Social Icons

Pages

August 25, 2014

Tambah belanja bulanan




Sebenarnya bukan tak ingin nak pakai benda ni tapi bila fikir secara serius, ada sebab utama yang menghalang untuk membelinya iaitu:

Perbelanjaan bulanan bertambah.

Kalau beli benda ni, adakah belanja bulanan terhenti setakat tu je?
Adakah cukup untuk digunakan di tempat yang ada kemudahan wifi tanpa perlu ‘subscribe any data plan’ ? Walaupun ada data plan dengan kos yang rendah, adakah berbaloi? End up, terpaksa berbelanja lebih untuk kemudahan internet. Bagi saya, tak perlu untuk tambah belanja bulanan semata-mata untuk bergaya.

Fungsi hampir sama dengan gajet yang saya genggam sekarang.

Bagi seorang yang berjauhan daripada keluarga dan isteri..:(. Tujuan berhubung merupakan keutamaan dalam memiliki gajet dan ianya masih boleh dilakukan walaupun tanpa memiliki gajet secanggih ini. Dengan hanya gajet sekarang,  cukup untuk melakukan tugas itu. Jadi, mengapa perlu memiliki gajet ini jika fungsinya hampir sama?.

Menambahkan riak dalam diri.

Ini lebih bersifat peribadi dan tidak berlaku kepada semua jika memiliki gajet ini namun saya berpandangan, ia bakal melambangkan kemewahan. Bila kemewahan dipertontonkan, akan timbul bangga/riak dalam diri lebih2 lagi jika ada yang memuji.


# Atas sebab2 inilah, sebolehnya saya cuba down-to-earth supaya sifat riak tidak subur dalam diri. End of the day, tiada apa perlu dibanggakan sebab semua harta tidak akan dibawa ke kubur pun. Tapi anda, up to you.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates