Social Icons

Pages

April 27, 2015

Hartanah kecil dan murah lagi berbaloi


2013 aku telah membuat keputusan yang besar, manakan tidak 2 hari aku demam memikirkan keputusan yang perlu dibuat. Pembelian yang memakan hampir suku gaji setiap bulan yang akan aku tanggung selama 35 tahun. Fuh!!

Aku ingatkan aku le manusia paling bertuah bila dpt beli rumah bertanah dgn harga yang murah berbanding sekitar. Namun besar tuahnya, besar jugalah tanggungjawab yang perlu dipikul. Betullah pepatah “kecil-kecil lama-lama jadi bukit”. Disebabkan komitmen yang tinggi setiap bulan, sedikit sebanyak telah memaksa aku untuk menstrukturkan kembali kewangan aku untuk pastikan matlamat aku untuk bersara awal melalui hartanah disamping perbelanjaan harian seimbang.

Tapi rupa2nya.. di sebalik dugaan yang menimpa, ada hikmah dan ianya menjadi ‘turning point’ untuk aku lebih mendalami selok belok pelaburan hartanah. Maka, pantang jumpa buku berkaitan property investment, semua aku beli. Tambahan pula ada peluang mendapatkannya secara free..hehe


Tips : “Fikir sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu keputusan”

April 26, 2015

Strategi Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah menemukan aku kepada pelbagai teknik dan skill. 2013, aku melabur hanya berdasarkan satu matlamat, iaitu untuk mendapatkan kediaman yang dekat dengan tempat kerja.
Sebabnya, untuk memudahkan aku berulangalik setiap hari. Namun perancangan Allah itu melebihi apa yang kita mahu, deretan taman perumahan yang baru dibuka sekitar kediaman telah melonjakkan harga. Ditambah pula dengan enrolmen ‘in-take’ di institusi pengajian sekitar yang meningkat.
Kesan daripada itu, permintaan rumah sewa telah meningkat.
Kini, strategi pelaburan hartanah kian bercambah. Dan baru aku sedar bahawa strategi pelaburan hartanah perlu dilihat secara menyeluruh. Apa yang ada di kawasan sekitarnya perlu diambilkira sewajarnya.
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates