Social Icons

Pages

October 31, 2014

Rebut peluang sekarang-Beli rumah dahulu



Maaf kalau terasa bila saya tanya dah beli berapa buah rumah. Satu lagi saya selalu bertanya mengenai loan ASB. Adakah sudah maxsimum LASB?
Ramai tak faham akan potensi ASB ni. Bagi yang dah faham..mereka mesti akan ambil LASB 200k mengikut pembiayaan paling lama.

Strategi saya

Tabiat menabung, memang sudah jadi tradisi keluarga. Yang surirumah pun mampu tunai haji dua kali. Saya serius menabung ketika awal degree. Lebihan duit pinjaman & belanja harian disimpan. Tujuan utama adalah untuk dana awal LASB. Habis degree, buat kerja sambilan. Dapat kerja tetap, simpanan terus digunakan untuk beli rumah pertama. Alhamdulillah, urusan dimudahkan. Mungkin gaji yang tiada potongan serta fresh graduate dijadikan ukuran. Waktu beli rumah ini, pamphlet kereta baru banyak dirumah, tapi tahankan dulu, sebab bukan masanya lagi. Pada saya, kereta baru adalah pada tahun ke-3@4 kerja, awal2 kerja, kereta @ moto 2nd bawah 5k.

Memandangkan proses rumah pertama tiada masalah. Rumah ke-2 diatur strategi. Hari-hari dihadapkan dengan iklan jualan rumah. Target rumah ke-2 kali ini adalah apartment di kawasan matang. Kawasan yang infrastruktur lengkap. Kawasan yang ada prasarana tetap. Contoh IPD, IPG, sekolah atau susur keluar lebuhraya. Alhamdulillah, rezeki masih ada untuk saya. Walaupun ada yang pertikai lokasi rumah ini, namun pada saya tidak menjadi masalah. Selagi sewa masih ada lebihan selepas tolak instalment+kos selenggara+cukai.

Dalam masa setahun, tidak mustahil untuk miliki beberapa asset. Rumah ke-3 mungkin akan saya miliki melalui lelongan awam, insyaallah. Selepas selesai rumah ke-2, saya terminate LASB 50k yang dibuat awal dahulu. Kerana target buat dulu adalah untuk kumpul dana bagi asset pertama & lebihan kalau masih ada untuk asset ke-2. Alhamdulillah, tercapai, maka terminatae. Lepas jelas urusan LASB 50k tu, saya apply semula pada kadar 200k, maksimum. Kerana untuk kumpul modal bagi asset seterusnya. Ringkasnya:

1.     LASB 50k seawal yang mungkin, kalau boleh, umur 18 dah buat= untuk rumah pertama
2.     Ada lebihan LASB 50k@+duit simpanan gaji=untuk rumah kedua
3.     Apply LASB max=asset seterusnya memandangkan asset ke-3, loan 70%
Maksimakan saving untuk kecemasan, pendidikan anak,tinggalan untuk keluarga
4.     Tahun ke-3@4 kerja, kereta baru.

Jadi matlamat kewangan kena jelas. Macam mana nk jelas, gunakan bouncer buku pelajar tu untuk borong buku kewangan. Saya ada lebih drp 20 buku kewangan…yang dibeli masih belum dibaca. Well.. Saya cukup anti kalau beli kereta baru pada tahun pertama kerja. Kereta 2nd pun baguslah. Mungkin alas an mudah untuk berjalan jauh balik kampong. Pakai jelah kereta 2nd pergi kerja. Beli yg bawah 5k dengan bantuan mereka yang arif, kancil tu kalau overhaul enjin+kasi bagus ekon sampai beku pun x habis lagi 1.5k. Balik kampong dengan flight. Tinggal pd kawan2 atau disekolah pn x ralat sangatlah. Bukan balik setiap bulan pun.

October 28, 2014

5 Tips Menyimpan Yang Efektif

1. Standing Instruction (SI) atau Auto Debit
Buat potongan sejurus selepas gaji masuk. Masukkan ke dalam akaun simpanan kita. Tetapkan tarikh yang sama dengan tarikh gaji masuk setiap bulan. Simpan dahulu, selebihnya baru belanjakan.

