Social Icons

Pages

January 14, 2015

‪Peluang beli rumah selepas 3 bulan kerja tetap


Sayang sekali. Ada kemampuan untuk loan tapi tidak dimanfaatkan.. Ada tu dah kerja tetap 5 tahun. Tapi belum beli rumah. Ada tu dah bisnes bertahun-tahun. Tapi belum beli kedai. Nak tunggu sampai bila lagi? Usia makin lanjut. Bisnes tak selamanya bagus. Mesti ada plan B juga.

Kenapa saya bangkitkan keadaan ini. Sebab pengalaman sendiri. Beli rumah selepas 9 keping slip gaji. Padahal 3 keping sudah memadai. Akibat lewat sedar potensi ini, 5% daripada harga rumah perlu ditambah.

5% tu adalah jumlah diskaun yang diberikan pemaju untuk pembeli awal.

Anak muda sekarang lebih pentingkan hp, kereta dan melancong. Gaji pertama biasanya dibawa ke showroom utk booking kereta. Bawa ke kedai hp utk tukar hp baru. Alangkah ruginya.

Rancang pelan masa depan dari sekarang. Renung untuk tempoh sebulan, 3 bulan, setahun, lima tahun, 10 tahun dan pelan bersara. Tidak rugi utk conteng kertas semata-mata rangka masa depan.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates