Social Icons

Pages

May 4, 2014

Sumber Tabung Pendidikan Anak-Anak


Mereka yang berkeluarga pastinya memikirkan sumber untuk persediaan tabung pendidikan anak-anak. Pasti ada yang mencadangkan untuk mengambil insurans pendidikan, juga menyimpan sejumlah dana di Amanah Saham Gemilang Pendidikan kelolaan PNB. Tidak kurang juga memperuntukkan sejumlah wang dari gaji ke Akaun Tabung Haji anak-anak.

Semua tindakan ini perlu disesuaikan dengan keperluan anda semua.

Namun, pada pendapat aku, pelaburan terhadap hartanah menjadi sumber untuk dana Tabung Pendidikan Anan-Anak. Ya, melalui pemilikan hartanah.

Untuk tujuan ini, beberapa aspek perlu dikenalpasti sebaiknya.

1. Tidak perlu unit mewah. Namun cukup sekadar unit apartment kos sederhana. Kerana mudah untuk dicairkan. Maksud aku, sesiapa saja masih boleh untuk membeli unit yang kita miliki ini. Juga ramai penyewa yang berkemampuan untuk menyewa.

2. Cukup masa, jual atau pun biayai semula bagi mendapatkan tunai. Tunai inilah yang boleh kita guna untuk bayar yuran permulaan pengajian anak-anak.

3. Selain itu, kos pemilikan hartanah ini bukan dari poket kita. Sebab kita boleh ambil dari hasil sewa. Disini jika diteliti, dana Tabung Pendidikan akan berganda menjadi dua sumber. Satu daripada hasil sewa. Satu daripada peruntukan dana dari poket kita sendiri.

4. Anda tidak perlu risau sekiranya jumlah tabungan ini tidak mencukupi kerana, as time goes by, nilai hartanah tersebut pasti akan meningkat berkali ganda dek kerna peningkatan kos membina rumah.

5. Anda hanya perlu mengeluarkan sejumlah kecil deposit sahaja bagi pembelian hartanah tabungan anda ini dan selebihnya akan dibiayai oleh pihak bank dan apa yang lebih menarik, deposit tersebut mampu untuk anda miliki kembali sekiranya anda ‘ter’beli rumah di bawah nilai pasaran (below market value).

6. Deposit atau kos pembelian hartanah itu pula, hanya perlu dikeluarkan sekali sahaja dan instalment banknya pula, akan diurusi oleh penyewa hartanah anda.


Nah, apa lagi yang anda khuatirkan tentang tabungan jenis ini sebaliknya apa yang perlu anda persiapkan dari sekarang, hanyalah usaha anda mendapatkan ilmu pelaburan

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates