Social Icons

Pages

May 22, 2014

Kawal makan dan bersenam


Dari perspektif saya, masyarakat kita kurang mengamalkan cara hidup yang sihat. Segelintir daripada kita amat kurang bersenam. Mungkin disebabkan kita berpandangan badan telah kurus, maka aktiviti bersenam tidak perlu lagi.

Cara berfikir sebegini harus dibuang kerana kurus belum tentu sihat. Kerana kita masih perlu bersenam bagi memastikan badan berpeluh, secara tidak langsung jantung berdenyut kencang. Disini akan menyebabkan pengaliran darah lancar. Hal ini bagi mengurangkan risiko sakit jantung.

Makanan di Malaysia amat sedap. Betul.

Menu-menu yang lazat pasti akan memaksa kita tambah nasi dan lauk pauk. Namun jika kita terlebih makan nasi, jumlah kalori akan berlebihan. Kalori ini akan disimpan dalam bentuk lemak. Yang pastinya akan membesarkan perut, paha atau betis anda.

Mungkin lidah kita pastinya tidak mampu untuk meninggalkan nasi. Tapi pointnya disini adalah, kurangkan makan nasi dan banyakkan bersenam.


Jadi itu sajalah untuk kali ini. Amalkan cara hidup sihat, bersenam dan kawal pemakanan anda. Hidup anda akan lebih berkualiti kalau anda ikut.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates