Salam
hormat.
Kalau
diperhati dari dulu lagi, kerja kerajaan ni kejap top, kejap tak gelemour, kejap lagi jadi rebutan, waktu yang lain pulak kena kutuk.
Berubah-ubah
mengikut suasana, perasan tak?
Kalau perasan, time kerja kilang 2, 3 bulan dah
boleh beli keta, kerja kerajaan ni tak dipandang langsung. Time negara dilanda
masalah ekonomi, time tu la pulak semua berebut nak kerja Kerajaan. Income kecik
tidak mengapa, janji selamat tak dibuang kerja.
Tapi
saya bersyukur la sebab keluarga saya ramai kerja kerajaan. Apa-apa perubahan ekonomi dunia, ekonomi negara ke malah ekonomi
keluarga ke.. keadaan tak lah serabut.
Tapi yang nak diceritakan sebenarnya
adalah "Untung, memang beruntung kerja Gomen".
Kenapa untung?
Mula-mula
sekali kalau nak untung kerja kerajaan adalah apabila layak buat loan, pulun
semua pinjaman yang layak dipohon..baru untung sebab kadar keuntungan yang
diambil oleh kerajaan tidak sebanyak loan bank konvesional. Namanya pun dah kemudahan, tentulah murah dan perlu disambar
secepat mungkin..percaya lah!.
Secara
kasarnya jika diperhatikan seseorang yang mempunyai Diploma akan menerima gaji
sekitar RM1,500 apabila mula berkerja dengan Kerajaan dan menerima gaji
sekitar RM2,000 jika mula berkerja dengan sektor swasta.
Tetapi seorang pekerja
Kerajaan yang menggunakan kemudahan pinjaman Kerajaan sebanyak RM200,000 ribu
hanya membayar balik sekitar RM1,000 sebulan ditambah dengan peluang bayaran
balik sehingga 30 Tahun, 100% pinjaman dan tanpa perlu
penjamin.
Manakala, pekerja swasta tadi jika membuat pinjaman dengan
jumlah yang sama mungkin perlu membayar sehingga lebih RM1,500 sebulan kerana
kadar faedah yang lebih tinggi, tempoh pinjaman yang singkat, kurang dari 90%
pinjaman dan mungkin memerlukan penjamin.
Jika
diambil kira dari segi beban tugas, jumlah cuti rehat tahunan, kemudahan
cuti-cuti lainnya seperti cuti bersalin, cuti haji, cuti sakit, skim pencen,
ganjaran, kemudahan kuarters sudah pasti kerja Gomen adalah lebih tepat,
selamat dan dunia akhirat.
Bayangkan hanya perlu membayar sekitar RM370 sebulan untuk tinggal di kuarters yang kadar sewa semasanya
mencecah sehingga RM1,500 sebulan...percaya lah!.
Bersyukur
lah orang Gomen dan terima kasih Kerajaan Malaysia atas nikmat ini. Cewah!!!!