2. Main Kutu
Kalau susah sangat nak disiplinkan diri menyimpan, boleh cuba teknik ini. Ajak 3-5 orang kawan untuk bermain sekali. Setiap seorang sumbangkan sebanyak RM 300 sebulan. Bila dah terlibat di dalam game ini, kita akan rasa segan dan malu jika tidak bayar. Malah, kita akan seronok bila tiba giliran kita untuk terima duit kutu untuk bulan tersebut. Kalau 5 orang main, terus dapat RM1,500 dan terus simpan dalam tabung. Walaupun pada hakikatnya, duit tersebut memang duit kita pun, cuma psikologinya agak berbeza.

3. Kumpul Si Hijau
Jumpa sahaja duit berwarna hijau ini (note RM5), terus simpan di dalam tabung. Kenapa RM5 dan bukan yang lain? Sebab duit hijau ini jarang kita dapat berbanding dengan duit RM10, RM1 atau RM50. Nilainya juga di dalam kategori “sederhana”, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Cuba amalkan selama 2-3 bulan, anda akan rasa seronok apabila melihat duit hijau ini semakin banyak di dalam tabung.

4. Simpan Duit Syiling
Ramai di antara kita malas nak bawa duit syiling ke mana-mana. Kalau makan di kedai mamak RM2.80, kita akan beri RM3.00 dan baki 0.20 sen lagi kita beli gula-gula sebab malas nak simpan duit syiling. Apa kata mulai sekarang, duit syiling baki kita beli barang itu kita simpan terus di dalam tabung. Sampai je rumah, seluk poket, kalau ada syiling, terus masukkan. Ada orang pernah buat teknik ini dan berjaya mengumpul RM800 selama setahun dengan kumpul duit syiling sahaja. Lebih kurang RM70 sebulan. Wow, banyak juga tu.

5. Simpan di Akaun Tanpa Kad ATM
Ada 3 pilihan. 1) Bank 2) Tabung Haji 3) ASB

Buka akaun, masukkan duit menggunakan cara # 1 dan lupakan terus. Mula-mula memang agak susah, tetapi lama-kelamaan ianya akan mudah. Kalau menyimpan di dalam bank yang ada kad ATM, memang susah nak disiplinkan diri. Sebab mudah sangat nak keluarkan.

Jadi simpanlah di Tabung Haji atau ASB. Dividen yang diberikan adalah jauh lebih tinggi daripada simpanan biasa di bank.

Selamat menabung!

#from pakdi


October 20, 2014

Kawal Nafsu

Terima kenyataan.
☛ Kita tak dapat tentukan berapa gaji kita mahu sekiranya kita hanya seorang pekerja.
☛ Harga rumah naik, kita tak boleh kawal.
☛ Harga kereta tak berapa turun, kita tak boleh kawal.
☛ Inflasi, kita tak dapat kawal.
☛ Pulangan ASB, TH, KWSP, kita tak dapat kawal.
☛ Harga saham, emas, perak, CPO dan ringgit, kita tak dapat kawal.
☛ Kadar pembiayaan di bank, kita tak dapat kawal.
☛ Kos perubatan naik, kita tak dapat kawal.
Banyak perkara yang kita dapat kawal di dunia ini. Tapi masih ada perkara yang berada dalam kawalan kita. Iaitu:
1. Kita dapat kawal perbelanjaan, beli perkara yang perlu sahaja. Kalau malas, buat no 2.
2. Kita dapat tentukan berapa pendapatan sampingan kita. Kalau malas, buat no 1.
Jika apabila kita berbelanja menggunakan kad kredit dan tak dapat membayarnya terus hutang tersebut, itu tandanya kita sudah mula jadi ‘liar’. Hati-hati.
p.s. Kawal belanja & hutang dari sekarang. Jangan sampai ia menjadi di luar kawalan.
-pakdi-

October 13, 2014

Hujan Rahmat


"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami)

Hakikatnya, hujan itu rahmat."Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya, antaranya:


1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Nabi pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab. Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab.

Kenapa lepaskan peluang saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. 

October 1, 2014

Kebaikan Menjadi Ahli Shaklee


Untuk pengetahuan semua, tidak semestinya jika anda menjadi ahli Shaklee anda perlu menjual untuk mendapatkan bonus. Tetapi dengan hanya makan sendiri/keluarga, anda masih berpeluang untuk mendapatkan bonus, dengan syarat pembelian anda setiap bulan mencapai point tertentu. Sudahlah beli dengan harga berdiskaun, berpeluang dapat bonus lagi. Menarik bukan?

Antara peluang yang anda kecapi jika menjadi ahli Shaklee:
> Beli produk Shaklee pada harga ahli
> Bonus hasil pembelian/jualan setiap bulan 5-21%. Makan sendiri pun boleh dapat bonus.
> Dedah diri anda kepada side income secara online/offline dengan bantuan mereka yang sudah berjaya
> ACCESS SPECIAL GROUP untuk meningkatkan pendapatan anda

Langkah menjadi ahli shaklee

> Bayar RM75 untuk membership kit + postage ATAU
> Beli produk Shaklee dalam RM650 @ 200 point UV dalam sebulan, anda akan mendapat keahlian PERCUMA (bernilai RM75) + 5% BONUS (bernilai RM30+). Jimat RM100.

Jadi, entry ini telah saya kongsikan kepada anda semua bagaimana untuk memastikan apa yang kita buat boleh jana duit. Sikit banyak lain cerita. Maksudnya, anda makan produk Shaklee tanpa menjual pun masih dapat duit. Kalau menjual, memang dapat duit. Sebab anda jual dengan harga lain daripada harga anda beli (anda beli dengan harga diskaun sebab anda ahli).

Paling senang, jadi ahli, lepas tu setiap cari siapa yang sama-sama makan produk Shaklee, ajak mereka beli produk Shaklee sekali dengan order anda. Anda yang dapat bonus tu nanti. Senang bukan? 

Kalau anda nak lebih detail, bolehla hubungi saya. Terima kasih.

Set bersalin shaklee


Kepada ibu-ibu yang bakal bersalin, pasti tengah survey set berpantang mana yang berbaloi untuk digunakan tidak lama lagi bukan? Saya cadangkan anda masukkan sekali set bersalin Shaklee dalam pilihan anda itu. Mungkin anda boleh bandingkan dengan set-set bersalin yang lain dari segi praktikal, harga, jimat masa. Jom baca lagi perbandingan yang saya highlight.

Praktikal
Senang dimakan sebab suplimen pil. Lagipun anda boleh terus makan set ini selepas bersalin. Boleh mengelakkan bayi cirit birit @ demam kuning. Sebab set perbantang Shaklee ini bukan berunsur jamu. Anda disarankan makan set bersalin Shaklee ini seawal mengandung. Sebab set bersalin Shaklee ini adalah set yang sama dengan set hamil. Jadi anda telah jimat disitu. Lagipun komponen dalam set bersalin @ hamil ini boleh tahan berbulan-bulan.

Jimat masa
Kesan yang serta merta sebab Shaklee dari bahan semulajadi. Set bersalin Shaklee ini berbentuk pil. Jadi tidak perlu reneh akar kayu atau minum pati haruan yang sesetengah orang alah kepada bau yang kurang menyenangkan.

Jadi dengan sebab-sebab mudah yang mampu kita elakkan itu, sebab pelbagai kebaikan yang lain mampu anda nikmati. Testimony pun dah banyak. Hihi. Kalau mahu lebih nilai Set bersalin Shaklee yang anda beli dengan saya, jangan teragak-agak hubungi saya ya.

#Sebagai makluman kepada para pembaca dan pelanggan yang dihargai, segala testimony/penulisan tentang produk/review tentang sesuatu dalam blog ini terutama produk Shaklee bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos tau menyembuhkan apa jua penyakit. Ia adalah sekadar iktiar kita sebagai hamba Allah. Segala penyakit itu datangnya daripada Allah, kita sebagai hambanya hanya mampu beriktiar. Justeru, pembaca tang mengalami maslah kesihatan digalakkan mendapatkan pendapat serta nasihat kedua daripada pakar kesihatan.
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates