Social Icons

Pages

April 27, 2015

Hartanah kecil dan murah lagi berbaloi


2013 aku telah membuat keputusan yang besar, manakan tidak 2 hari aku demam memikirkan keputusan yang perlu dibuat. Pembelian yang memakan hampir suku gaji setiap bulan yang akan aku tanggung selama 35 tahun. Fuh!!

Aku ingatkan aku le manusia paling bertuah bila dpt beli rumah bertanah dgn harga yang murah berbanding sekitar. Namun besar tuahnya, besar jugalah tanggungjawab yang perlu dipikul. Betullah pepatah “kecil-kecil lama-lama jadi bukit”. Disebabkan komitmen yang tinggi setiap bulan, sedikit sebanyak telah memaksa aku untuk menstrukturkan kembali kewangan aku untuk pastikan matlamat aku untuk bersara awal melalui hartanah disamping perbelanjaan harian seimbang.

Tapi rupa2nya.. di sebalik dugaan yang menimpa, ada hikmah dan ianya menjadi ‘turning point’ untuk aku lebih mendalami selok belok pelaburan hartanah. Maka, pantang jumpa buku berkaitan property investment, semua aku beli. Tambahan pula ada peluang mendapatkannya secara free..hehe


Tips : “Fikir sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu keputusan”

April 26, 2015

Strategi Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah menemukan aku kepada pelbagai teknik dan skill. 2013, aku melabur hanya berdasarkan satu matlamat, iaitu untuk mendapatkan kediaman yang dekat dengan tempat kerja.
Sebabnya, untuk memudahkan aku berulangalik setiap hari. Namun perancangan Allah itu melebihi apa yang kita mahu, deretan taman perumahan yang baru dibuka sekitar kediaman telah melonjakkan harga. Ditambah pula dengan enrolmen ‘in-take’ di institusi pengajian sekitar yang meningkat.
Kesan daripada itu, permintaan rumah sewa telah meningkat.
Kini, strategi pelaburan hartanah kian bercambah. Dan baru aku sedar bahawa strategi pelaburan hartanah perlu dilihat secara menyeluruh. Apa yang ada di kawasan sekitarnya perlu diambilkira sewajarnya.

January 20, 2015

Rahsia Lulus Pinjaman Tapi Baru Bekerja


Bagi yang baru kerja, namun memasang hajat nak beli rumah, pasti berhadapan masalah ini. Kalau nak beli kereta/ motor, senang pulak bank luluskan loan bukan. Untuk itu, saya sarankan anda ikut tips ini. Sebenarnya anda sudah buat tip ini, tapi secara tidak sedar/ belum maksimakan apa yang anda sudah buat.

Pertama:
Kenalpasti kemampuan untuk bayar ansuran bulanan. Jika rumah yang anda mampu beli katakan harganya RM100k. Makanya bayaran bulanan sekitar RM600 mengambilkira 10% deposit serta tempoh loan 35 tahun. Jangan persoalkan tempoh loan itu, sebab peningkatan hartanah bakal memenuhkan poket anda 2 3 kali ganda selepas 10tahun. Masa tu anda jual juga nanti.

Kedua:
Selepas mengenalpasti jumlah bayaran bulanan tersebut, simpan 2 kali ganda amaun bayaran bulanan tersebut. Dalam kes ini adalah RM1200. Lakukan secara konsisten  minima 6 bulan.

Ketiga:
Simpan amaun ini di tabung haji atau ASB. Langkah ini paling mudah kerana potongan terus dapat dilakukan melalui slip gaji. Anda tidak perlu keluar ke sana lagi. Jimat bukan?

#secara ringkasnya, tip ini mudah sebenarnya kerana jika anda hidup dibawah kemampuan, amaun tersebut adalah sederhana untuk seorang yang baru kerja. Mapu beli myvi, beli sajalah viva. Tetap kereta. Mampu beli viva, pakai kancil second pun ok jugak. Kalau sebelum ini anda sudah menyimpan jumlah tersebut, mungkin anda perlu perbaiki dari segi disiplinnya. Iaitu potongan wajid dari slip gaji.


#bank akan melihat bayaran bulan RM600, tapi anda mampu simpan RM1200. Belum membebankan kita bukan.

January 14, 2015

‪Peluang beli rumah selepas 3 bulan kerja tetap


Sayang sekali. Ada kemampuan untuk loan tapi tidak dimanfaatkan.. Ada tu dah kerja tetap 5 tahun. Tapi belum beli rumah. Ada tu dah bisnes bertahun-tahun. Tapi belum beli kedai. Nak tunggu sampai bila lagi? Usia makin lanjut. Bisnes tak selamanya bagus. Mesti ada plan B juga.

Kenapa saya bangkitkan keadaan ini. Sebab pengalaman sendiri. Beli rumah selepas 9 keping slip gaji. Padahal 3 keping sudah memadai. Akibat lewat sedar potensi ini, 5% daripada harga rumah perlu ditambah.

5% tu adalah jumlah diskaun yang diberikan pemaju untuk pembeli awal.

Anak muda sekarang lebih pentingkan hp, kereta dan melancong. Gaji pertama biasanya dibawa ke showroom utk booking kereta. Bawa ke kedai hp utk tukar hp baru. Alangkah ruginya.

Rancang pelan masa depan dari sekarang. Renung untuk tempoh sebulan, 3 bulan, setahun, lima tahun, 10 tahun dan pelan bersara. Tidak rugi utk conteng kertas semata-mata rangka masa depan.

December 3, 2014

Vitamin E & Vitamin C, BUY 6 FREE 1, BUY 2 GET 5% DISCOUNT!!




[DOUBLE PROMOTION KEMBALI!!]

Fuhh!! Di saat harga barangan lain naik, Shaklee pulak offer

Double Promotion!!


Vitamin E & Vitamin C
>> BUY 6 GET FREE 1 BOTTLE!!
>> BUY 2 GET 5% DISCOUNT!!

Penjimatan berganda-ganda!!

Vitamin C untuk tingkatkan sistem imun, membentuk kolagen..
Vitamin E untuk awet muda, kesihatan jantung, hilangkan parut, anti oksidan
dan macam-macam lagi...

Jom pakat-pakat SIHAT & CANTIK

November 11, 2014

Beli Honda Civic Cash


Alhamdulillah, nasib baik di temukan dengan pemikir-pemikir kewangan yang boleh pakai otaknya. Boleh saya gunakan sesuai dengan jalan kehidupan saya. Kali ini, perhatikan idea Khairul Ezuwan seperti yang beliau tulis di wall fb beliau. 

Perhatikan perbezaan:

1. Memiliki Honda civic 1.8 yg berharga RM118K. Dgn down payment RM18K, jumlah pinjaman adalah RM100K. Dgn tempoh pinjaman 9 thn, monthly installment nya ialah hampir RM1200. Slps 9 thn, pinjaman tersebut habis & anda terima kereta yg valuenya RM35K.

2. Membuat pinjaman ASB RM200K utk tempoh 25 thn. Monthly installmentnya RM1200. Dgn dividend compounding dlm tempoh 9 thn & cash value utk cancelation pinjaman ASB dlm tempoh 9 thn. Total yg Kita dpt ialah RM240K cash.
Sekadar comparison, pd yg mampu Beli kereta tersebut tidak ada masalah.

-KEY-

pakai kancil pun okaylah walaupun kerja di kuala lumpur. jimat belanja harian. kalau persoalkan kereta digunakan untuk perjalanan balik kampung, sewa jela kereta sewa. balik kampung pun bukan setiap bulan...huhu

October 31, 2014

Rebut peluang sekarang-Beli rumah dahulu



Maaf kalau terasa bila saya tanya dah beli berapa buah rumah. Satu lagi saya selalu bertanya mengenai loan ASB. Adakah sudah maxsimum LASB?
Ramai tak faham akan potensi ASB ni. Bagi yang dah faham..mereka mesti akan ambil LASB 200k mengikut pembiayaan paling lama.

Strategi saya

Tabiat menabung, memang sudah jadi tradisi keluarga. Yang surirumah pun mampu tunai haji dua kali. Saya serius menabung ketika awal degree. Lebihan duit pinjaman & belanja harian disimpan. Tujuan utama adalah untuk dana awal LASB. Habis degree, buat kerja sambilan. Dapat kerja tetap, simpanan terus digunakan untuk beli rumah pertama. Alhamdulillah, urusan dimudahkan. Mungkin gaji yang tiada potongan serta fresh graduate dijadikan ukuran. Waktu beli rumah ini, pamphlet kereta baru banyak dirumah, tapi tahankan dulu, sebab bukan masanya lagi. Pada saya, kereta baru adalah pada tahun ke-3@4 kerja, awal2 kerja, kereta @ moto 2nd bawah 5k.

Memandangkan proses rumah pertama tiada masalah. Rumah ke-2 diatur strategi. Hari-hari dihadapkan dengan iklan jualan rumah. Target rumah ke-2 kali ini adalah apartment di kawasan matang. Kawasan yang infrastruktur lengkap. Kawasan yang ada prasarana tetap. Contoh IPD, IPG, sekolah atau susur keluar lebuhraya. Alhamdulillah, rezeki masih ada untuk saya. Walaupun ada yang pertikai lokasi rumah ini, namun pada saya tidak menjadi masalah. Selagi sewa masih ada lebihan selepas tolak instalment+kos selenggara+cukai.

Dalam masa setahun, tidak mustahil untuk miliki beberapa asset. Rumah ke-3 mungkin akan saya miliki melalui lelongan awam, insyaallah. Selepas selesai rumah ke-2, saya terminate LASB 50k yang dibuat awal dahulu. Kerana target buat dulu adalah untuk kumpul dana bagi asset pertama & lebihan kalau masih ada untuk asset ke-2. Alhamdulillah, tercapai, maka terminatae. Lepas jelas urusan LASB 50k tu, saya apply semula pada kadar 200k, maksimum. Kerana untuk kumpul modal bagi asset seterusnya. Ringkasnya:

1.     LASB 50k seawal yang mungkin, kalau boleh, umur 18 dah buat= untuk rumah pertama
2.     Ada lebihan LASB 50k@+duit simpanan gaji=untuk rumah kedua
3.     Apply LASB max=asset seterusnya memandangkan asset ke-3, loan 70%
Maksimakan saving untuk kecemasan, pendidikan anak,tinggalan untuk keluarga
4.     Tahun ke-3@4 kerja, kereta baru.

Jadi matlamat kewangan kena jelas. Macam mana nk jelas, gunakan bouncer buku pelajar tu untuk borong buku kewangan. Saya ada lebih drp 20 buku kewangan…yang dibeli masih belum dibaca. Well.. Saya cukup anti kalau beli kereta baru pada tahun pertama kerja. Kereta 2nd pun baguslah. Mungkin alas an mudah untuk berjalan jauh balik kampong. Pakai jelah kereta 2nd pergi kerja. Beli yg bawah 5k dengan bantuan mereka yang arif, kancil tu kalau overhaul enjin+kasi bagus ekon sampai beku pun x habis lagi 1.5k. Balik kampong dengan flight. Tinggal pd kawan2 atau disekolah pn x ralat sangatlah. Bukan balik setiap bulan pun.
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates