Social Icons

Pages

January 20, 2014

Rancang masa depan anda.

Assalamulaikum & Salam Sejahtera Semua,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca laman blog ini. Sekalung penghargaan dari saya buat anda semua. Baiklah, pada entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua 3 tips mudah bagaimana untuk membina masa depan anda dengan baik pada usia muda.
Anda ingin menjadi kaya pada usia muda? Saya bukan bermaksud kaya hasil dari wang loteri atau nombor ekor tetapi kaya hasil dari titik peluh dan usaha sendiri seawal umur muda seperti Jutawan Steve Job dari Apple pada usia 27 tahun (awal 1980-an), Bill Gates dari Microsoft pada usia 30 tahun(1980-an), Larry Page dari Google pada usia 31 tahun (lewat 1990-an), Mark Zuckerberg – pengasas Facebook pada usia 24 tahun! atau Chad Hurley dari Youtube pada usia 30 tahun, dan banyak lagi. Mereka ini telah mencapai satu tahap kegemilangan seawal usia yang muda.
Jika anda ingin mengetahui rahsia sebenar bagaimana mencipta kekayaan pada usia muda, pecahkan tembok batu yang menghalang anda daripada mencapainya dan lihat ke mana kehidupan telah membawa anda setakat ini. Saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda memecahkan tembok tersebut:-
Tips Membina Kekayaan 1 – Tahu & Faham Kehendak Anda
Secara umumnya ramai yang hanya mengikut kehendak sendiri, tetapi tidak ramai yang mengetahui akan elemen paling penting iaitu tahu dan faham akan kehendak tersebut.
Sebagai contoh, anda bekerja sepenuh masa dipejabat. Dalam masa yang sama, anda berniaga secara kecil-kecilan samada secara offline ataupun online. Keuntungan perniagaan dapatlah sendikit sebanyak membantu menambah duit poket selain dari menerima gaji bulanan dari majikan. Anda hanya mengikut kehendak anda iaitu ingin menambah duit simpanan melalui berniaga kecil-kecilan. Tetapi adakah anda tahu dan faham kehendak tersebut dengan sebenar-benarnya?
Mungkin anda berkehendak untuk mencapai satu tahap dimana pendapatan utama anda ialah perniagaan, dan anda pula bertindak sebagai majikan dengan memberi peluang pekerjaan pada orang lain. Pernahkah anda terfikir sebegitu? Tahu dan fahami kehendak sebenar anda. Menjadi kaya pada usia muda bukan satu usaha 1-2 tahun.
Tips Membina Kekayaan 2 – Buka Perniagaan Sendiri
Mereka yang telah mencipta kekayaan pada usia muda kesemuanya bermula dari membuka perniagaan sendiri. Jika anda bekerja dan memegang jawatan yang tinggi serta memperolehi pendapatan yang lumayan, namun akhirnya anda hanya seorang pekerja kepada majikan anda.
Dengan membuka perniagaan sendiri, anda sendiri yang membuat keputusan dan menentukan halatuju anda. Dari segi keuntungan dan pendapatan pula, ianya tidak terbatas. Bagaimanapun, membuka perniagaan sendiri bukanlah satu perkara yang mudah, dan ianya juga berisiko. Namun risiko ada dimana-mana, dan anda perlu meletakkan diri anda satu langkah ke hadapan dalam usaha mencipta kekayaan.
Anda perlu bijak dalam membuat keputusan dan melakukan pelaburan. Dapatkan nasihat pakar sebanyak yang mungkin sebelum terjun ke dunia perniagaan yang serba mencabar.
Tips Membina Kekayaan 3 – Kawal Perbelanjaan Anda Dengan Bijaksana
Jika anda ingin menjadi kaya pada usia muda, anda perlu faham akan kepentingan mengawal dan mengurus kewangan dengan betul. Walaupun anda sudah mempunyai banyak wang sekarang pun, ia akan hilang dan habis dalam sekelip mata jika tanpa pengurusan dan kawalan yang bijak.
Belajar bagaimana untuk mengurus kewangan anda. Gunakan sebahagian dari wang anda untuk simpanan serta perkara-perkara kecemasan. Sebahagian yang lain boleh digunakan untuk pelaburan, pembangunan diri, amal kebajikan dan derma, dan bahagian terakhir ialah untuk perbelanjaan anda.
Dan bila bercakap mengenai pelaburan, jangan gunakan ke semua sumber anda pada satu jenis pelaburan sahaja. Bak kata pepatah Enggeris, “Don’t put all your eggs in one basket.”
Itu sahaja perkara-perkara penting dan tips bagaimana untuk mencipta kekayaan pada usia muda yang perlu anda fikirkan dari sekarang. Setiap orang mempunyai cara dan strategi masing-masing untuk mencapai apa yang mereka impikan, tetapi tidak menjadi masalah jika tips di atas dapat anda amalkan dan jadikan panduan untuk mengukuhkan lagi strategi anda. Siapa tahu mungkin suatu hari nanti, anda tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya di Malaysia atau mungkin di dunia.

“Kepercayaan & Keyakinan Terhadap Diri Sendiri Adalah Penentu Kejayaan”

January 11, 2014

Belanja 60% gaji jika tiada hartanah sekarang.

Assalamualaikum

Senario hartanah sekarang:

Permintaan tinggi, harga tinggi
Realiti jual beli yang harus diakui
Kesimpulannya,
Jangan buat apa2.
Sebab,
Masalah ini akan selesai dengan sendirinya
Ini kerana permintaan ini datangnya dari spekulator
Bukan daripada pembeli sekunder (pembeli genuine)
Maka, harga rumah (subsale terutamanya) akan menjadi ‘stagnant’

Kenapa ‘stagnant’ dan tidak jatuh? 
Secara realitinya, harga rumah subsale ketika itu akan jatuh Tetapi disebabkan harga ‘mark-up’ yang pastinya berleluasa ketika itu akan menyebabkannya berada pada paras‘stagnant’.

Bagaimana pula dengan harga rumah baru? 
Jika tiada permintaan dari pembeli sekunder
Pastinya pembeli spekulator tidak akan melabur/membeli rumah baru
Aku jangkakan pada masa ini si pemaju pasti akan menawarkan ‘harga runtuh’ sebagaimana pasaran hartanah di penghujung tahun 90an dahulu
So, it just a matter of time sebelum kita grab peluang 

Saranan aku:

Persiapkanlah diri dengan ‘cash’ 
Kerana ketika itu akan ada banyak rumah dgn harga masuk akal.
Dan teruskanlah hasrat anda utk membeli hartanah yang ‘terpilih’ sahaja
Bagaimana nak memastikan mana hartanah patut dibeli
Jawapannya mudah sahaja
Laburkan duit utk cari ilmu hartanah
Lengkapkan diri dgn ilmu hartanah
Study term jual beli
Study term subsale
Study term sublet
Study term rumah lelong

January 10, 2014

Kalau rasa tak mampu....

Assalamualaikum.

Aku suka pegang remote astro
Aku suka rancangan Counting Cars 
Aku suka History Channel.

Aku obses dengan kereta.
Aku obses mengumpul majalah kereta.

Aku harap hobi aku menjadi rezeki.
Mamat Counting cars sering meronda jalan2 di Las Vegas.
Kalau nampak kereta yang dia berkenan,
dia akan follow kereta tu.
Lepas tu dia buat urus niaga.
Tepi jalan pun jadi.
Dia akan cuba beli kereta2 tersebut.

Kereta2 klasik dan antik pun harga tak pernah lebih 10 ribu.
Dia bayar cash.
100 dollar bills.
Lepas dapat kereta tu,
dia akan suruh team dia modified cantik2.
Jadikan kereta tu serba baru.
Enjin baru.
Cat baru.
Semuanya custom made.

Bila dia jual semula,
harganya pun tak pernah lebih 50 ribu.
Yang cecah 100 ribu pun takda.

Kadang2 ada orang datang ke kedai dia.
Minta dia upgrade kereta2 lama.
Kereta2 lama modified jadi serba baru.
Cat baru,
enjin baru,
pendek kata semuanya serba baru.
Kosnya pun tak pernah lebih 35 ribu.

Motosikal custom made pun sama.
Gila punya cantik.
Harga tak pernah lebih 30 ribu.
Aku pun jadi hairan.
Kenapa harganya masih harga mampu milik?
Macamana dia boleh buat untung?

Rahsianya.
Cukai kereta di Malaysia hampir seratus peratus.
Padanlah harga kereta kita mahal nak mampus.

Kereta harga 20 ribu, jual 40 ribu.
Kereta harga 40 ribu, jual 80 ribu.
Kereta harga 50 ribu, jual 100 ribu.

Ramai yang suruh compare dengan Singapura.
Harga kereta disana lagi mahal.
Tapi ada mereka kira,
berapa pendapatan mereka sebulan?
Berapa besar nilai Dollar Singapura?
Berapa besar kuasa membeli mereka?

Baru aku teringat.
Kereta jenama Jepun yang dibeli tahun lepas.
Harga kereta yang di declare di kastam cuma 38 ribu sahaja.
Aku sendiri tengok di salinan APnya.
Kata salesman tak boleh declare tinggi2.
Nanti cukainya lagi mahal.
Tetapi,
katakan cukai 'kurang' mahal dikenakan,
kenapa harga jualan masih melebihi 200 ribu ringgit?
Katakan harga 'sebenar' kereta tu 50 ribu,
kenapa tak jual 100 ribu sahaja?

Inilah negara kita Malaysia.
Harga kereta dah macam harga rumah.
Tapi rumah tak pernah susut nilai.
Kereta?
Hutangnya belum habis,
kereta dah peroi.
Hutang masih puluh ribu,
nilai kereta tinggal belas ribu.
Macamana nak hidup senang?

Aku bukan pakar ekonomi.
Aku bukan Pak Menteri.
Aku juga bukan orang kaya.
Aku cuma rakyat marhaen sahaja.
Aku tak faham.

Dan Pak Menteri pun tak nak beri aku faham.
" Kalau rasa mahal sangat, jangan beli kereta,pakai basikal sahaja " 
Itu antara jawapan klasik yang akan diberikan.
" Kalau rasa tak mampu,naik bas sahaja. "
" Kalau rasa Malaysia ni dah tak bagus, pindah sahaja ke negara lain. "

fikir2 kan.

January 8, 2014

Rugi tidak guna Fb & Blog

5 tahun dulu, saya tiada akaun facebook
4 tahun dulu, dipaksa buat
3 tahun dulu, saya tengok FB sebagai medan utk catch up with friends and discussion.

2 tahun dulu saya mula bosan 
Sebab FB penuh dgn iklan 
Cemburu pun ada.. kot
Ramai orang yang merungut itu dan ini
Tak kira lagi yang invite main game
Haru haru.

1 tahun dulu, saya nampak FB macam ada sinar baru. Semakin ramai yang positif
Semakin ramai yang suka mempositifkan orang
Mata saya ter'mark' pada beberapa individu.

0.5 tahun dulu, salah sorang yang saya mark
Saya approach
Waktu itu juga DAO suruh cari mentor
Alhamdulillah, dengan follow dia yang lebih berjaya
Terbuka mata
Yang FB ni ada satu lagi side yang kita tak teroka sebab tak cari.

Dan kini, FB saya penuh dengan posting mereka
Mereka yang amat positif dan berdaya saing
Mereka yang sukakan kejayaan
Mereka yang suka memberi dan menerima
A great giver and receiver. 

Sometime
Bila saya nak malas2 pun tak jadi
Sebab tengok masing2 berlumba2 untuk menjadi lebih berjaya
Setiap hari ada je kata-kata motivasi yang singgah ke kotak minda secara PERCUMA
Masya-Allah
Amazing

---

Saya sungguh teruja dan gembira dengan perubahan arus FB ini
Syukur sangat2
Posting2 yang full of hatred habis tersembunyi...thanks to FB Social Engagement. 

Alhamdulillah 

Anda pula bagaimana?

---

Selamat Datang..

Assalamualaikum

Saya nak ucapkan selamat datang kepada anda yang sudi datang blog saya yang tak seberapa ni.

Jadi tahun 2014 ni
Tanam azam baru
Azam tahun lepas, alhamdulillah, lain dirancang, lain dapat.
Tapi tidak mengapa, insyaallah akan dipertingkatkan.

Apa yang perlu ditingkatkan
Apa yang perlu dikurangkan
Anda saja yang tahu
Apa yang kita buat
Moga menuju kaya jiwa & kaya harta

Untuk mengejar kekayaan
Jangan lupa golongan kurang bernasib baik
Jangan lupa untuk sedekah
Jangan lupa bahagian ibubapa
Jangan lupa bahagian simpanan
Jangan lupa rancangan kewangan
Jangan lupa timba ilmu kewangan

Semoga ada rezeki sempena tahun 2014 
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates