Social Icons

Pages

April 27, 2015

Hartanah kecil dan murah lagi berbaloi


2013 aku telah membuat keputusan yang besar, manakan tidak 2 hari aku demam memikirkan keputusan yang perlu dibuat. Pembelian yang memakan hampir suku gaji setiap bulan yang akan aku tanggung selama 35 tahun. Fuh!!

Aku ingatkan aku le manusia paling bertuah bila dpt beli rumah bertanah dgn harga yang murah berbanding sekitar. Namun besar tuahnya, besar jugalah tanggungjawab yang perlu dipikul. Betullah pepatah “kecil-kecil lama-lama jadi bukit”. Disebabkan komitmen yang tinggi setiap bulan, sedikit sebanyak telah memaksa aku untuk menstrukturkan kembali kewangan aku untuk pastikan matlamat aku untuk bersara awal melalui hartanah disamping perbelanjaan harian seimbang.

Tapi rupa2nya.. di sebalik dugaan yang menimpa, ada hikmah dan ianya menjadi ‘turning point’ untuk aku lebih mendalami selok belok pelaburan hartanah. Maka, pantang jumpa buku berkaitan property investment, semua aku beli. Tambahan pula ada peluang mendapatkannya secara free..hehe


Tips : “Fikir sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu keputusan”

April 26, 2015

Strategi Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah menemukan aku kepada pelbagai teknik dan skill. 2013, aku melabur hanya berdasarkan satu matlamat, iaitu untuk mendapatkan kediaman yang dekat dengan tempat kerja.
Sebabnya, untuk memudahkan aku berulangalik setiap hari. Namun perancangan Allah itu melebihi apa yang kita mahu, deretan taman perumahan yang baru dibuka sekitar kediaman telah melonjakkan harga. Ditambah pula dengan enrolmen ‘in-take’ di institusi pengajian sekitar yang meningkat.
Kesan daripada itu, permintaan rumah sewa telah meningkat.
Kini, strategi pelaburan hartanah kian bercambah. Dan baru aku sedar bahawa strategi pelaburan hartanah perlu dilihat secara menyeluruh. Apa yang ada di kawasan sekitarnya perlu diambilkira sewajarnya.

January 20, 2015

Rahsia Lulus Pinjaman Tapi Baru Bekerja


Bagi yang baru kerja, namun memasang hajat nak beli rumah, pasti berhadapan masalah ini. Kalau nak beli kereta/ motor, senang pulak bank luluskan loan bukan. Untuk itu, saya sarankan anda ikut tips ini. Sebenarnya anda sudah buat tip ini, tapi secara tidak sedar/ belum maksimakan apa yang anda sudah buat.

Pertama:
Kenalpasti kemampuan untuk bayar ansuran bulanan. Jika rumah yang anda mampu beli katakan harganya RM100k. Makanya bayaran bulanan sekitar RM600 mengambilkira 10% deposit serta tempoh loan 35 tahun. Jangan persoalkan tempoh loan itu, sebab peningkatan hartanah bakal memenuhkan poket anda 2 3 kali ganda selepas 10tahun. Masa tu anda jual juga nanti.

Kedua:
Selepas mengenalpasti jumlah bayaran bulanan tersebut, simpan 2 kali ganda amaun bayaran bulanan tersebut. Dalam kes ini adalah RM1200. Lakukan secara konsisten  minima 6 bulan.

Ketiga:
Simpan amaun ini di tabung haji atau ASB. Langkah ini paling mudah kerana potongan terus dapat dilakukan melalui slip gaji. Anda tidak perlu keluar ke sana lagi. Jimat bukan?

#secara ringkasnya, tip ini mudah sebenarnya kerana jika anda hidup dibawah kemampuan, amaun tersebut adalah sederhana untuk seorang yang baru kerja. Mapu beli myvi, beli sajalah viva. Tetap kereta. Mampu beli viva, pakai kancil second pun ok jugak. Kalau sebelum ini anda sudah menyimpan jumlah tersebut, mungkin anda perlu perbaiki dari segi disiplinnya. Iaitu potongan wajid dari slip gaji.


#bank akan melihat bayaran bulan RM600, tapi anda mampu simpan RM1200. Belum membebankan kita bukan.

January 14, 2015

‪Peluang beli rumah selepas 3 bulan kerja tetap


Sayang sekali. Ada kemampuan untuk loan tapi tidak dimanfaatkan.. Ada tu dah kerja tetap 5 tahun. Tapi belum beli rumah. Ada tu dah bisnes bertahun-tahun. Tapi belum beli kedai. Nak tunggu sampai bila lagi? Usia makin lanjut. Bisnes tak selamanya bagus. Mesti ada plan B juga.

Kenapa saya bangkitkan keadaan ini. Sebab pengalaman sendiri. Beli rumah selepas 9 keping slip gaji. Padahal 3 keping sudah memadai. Akibat lewat sedar potensi ini, 5% daripada harga rumah perlu ditambah.

5% tu adalah jumlah diskaun yang diberikan pemaju untuk pembeli awal.

Anak muda sekarang lebih pentingkan hp, kereta dan melancong. Gaji pertama biasanya dibawa ke showroom utk booking kereta. Bawa ke kedai hp utk tukar hp baru. Alangkah ruginya.

Rancang pelan masa depan dari sekarang. Renung untuk tempoh sebulan, 3 bulan, setahun, lima tahun, 10 tahun dan pelan bersara. Tidak rugi utk conteng kertas semata-mata rangka masa depan.
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates