Social Icons

Pages

August 25, 2014

Tip jimat beli barang berjenama


Alhamdulillah..

Saya rasa sekarang ni ada yang mengunjungi pusat membeli-belah mahupun kedai2 makan bersama anak2, juga bersama ‘teman’. Maklumlah hari gaji. Lebih dasyat lagi, mungkin ada yang tengah melilau telefon baru. Semuanya adalah dengan tujuan untuk ‘melaram’.

Saya juga tidak terkecuali dalam hal ni. Kalau dulu saya impikan pakaian berjenama untuk membuat rakan2 cemburu dengan apa yang disifatkan sebagai satu ‘kejayaan hidup’ tetapi kini segalanya telah berubah. Semuanya di atas kesedaran tentang peri pentingnya mengawal perbelanjaan dalam hidup.

Saya pasti di kalangan rakan2 menganggap saya kedekut, termasuk ahli keluarga tetapi saya ada alasan berbuat demikian. Setiap perbelanjaan dinilai disamping menilai praktikaliti pembelian. Hasilnya hanya barang keperluan sahaja yang dibeli.

Bagi memudahkan urusan kewangan saya, berikut kaedah utama yang sentiasa diamalkan.

Beli hanya barang berdiskaun:

Barang terutamanya pakaian saya beli pasti berdiskaun dan tanda 50% ke atas menarik minat saya. Memang tidak dinafikan pakaian mahal dan berjenama lebih trendy dan bergaya namun saya berpegang kepada trend yang sentiasa berubah setiap masa.

Memang ada yang beranggapan ‘bila lagi nak menghargai diri dengan barang2 mewah ini?”, sekiranya kita selesa dengan apa yang ada, kenapa perlu upgrade kepada jenama mahal2. Adalah lebih baik duit lebih yang ada tu disedekahkan. Apa pun saya tidak menyarankan untuk anda ikut cara berbelanja ini, namun sekadar pandangan yang dipegang.

Sekian
-Che Hasnan-

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates