskan.


Lock-In Period : Satu tempoh masa yang korang tidak dibenarkan untuk settlekan loan. Kalau korang mungkir, makanya pihak bank akan menjadi lebih kaya dengan duit penalti yang bakal korang bayar nanti...

March 9, 2014

Kesilapan sebelum beli rumah @ property


Kita boleh buat kesilapan yang sama beberapa kali. Namun kesilapan yang kedua adalah kerana ia pilihan kita. Ramai yang mengalami situasi sebegitu. Bukan kerana kedekut untuk invest dalam ilmu, tetapi tanggapan salah terhadap duit dalam hal properties. Properties investment bukan mudah. Perlu belajar & ada coach.

Beli rumah bukan ikut nafsu.
Bukan kerana cantik.
Bukan kerana boleh maju.
Bukan kerana ikut orang.

Laburlah sikit untuk diri sendiri.
Laburlah sikit untuk meminimakan kerugian.
Laburlah kepada ilmu dahulu.

Kadang-kadang kita tak nampak jika kita belum ada tindakan.
Jika sudah ada tindakan barulah kita menghargai ilmu yang kita belajar.

Klik link berikut untuk mendapatkan panduan invest dalam properties berdasarkan real case study.

March 2, 2014

Rancang beli kediaman sekarang tapi orang lain bayar…


1. Ramai yang gagal bertindak disebabkan mereka keliru sama ada nak beli rumah duduk sendiri atau untuk investment.

2. Sebenarnya bergantung kepada master plan kita. Sama ada kita nak jadi pelabur hartanah yang hardcore atau biasa-biasa sahaja. Tiada yang memaksa atau mendesak. Kita sendiri yang harus buat pilihan untuk diri kita sendiri. 

3. Tidak semestinya apabila membeli rumah untuk duduk sendiri dahulu menafikan peluang kita untuk menjadi pelabur hartanah. Kita tetap ada peluang asalkan perancangan kewangan kita bagus.

4. Boleh juga beli beberapa rumah untuk pelaburan dan kemudian hasil daripada cashflow digunakan untuk membayar instalment rumah yang kita duduk sendiri nanti. 

5. Walau apa pun keputusan kita, yang paling penting kita harus tengok matlamat kita. Adakah boleh dicapai dengan langkah yang kita ambil atau sebaliknya.

6. Seeloknya berkorbanlah dulu untuk beberapa tahun bagi menikmati masa depan yang lebih stabil dan kukuh. 

7. Ramai yang fokus kepada keselesaan hari ini dan menanggung beban sehingga ke akhir hayat. 

8. Sebaliknya jika kita dapat luangkan masa 3-5 tahun untuk menangguhkan beberapa keselesaan hari ini dan kemudiannya menikmatinya selepas tempoh tersebut untuk jangka masa panjang. 

9. Master plan dalam kehidupan kita amat penting. Rancang, berusaha dan bertawakal. Segalanya Allah yang tentukan. Tetapi jika kita gagal merancang, kita sebenarnya telah gagal. 

10. Bukan setakat merancang sahaja. Usaha dan komitmen yang tinggi amat ditagih. Jiwa harus besar untuk menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Kemenangan insha Allah milik mereka yang berusaha.

from - DSR

Jimat minyak cara simple..

Kali ini saya nak share beberapa tip untuk jimatkan minyak kenderaan.

1) Pemilihan jenama minyak - Setengah orang menganggap semua minyak sama tapi hakikatnya berbeza kerana ADDICTIVE dalam minyak utk sesuatu syarikat berbeza. Melalui pembacaan saya, ramai menyarankan untuk try and error setiap produk petrol. dari situ anda tahu sendiri brand mane yang menawarkan penjimatan minyak yang optimum.

2) Jangan tekan minyak dan break dengan mendadak - Perbuatan ni membuatkan penggunaan bahan api meningkat, sebaliknya tekan minyak secara perlahan (jgn la perlahan sangat sampai orang belakang marah) begitu juga dgn membrek,

3) Bawa pada gear yang sesuai - Kalau bawak kereta manual, kene gunakan gear yang sesuai, jgn biar kereta berada lama pada gear rendah, sebolehnya dapatkan kelajuan gear 5 secepat mungkin. Off course laa jgn bawak 40km/h  nak stay gear 5 lagi

4) Stay below 3000rpm or below 90km/h- Relative dengan Torque Maksima pada RPM tertentu, paling optimun penggunaan bahan api adalah pada RPM itu. Apapun tak perlu pikir sangat pasal torque, senang cerita stay within 90km/h  ataupun jaga RPM jangan lebih

5) Kurangkan berat badan dan berat barang dalam kereta -Lagi banyak beban nak bawak, lagi banyak minyak digunakan. so kalau anda gemuk, bila berjaya kuruskan badan, boleh jimatkan penggunaan minyak. Jangan bawak benda2 yang tak perlu. Mmg ada org yang dalam kereta dia byk sangat barang dan fail, mcm contoh ajen insurans dan ajen unit trust.

6) Servis kereta ikut jadual - Ni penting untuk servis kereta ikut jadual kerana bila minyak hitam dh kotor, makin banyak consume minyak. What's more kita punya kereta lebih selamat untuk dinaiki, kalau lama tak servis mana tahu kalau2 minyak hitam bocor, alih2 enjin rosak kereta tersadai, kan payah tu

7) Angin tayar- Kalau terlampau tinggi tekanan, melambung2 dibuatnya bila laju, x selamat pulak. Kalau lembik tayar (tekanan angin rendah) minyak akan digunakan lebih. Adalah sesuai utk check angin at least sebulan sekali. Boleh check berapa kadar angin yg sesuai utk sesuatu kereta tu somewhere dekat tempat duduk driver.

March 1, 2014

Duit tidak penting jika..


Apa yang aku nak?

Aku nak ‘satu peruntukan dana untuk memasukkan subjek pengurusan kewangan dalam syllabus pendidikan negara kita’.

Kenapa aku nak?

Sebab aku tengok banyak masalah yang wujud kat negara ni kebanyakannya disebabkan oleh satu benda yang kita panggil ‘duit’.Family berpecah belah sebab tamakkan duit, ibu bapa bercerai-berai sebab tak cukup duit, penjenayah melakukan jenayah sebab takde duit sedangkan bagi aku kalau diberi pendidikan dari awal tentang cara menguruskan duit, dah tentu semua ini dapat dikurangkan.

Banyak mana dana yang diperlukan?

Terlalu banyak dana yang diperlukan kerana satu syllabus tambahan perlu digubal bagi peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Semua ini memerlukan peruntukan yang besar terutamanya bagi penghasilan buku teks yang baru, kursus untuk guru-guru yang terpilih dan 1001 macam keperluan lagi.

Kenapa ianya penting?

Peringkat Rendah :

Anak-anak kecil perlu diperkenalkan tentang pengertian ‘wang’ supaya putera-puteri kecil kita ini tahu betapa bernilainya setiap ringgit dan sen yang mereka perolehi. Secara tidak langsung, sifat menabung dapat dipupuk dari usia seawal 7 tahun lagi.

Peringkat Menengah :

Golongan remaja perlu difahamkan tentang konsep pelaburan supaya mereka dapat memaksimumkan wang tabungan mereka yang telah mereka kumpul semenjak peringkat sekolah rendah lagi. Untuk itu, status jutawan amat mudah untuk mereka kecapi kerana mereka telah terdedah dengan konsep pelaburan dan ‘compounded interest’ seawal usia ini. Bukankah lagi awal mereka menabung, lagi sedikit jumlah yang perlu disimpan untuk mengecapi angka 1 juta di dalam akaun mereka?

Peringkat Pengajian Tinggi :

Di peringkat ini, barulah barisan cerdik pandai kita ini diperkenalkan dengan advance module tentang konsep pelaburan di samping pemahaman tentang peri pentingnya mereka menjauhi skim cepat kaya dan bahayanya ‘money laundering‘ terhadap masyarakat. Selain daripada itu, di peringkat ini juga perlulah diterapkan konsep keusahawanan dalam diri mereka supaya mereka tidak akan terlalu bergantung kepada kerja makan gaji sebagaimana yang dialami oleh generasi kita sekarang.

Kesan terhadap kerajaan :

Memang ianya tidak akan menguntungkan parti politik pemerintah meraih lebih banyak sokongan kerana impaknya tidak akan diperolehiimmediately tetapi sekurang-kurangnya generasi akan datang pasti akan merasai kesannya dan bersyukur terhadap apa yang kerajaan sebelumnya telah lakukan.

Apa pun, ini cuma impian aku terhadap bajet tahun depan dan harap-harap ianya akan menjadi kenyataan demi merealisasikan hasrat untuk mewujudkan negara Malaysia yang lebih maju.


 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates