Social Icons

Pages

August 28, 2014

Taman Mutiara Sungai Bedaun Labuan


Rumah / Apartment untuk disewa
Lokasi: Taman Perumahan Mutiara Permai, Sungai Bedaun, Labuan

Kadar Sewa : RM950+-
Kemasukan Segera

Berminat whassap @ sms 013-7044068
Call tidak dilayan.

August 26, 2014

Pelaburan hartanah tiada istilah ‘sentimental value’.


banglo untuk tanah kecil tepi jalan

Pelaburan hartanah tiada istilah ‘sentimental value’.

August 25, 2014

Tambah belanja bulanan




Sebenarnya bukan tak ingin nak pakai benda ni tapi bila fikir secara serius, ada sebab utama yang menghalang untuk membelinya iaitu:

Perbelanjaan bulanan bertambah.

Kalau beli benda ni, adakah belanja bulanan terhenti setakat tu je?
Adakah cukup untuk digunakan di tempat yang ada kemudahan wifi tanpa perlu ‘subscribe any data plan’ ? Walaupun ada data plan dengan kos yang rendah, adakah berbaloi? End up, terpaksa berbelanja lebih untuk kemudahan internet. Bagi saya, tak perlu untuk tambah belanja bulanan semata-mata untuk bergaya.

Fungsi hampir sama dengan gajet yang saya genggam sekarang.

Bagi seorang yang berjauhan daripada keluarga dan isteri..:(. Tujuan berhubung merupakan keutamaan dalam memiliki gajet dan ianya masih boleh dilakukan walaupun tanpa memiliki gajet secanggih ini. Dengan hanya gajet sekarang,  cukup untuk melakukan tugas itu. Jadi, mengapa perlu memiliki gajet ini jika fungsinya hampir sama?.

Menambahkan riak dalam diri.

Ini lebih bersifat peribadi dan tidak berlaku kepada semua jika memiliki gajet ini namun saya berpandangan, ia bakal melambangkan kemewahan. Bila kemewahan dipertontonkan, akan timbul bangga/riak dalam diri lebih2 lagi jika ada yang memuji.


# Atas sebab2 inilah, sebolehnya saya cuba down-to-earth supaya sifat riak tidak subur dalam diri. End of the day, tiada apa perlu dibanggakan sebab semua harta tidak akan dibawa ke kubur pun. Tapi anda, up to you.

Tip jimat beli barang berjenama


Alhamdulillah..

Saya rasa sekarang ni ada yang mengunjungi pusat membeli-belah mahupun kedai2 makan bersama anak2, juga bersama ‘teman’. Maklumlah hari gaji. Lebih dasyat lagi, mungkin ada yang tengah melilau telefon baru. Semuanya adalah dengan tujuan untuk ‘melaram’.

Saya juga tidak terkecuali dalam hal ni. Kalau dulu saya impikan pakaian berjenama untuk membuat rakan2 cemburu dengan apa yang disifatkan sebagai satu ‘kejayaan hidup’ tetapi kini segalanya telah berubah. Semuanya di atas kesedaran tentang peri pentingnya mengawal perbelanjaan dalam hidup.

Saya pasti di kalangan rakan2 menganggap saya kedekut, termasuk ahli keluarga tetapi saya ada alasan berbuat demikian. Setiap perbelanjaan dinilai disamping menilai praktikaliti pembelian. Hasilnya hanya barang keperluan sahaja yang dibeli.

Bagi memudahkan urusan kewangan saya, berikut kaedah utama yang sentiasa diamalkan.

Beli hanya barang berdiskaun:

Barang terutamanya pakaian saya beli pasti berdiskaun dan tanda 50% ke atas menarik minat saya. Memang tidak dinafikan pakaian mahal dan berjenama lebih trendy dan bergaya namun saya berpegang kepada trend yang sentiasa berubah setiap masa.

Memang ada yang beranggapan ‘bila lagi nak menghargai diri dengan barang2 mewah ini?”, sekiranya kita selesa dengan apa yang ada, kenapa perlu upgrade kepada jenama mahal2. Adalah lebih baik duit lebih yang ada tu disedekahkan. Apa pun saya tidak menyarankan untuk anda ikut cara berbelanja ini, namun sekadar pandangan yang dipegang.

Sekian
-Che Hasnan-

August 24, 2014

'Letih' memandu dengan AJHT


Bismillahhirrahmanirrahim. Entry ini adalah entry pertama saya berkaitan Produk kesihatan yang telah saya amalkan sendiri sejak beberapa bulan yang lalu.

Alhamdulillah...ini kisah benar antara saya dan produk Shaklee.

Baru terbuka hari ini untuk saya kongsikan. Sebab saya cuba dulu. Saya bukanlah orang yang percayakan vitamin tambahan. Pada saya, apa yang kita makan semuanya dah cukup, tetapi itu dahulu, saya yang ego berkaitan makanan tambahan.

Dalam keluarga saya, emak saya alami sakit lutut yang kritikal. Tambah2 sewaktu menunaikan solat. Terkial-kial untuk bangun. Hidup rasa serba tak kena. Saya takut keadaan yang sama terjadi kepada saya. Tambahan pula lenguh kaki akibat memandu untuk jarak jauh kian terasa.

Alhamdulillah, saya terjumpa testimoni berkaitan produk Shaklee.

Dengan hajat untuk mencuba, kalau tak sesuai tak pe lah. Sekurang-kurangnya kita mencuba. Syukur padaMu Ya Allah...Alhamdulillah. lenguh-lenguh kaki kini agak berkurang.

Bila badan kita sihat, semua aktiviti dapat di lakukan dengan baik. Alhamdulillah, mulai saat saya rasakan kelainan pada tahap kesihatan saya. Semoga saya akan terus sihat dan bertenaga. InsyaAllah.

Sekian.
Che Hasnan

Tujuan berblog


Alhamdulillah, blog yang saya hasilkan semakin hari semakin ramai yang masuk. Entah apa yang dicari..hii.

Terima kasih kepada Saudara/i sekalian. Kalau ada sebarang penambahan yang perlu saya highlight dalam blog ini, sudikan untuk emel.

Fungsi dan tujuan blog ini sebenarnya adalah untuk di kongsikan bersama-sama para pembaca tentang kehidupan yang telah saya lalui dan bakal saya lalui. Kisah keluarga, minat, perniagaan dan apa sahaja yang saya rasakan perlu untuk di kongsikan dengan anda semua.

Semoga segala perancangan dan perkongsian di dalam blog ini akan memberi manfaat kepada semua. InshaaAllah dan nantikan entry-entry yang bakal menjelma

August 16, 2014

Rumah below market value


Harga sesebuah rumah tidak akan jadi murah jika tidak disertakan dengan sebab-sebab tertentu, antaranya, pemilik terdesak. Terdesak disini mungkin pemilik akan berpindak ke tempat lain. Lebih-lebih lagi berpindah atas urusan kerja. Dalam suasana begini, banyak benda pemilik perlu fikir, kadang-kadang sampai ke peringkat ‘kusut’..hehe. mana nak fikir barang-barang yang perlu dibawa, urusan dengan hal-hal setempat, persekolahan anak-anak dan segala macam hal lagi.

Untuk itu, kita boleh ‘membantu’ mereka dengan mengurangkan beban yang ditanggung. Offer harga below market value ke atas rumah mereka. Sertakan juga pakej lori untuk memudahkan urusan perpindahan barang mereka juga sebagai nilai tambah terhadap bantuan yang anda hulurkan.

Gandakan sewa setiap bulan


Dalam pengurusan penyewa, ada beberapa cara kreatif dan genius yang anda boleh applikasikan untuk memastikan duit sewa sentiasa masuk ke akaun bank tanpa sebarang masalah.

Contohnya, berikan diskaun apabila membayar awal ataupun kenakan denda apabila lewat bayar.



Beli untung, jual pasti untung

Kebanyakan pelabur baru, terlepas pandang perkara ini. 

Apabila kita fokus untuk mengaut untung semasa menjual hartanah kita, kita akan cenderung untuk meletakkan harga yang lebih mahal semasa menjual.

Tetapi, jika kita fokus untuk mengaut untung semasa membeli hartanah, kita akan lebih cenderung untuk mencari hartanah yang lebih murah daripada harga pasaran.

Dan apabila kita menjual hartanah itu nanti, kita mampu untuk meletakkan harga yang kurang sedikit daripada orang lain.

Jadi, hartanah kita akan cepat laku. 

You buy, I buy.


Once terlibat dalam hartanah, sifat dengki akan datang apabila melihat rakan membeli hartanah. Cuba elakkan untuk membeli tanpa selidik kemampuan untuk membayar instalment. Ramai pembeli hilang wang deposit apabila berhadapan situasi ini.

Penting untuk kita analisis kemampuan diri. Ukur baju di badan sendiri. Jangan sampai menjerat diri sendiri. 

Dapatkan maklumat  di  http://bit.ly/INaSfE berkaitan tip mudah untuk lulus pinjaman walaupun komitmen kewangan yang tinggi.

Komitmen tinggi tapi lulus pinjaman dengan mudah


Sebelum usaha-usaha awal untuk memiliki rumah terbantut akibat bebanan kewangan, siasat latar belakang kewangan kita terlebih dahulu.

Kesilapan awal dalam menjaga rekod kewangan bakal merugikan kita sehingga terpaksa melepaskan unit hartanah yang telah ditempah.

Dapatkan maklumat  di  http://bit.ly/INaSfE berkaitan tip mudah untuk lulus pinjaman walaupun komitmen kewangan yang tinggi.

*tidak semestinya anda perlu abaikan rekod kewangan walaupun anda tiada keinginan untuk memohon pinjaman.

August 15, 2014

Langsai Hutang atau Simpanan Dulu?


Antara langsaikan hutang dan buat simpanan, bagi saya keutamaan ialah buat simpanan dulu, tapi dalam masa yang sama, ansuran pinjaman tu kena bayar macam biasa, kerana hutang tetap perlu dibayar.

Tak perlu gopoh langsai hutang sampai habis duit simpanan. Takut nanti bila terdesak, terpaksa swipe kad kredit atau buat hutang lagi!

Urus duit dengan betul walaupun pendapatan kita tak lah sebenar mana. InsyaAllah kita masih boleh hidup selesa. Jangan fikir kalau gaji besar, semua masalah kewangan akan selesai sebab hakikatnya, ramai orang pendapatan berbelas ribu sebulan, tapi tersepit dengan masalah kewangan.

Kalau begitulah gayanya, saya rasa kawan-kawan pendatang Bangla dan Indonesia tu lebih kaya dari kita!

*peringatan untuk diri sendiri

August 12, 2014

kemelut politik selangor..

**Ulasan Isu Hubungan PAS-PKR dalam PR dan UMNO

Aku tak larat dah nak cakap..Cuma ini pandangan aku sekadar insan yg sgt syg sungguh2 kpd PKR dan serta xmau anasir luar ganggu perjuangan ini. Walaupun ada yang mengatakan PKR byk mendatangkan masalah kpd hubungan dalaman ahli, namun kita kena ingat bahawasanya Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari jaringan kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara mega biodiversiti di dunia yang kaya dengan kepelbagaian spesis flora dan fauna.Terdapat lebih 15,000 jenis tumbuhan berbunga dijumpai di Malaysia iaitu hampir 10 peratus daripada jenis tumbuhan berbunga yang terdapat di dunia. Malaysia turut memiliki lebih 175,000 spesis haiwan iaitu lebih daripada 15 peratus daripada semua spesis yang hidup di dunia.Terdapat lebih 3,000 spesis orkid iaitu antara bunga yang paling eksotik di negara ini disamping lebih 350 spesis reptilia, 300 spesis mamalia, 1,000 spesis rama-rama, 730 spesis burung. Malaysia juga merupakan habitat kepada bunga terbesar di dunia (bunga Rafflesia), pokok tropika tertinggi (pokok tualang) dan penghuni pokok yang terberat di dunia (orang utan).Ekosistem semulajadi Malaysia adalah antara yang paling mengagumkan di dunia yang terdiri daripada hutan hujan tanah rendah, hutan bakau, hinggalah ke hutan paya, hutan bukit dan gua batu kapur, hutan gunung dan juga padang rumput Alpine yang kesemuanya berada berhampiran dengan garisan -pantai, terumbu batu karang dan taman-taman lautnya dipenuhi dengan pelbagai hidupan yang berwarna-warni dengan beraneka bentuk dan saiz..


jgn marah hahahahah
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates