Bagi yang baru kerja, namun memasang hajat nak beli rumah,
pasti berhadapan masalah ini. Kalau nak beli kereta/ motor, senang pulak bank
luluskan loan bukan. Untuk itu, saya sarankan anda ikut tips ini. Sebenarnya
anda sudah buat tip ini, tapi secara tidak sedar/ belum maksimakan apa yang
anda sudah buat.
Pertama:
Kenalpasti kemampuan untuk bayar ansuran bulanan. Jika rumah
yang anda mampu beli katakan harganya RM100k. Makanya bayaran bulanan sekitar
RM600 mengambilkira 10% deposit serta tempoh loan 35 tahun. Jangan persoalkan
tempoh loan itu, sebab peningkatan hartanah bakal memenuhkan poket anda 2 3
kali ganda selepas 10tahun. Masa tu anda jual juga nanti.
Kedua:
Selepas mengenalpasti jumlah bayaran bulanan tersebut,
simpan 2 kali ganda amaun bayaran bulanan tersebut. Dalam kes ini adalah
RM1200. Lakukan secara konsisten minima
6 bulan.
Ketiga:
Simpan amaun ini di tabung haji atau ASB. Langkah ini paling
mudah kerana potongan terus dapat dilakukan melalui slip gaji. Anda tidak perlu
keluar ke sana lagi. Jimat bukan?
#secara ringkasnya, tip ini mudah sebenarnya kerana jika
anda hidup dibawah kemampuan, amaun tersebut adalah sederhana untuk seorang
yang baru kerja. Mapu beli myvi, beli sajalah viva. Tetap kereta. Mampu beli
viva, pakai kancil second pun ok jugak. Kalau sebelum ini anda sudah menyimpan
jumlah tersebut, mungkin anda perlu perbaiki dari segi disiplinnya. Iaitu
potongan wajid dari slip gaji.
#bank akan melihat bayaran bulan RM600, tapi anda mampu
simpan RM1200. Belum membebankan kita bukan.